BAB 22

Romance Completed 23694

Nayla memandang lelaki di depannya itu. Dia masih cuba memproses kata-kata lelaki itu. Nuh hanya tenang duduk bersilang kaki di depannya.

"apa mimpi you tiba-tiba ajak i dinner?" soal Nayla.

"i tak mimpi, i cuma nak berbual dengan you" ujar Nuh.

"sekarang pun boleh berbual." balas Nayla bosan.

Nayla bangun lalu mengambil alatan muzik untuk di susun ke kerusi para pelajar yang akan datang sebentar lagi. Nuh bangun palu merapati Nayla.

"Nay... I just want to have a talk with you. Please let's have a dinner tonight?"

Nayla menoleh lalu mengeluh selepas mendengar suara lelaki itu yang seakan mengharap.

"dekat mana?"

Nuh menahan senyum mendengar soalan dari Nayla itu.

"erm i will pick you up tonight. 8pm" ujar Nuh.

"okay..." balas Nayla.

Nuh tak dapat menyembunyikan senyumannya itu. Dan saat ingin berkata beberapa pelajar mula masuk ke bilik itu.

"i think i have to go. See you Tonight"

ujar Nuh lalu meninggalkan bilik kelas itu. Nayla hanya memandang langkah Nuh yang mula menghilang di sebalik pintu.

Malam itu Nayla mengenakan dress biru gelap berserta selendang warna nude. Dia hanya menyolek ringkas wajahnya. Tas tangan di capai lalu dia menuruni tangan.

Tan Sri Nazruddin yang sedang duduk santai membaca buku tersenyum melihat cucu perempuannya itu. Nayla tersenyum lalu mendekati datuknya.

"cantik cucu atuk" puji Tan Sri Nazruddin.

"terima kasih atuk." balas Nayla tersenyum.

"Nay tahu tak yang Nay ni special. Allah maha besar, Nay berwajah melayu, seiras arwah daddy Nay namun mata Nay milik Rosebell" ujar Tan Sri Nazruddin.

Nayla tersenyum.

"Nay nak tahu satu cerita? Masa atuk jumpa arwah daddy Nay buat kali terakhir, dia pernah cakap dengan atuk yang apa yang buatkan dia jatuh cinta dengan Rosebell. Pertama sekali matanya yang cantik. Namun kesungguhan Rosebell menerima islam itu yang membuatkan semakin kuat untuk daddy Nay miliki momm Nay" ujar Tan Sri Nazruddin.

Nayla akui sepanjang 15 tahun dia hidup bersama daddynya, setiap hari dia melihat manisnya cinta arwah daddy buat mommy.

"Cik Nayla, encik Nuh dah sampai." ujar Pembantu rumah.

"Nay pergi dulu ya atuk" pamit Nayla dan datuknya mengangguk.

Perjalanan dirasakan agak lama ketika itu namun hati Nayla berat untuk bertanya. Dia melihat Nuh kacak memakai suit kasual. Sesekali dia menoleh ke arah Nuh yang fokus memandu itu. Dan saat dia menoleh ke entah berapa kali, pandangan mata mereka berdua bersatu. Nuh tersenyum dan lepas itu dia kembali memandang ke hadapan.

"do you have anything to ask Nay?" soal Nuh.

"ermm... Kita nak ke mana ni?" soal Nayla terus.

"somewhere special. I dah lama nak bawak someones special to me there" balas Nuh.

"ke mana?" soal Nayla lagi.

"it's suprise. Just wait and see" balas Nuh tersenyum.

Setelah hampir dua puluh minit, mereka sampai di tempat seakan tepi pantai, di situ dia dapat lihat banyak kