BAB 2

Romance Completed 23694

Dia berdiri tegak di tengah-tengah ruang pejabat mewah itu. Dari situ dia melihat CEOnya sedang khusyuk melakukan kerja tanpa mengangkat wajahnya.

"just put your report on the tray then leave!" ujar Nuh tanpa memandang gerangan yang berdiri di depannya itu.

"saya Nayla, saya datang ke sini sebab nak serahkan report asal yang Selina telah siapkan" ujar Nayla berani.

Dan dengan katanya itu membuatkan Nuh Haqeem mengangkat wajahnya. Tajam mata itu merenungnya.

"who are you?!" soal Nuh tegas.

"Saya Nayla, saya kerani..."

"i dont give a damn to hear your name twice! Tapi siapa you untuk menjadi hero disini! Berambus!!" jerkah Nuh geram memotong kata-kata Nayla.

Terpelanting pen ke lantai saat lelaki itu menghempas pen itu ke meja kerja.
Nayla mengenggam erat tangannya.

"yes! I don't want to be a hero but i need to be a hero bila melibatkan staff yang tak bersalah. Ini laporan yang betul yang telah Selina siapkan, laporan yang Tuan dapat tadi adalah yang salah. Ada orang cuba kenakan Selina." ujar Nayla lalu meletakkan fail ke meja lelaki itu.

Mata Nuh masih tajam menikam wajahnya.

" then why you must send this report to me!? Mana Selina?" soal Nuh sinis.

" Selina sekarang mengalami gangguan perasaan akibat ditengking dan maki dari Tuan. So saya mewakili dia untuk jumpa Tuan" ujar Nayla lagi.

Nuh tersenyum sinis.

"you percayakan Selina? Mana you tahu yang dia disabotaj? Kalau itu hanya alasan dia sebab dah lakukan kesalahan macam mana?" soal Nub sambil berpeluk tubuh.

"kalau Selina memang salah buat takkan within half an hour dia dapat buat report yang betul. Dari setengah jam tu, 15 minit dia menangis dan cuba bertenang, 10 minit dia print out semula report yang baru then lagi 5 minit adalah masa yang saya ambil untuk ke office tuan." balas Nayla selamba.

Tercengang Nuh mendengar kata-kata itu.

" Tuan, saya bukan nak tunjuk hero ke apa tapi saya nak tegakkan kebenaran untuk rakan sekerja saya. Selina tak salah tapi dia di sabotaj. Saya tahu cara kerja dia macam mana. Tuan sebagai bos tak boleh maki pekerja tuan macam tu. Kami tahu kami ni..."

"Stop!!!" jerkah Nuh, wajahnya juga sudah berubah merah seakan sedang menahan marah.

"you siapa nak ajar i!? I as the boss here can do anything i want!!" jerkah Nuh lagi sampai ternaik bahu Nayla namun riak wajah gadis itu masih tenang.

"who are you again? Kerani saja kan? So kalau kerani buat cara kerani!! Jangan nak tunjuk pandai ajar I tentang apa yang i patut buat because i know what am i doing. Bear in your mind that this is my company! I'm not fucking interested to listen any advice from you!! " marah Nuh lagi.

Nayla tersenyum nipis, lebih kepada sinis. Melihat senyuman itu membuatkan Nuh makin marah.

" you get out from my office now!!! " jerit Nuh yang sudah tidak dapat menahan amarahnya. Meja dihentak kuat.

"saya akan keluar Tuan. Tapi saya nak cakap without your damn workers, your company will not be able to success like nowadays! Bila bercakap, sematkan nilai kemanusiaan dalam hati tuan tu, bukan dengan memijak maruah kami seperti habuk dibawah kasut tuan! As i said just now, saya disini untuk bela nasib pekerja yang jujur dan amanah! I dont care even you're my boss. I know you pay us to work for you but the way you treat your workers like we are your slave!! Saya tak minta banyak, read this report then you know the truth! Maaf kalau saya kurang ajar tapi sikap tuan ni harus ditegur walaupun saya seorang kerani. Bersikap baik dengan pekerja tuan, sayangi mereka seperti tuan sayang syarikat tuan ni dan saya yakin berkat itu Allah akan kurniakan rezeki melimpah ruah kepada tuan. " ujar Nayla lagi.

Dia membongkok lalu mengutip pen mahal yang jatuh tadi lalu meletakkan di depan Nuh. Dengan wajah tenang dia merenung anak mata lelaki itu.

" maafkan saya.. " ucap Nayla lalu menoleh ke belakang untuk keluar.

Saat tangan ingin memegang tombol pintu. Suara Nuh berkumandang.

"send your resignation letter to your HOD. You tak layak untuk berada di syarikat i" ujar Nuh kasar.

Nayla tersenyum lalu dia menoleh.

"i will but with one condition."

Nuh menjungkit kening isyarat agar Nayla meneruskan kata-katanya.

"read that report. Lepas tuan puas hati dan mengakui bahawa Selina tak salah, saya dengan rela hati berhenti kerja" ujar Nayla.

Nuh tersenyum sinis.

"okay! You memang sanggup hilang kerja demi menolong manusia yang belum tentu akan berbuat baik dengan you" sindir Nuh memandang wajah tenang Nayla.

"saya percaya dengan rezeki Allah. Semua itu atas keizinan Allah. Rezeki saya Bukan dari tuan namun tuan merupakan salah satu cara saya dapat rezeki. Kalau dah tertulis rezeki saya bukan di sini maknanya ada tempat lain untuk saya mencari rezeki. Saya tolong bukan mengharapkan balasan tapi saya membantu insan teraniaya." ujar Nayla.

" tuan baca, kalau dah puas hati beritahu saya, saya akan ikut arahan tuan tadi" ujar Nayla lalu berlalu keluar meninggalkan Nuh yang terdiam di tempat duduknya.

"Resign?"

Soal encik Lokman, ketua bahagian operasi itu.
Nayla tersenyum tanda mengiakan soalan ketuanya itu.

"tapi kenapa Nayla? 24 jam pula tu. Awak tahu kan awak kena bayar ganti rugi kalau berhenti 24 jam?" ujar encik Lokman lagi.

"lepas tolak cuti tahunan saya hanya 15 hari saja saya kena bayar dan saya sanggup encik." ujar Nayla.

"awak dapat better offer ke?" soal lelaki itu lagi.

Nayla hanya mengangguk kepalanya sahaja.

"saya sayang nak lepaskan awak sebenarnya. Awak antara staff yang bagus. Lepas ni susah saya nak cari pengganti seperti awak" keluh encik Lokman.

"maafkan saya encik, mungkin rezeki saya disini hingga setakat ini sahaja" balas Nayla tenang.

"saya doakan awak berjaya di tempat baru. Terima kasih Nayla untuk jasa awak ketika bekerja disini." ujar encik Lokman.

Surat perletakkan jawatan itu diterima encik Lokman dan tanda tangan diturunkan.

sejam selepas dia berjumpa Nuh Haqeem, PA lelaki itu menelefonnya menyatakan tuan Nuh berpuas hati dengan laporan itu. Dan dia mengikut arahan lelaki itu agar dia berhenti dan dia tidak menyesal akan tindakannya itu.

Sedang Nayla sedang mengemas barangannya, Selina datang menghampiri. Wajah itu muram memandangnya.

"sebab aku kan kau berhenti kerja" ujar Selina perlahan tak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.

Nayla tersenyum lalu mencapai beberapa barangannya lalu di masukkan ke dalam beg plastik IKEA yang memang dia simpan di dalam pejabatnya.

"takde sebab sesiapa. Setakat ni je rezeki aku dekat sini. Kau jangan risau, aku dapat offer lain" bohong Nayla. Biarlah perjanjian dia dan Nuh menjadi rahsia.

"kau tipu! Dulu kau cakap kau sayang nak berhenti. Sekarang tiba-tiba, notis 24 jam pulak tu" ujar Selina lagi.

"sedangkan pantai pun berubah Lina, inikan hati aku. Aku bagi notis 24 jam sebab dalam masa terdekat aku kena lapor diri dekat syarikat baru. Kalu jangan risau la, tadi aku bagi fail report je. Mungkin Tuan Nuh dah puas hati dengan kerja kau sebab tu dia dah tak ambil tindakan dekat kau. Kau jangan risau okay" ujar Nayla.

"betul ni? Kalau kau tipu aku, aku merajuk setahun dengan kau" ujar Selina mengundang tawa Nayla.

"betul. dah, tolong aku bawa barang ni ke kereta aku boleh?" soal Nayla.

Selina mencapai kotak ingin membantu dan saat itu muncul Faiz yang kelam kabut.

"Nay, betul ke you berhenti kerja?" soal lelaki itu.

Nay mengangguk tanda mengiakan.

"why? Kenapa you berhenti Sayang?" soal Faiz.

"saja, i got better offer" ujar Nayla.

"offer apa? You kan kerani aje, i rasa company ni bagi better salary than others"

Panas hati Nayla saat mendengar kata-kata itu. Ayat Faiz seakan menghina kerjanya sebagai kerani.

"i tahu you tu arkitek Faiz. Tapi you takde hak nak hina kerja i. Macam ni la Faiz, since i dah berhenti ni dan i pun xnak bawa apa-apa pun dari syarikat ni, so mulai hari ni kita putus" ujar Nayla selamba.

Selina mendengar mula mengatur langkah meninggalkan pasangan itu. Kunci kereta Nayla pon sempat diambil untuk dia membuka kereta dan meletakkan barang.

Bulat mata Faiz saat itu, Nayla sempat melihat Julia yang seakan tersenyum lebar di meja berdekatan itu.

"apa maksud you Nay? Kenapa tiba-tiba you nak putus ni? Takkan sebab kata-kata i you sampai buat keputusan macam ni?" soal Faiz.

Nayla tak menjawab lalu dia mencapai telefon bimbitnya lalu menekan-nekan skrin. Tak lama telefon Faiz berbunyi lalu Nayla mengisyaratkan agar lelaki itu agak membaca mesej tersebut.

Makin bulat matanya saat itu.

" ma.. Mana you dapat gambar ni?" soal Faiz.

"you tak perlu tahu. Cukup la kepura-puraan you tu Faiz. Lepas ni you nak melingkup dekat club pun i tak heran tapi satu je i nak pesan, jangan terlampau menongkat nafsu ke langit, takut Allah nak tunjuk, aib you satu-satu akan terlondeh nanti. Sebelum Julia mengandung better you guys kahwin" ujar Nayla lalu meninggalkan Faiz yang sudah terkaku di situ.

Dia memberhentikan keretanya di depan bangunan kedai itu. Dia melangkah masuk ke dalam lalu dia melemparkan senyuman kepada seseorang di depannya.

"awal hari ni" tegur Azie yang dianggap kakaknya itu

"saja, rindu...." balas Nayla.

"pergilah, peminat dah tunggu tu" ujar Azie lagi.

Nayla hanya tersenyum.

Dia masuk ke salah satu bilik. Semua mata memandang teruja kepadanya.

"Yeayy kak Nay dah sampai" jerit salah seorang kanak- kanak itu.

"so hari ni nak yang mana?" soal Nayla ramah kepada kanak-kanak itu.

"Amna nak violin" ujar kanak-kanak comel itu.

"Kashah nak piano. Kakak, kan mommy suka dengar piano. We should learn how to play piano!" bentak kembarnya pula.

Nayla tersenyum lalu mengusap lembut kepala Tengku Amna Mawar, salah seorang pelajar muzik kak Azie.

"okay-okay jangan gaduh. Hari ni kakak main violin yer. Ku Kashah kan dah pandai main piano" balas Nayla lembut.

"No i'm not. Abang Arman je yang pandai" luah Tengku Akashah.

Comel Nayla melihat anak-anak pasangan Dato Tengku Amir dan Datin Aisya Rose ini. Kecil-kecil dah hensem dan cantik. Belum lagi abang mereka, Tengku Arman tu. Sebijik muka bapanya.

"kalau kakak, mesti bangga ada abang pandai main piano sebab kakak dapat belajar dengan abang kakak sendiri." pujuk Nayla.

"betul tu Kashah, later kakak ask abang to teach us okay?"

Mendengar pujukan kakak kembarnya, Tengku Akashah mula terpujuk. Tanpa menunggu lama, Nayla memasang lagu latar dan dia terus mencapai violin lalu di kepit di atas bahunya.

Dia mula mengeserkan violanya mengikut rentak lagu 'something just like this' . Seramai sepuluh kanak-kanak menumpukan perhatian kepada gesekan violanya. Termasuk Tengku Amna Mawar yang turut sama berdiri lalu mengesek violanya mengikut rentak Nayla itu.

Pap! Pap! Pap!

Selesai lagu itu kedengaran tepukan tangan dari muka pintu. Semua menoleh dan ketika itu riak wajah Tengku Amna berubah melihat susuk mommy dan daddynya.

"Mommy! Daddy!" si kembar meluru ke arah ibu bapanya.

Nayla tersenyum lalu mengambil casing viola serta beg milik Tengku Amna dibawa ke arah pintu.

"Dato, Datin" Tegur Nayla ramah.

Nayla membantu Tengku Amna memasukkan violanya ke dalam casing lalu menghulurkan kepada anak kecil itu.

"pandai Amna main violin tadi, i'm so proud of you" puji Datin Aisya Rose.

"kakak yang selalu ajar Amna" ujar Tengku Amna polos.

"Nayla apa khabar? Lama akak tak nampak Nay dekat sini?" soal Datin Aisya Rose.

Mereka berdua sahaja dengan anak kecil wanita itu di atas dukungannya. Suaminya pula membawa si kembar ke kereta.

"Sibuk sikit Datin, ni baru ada masa" balas Nayla ramah.

"patut la twin bising cakap kakak jarang ada" ujar Datin Aisya Rose tersenyum.

Nayla ketawa perlahan. Mereka berborak seketika sehingga Datin Aisya Rose meminta diri.

Nayla menghampiri Kak Azie saat anak murid terakhir selesai dijemput ibunya.

"Nay, Lina beritahu akak Nay dah berhenti. Kenapa tiba-tiba?" soal Kak Azie.

"haah kak, saja nak berubah angin. Lagipun Nay rasa nak tolong akak dekat sini. Atleast boleh tolong akak ajak muzik" balas Nayla perlahan.

"Nay ada masalah ke?" soal Azie.

"takde la kak, ermm Nay balik dulu la, esok Nay datang lagi yer." ujar Nayla.

"yela.. Hati-hati" ujar Azie melihat Nayla mula menghampiri pintu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Bunyi bingit lagu tidak diendahkannya. Dia meneguk arak ditangannya, fikirannya jauh merawang ke lain.

"Hey handsome, jom menari dengan i"

Tiba-tiba datang seorang perempuan mengesel-gesel badannya menggoda Nuh.

Nuh tidak mengendahkannya kerana dia tiada mood untuk melayan perempuan. Dia bangun lalu meninggalkan perempuan itu terpingga-pingga. Dia keluar dari club itu.

Lamborghini hitamnya mengaum di tengah kota raya. Dia tidak tahu ingin ke mana, lalu bukit ampang di tuju bagi menenangkan fikirannya.

Sesudah sampai dia keluar lalu duduk di divider di tepi jalan. Pemandangan bercahaya bandar Kuala Lumpur di tenung, fikirannya jauh mencari bayangan si mata hijau itu. Sangat misteri kerana dia tidak kenal siapa pemilik mata itu, setiap hari dia menunggu di club namun hampa. Gadis itu lesap tanpa jejak.

Dalam dia mengelamun, tiba-tiba wajah seseorang menerpa. Gadis yang berani bersuara lantang kepadanya. Tidak pernah lagi pekerjanya berani bersuara begitu kepadanya. Sedikit sebanyak dia tersentak dengan kata-kata dari gadis itu. Nayla...

Pagi tadi dia mendapat berita bahawa gadis itu telah meletakkan jawatan. Raffael juga memarahi dirinya kerana terlalu emosi dalam hal itu apatah lagi apabila Lokman memberitahu bahawa Nayla merupakan salah seorang pekerja terbaiknya. Namun semuanya telah terjadi dan dia juga mempunyai egonya sendiri.

Dia memejam mata cuba merasai angin malam yang menerpa di wajahnya. Tiba-tiba matanya terbuka luas, jantungnya berdetak laju. Bayangan itu! Tak mungkin! Dia melihat bayangan wajah Nayla digabung dengan si mata hijau. Arghh.. Mungkin kerana dia terlalu fikirkan dua gadis itu sehingga bercampur aduk.

Dia bangun lalu masuk ke dalam keretanya, kondo miliknya dituju.

Eh2.. Geng tengku sesat pulak dalam ni.. Hehehe.. Sape rindu TA clans??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience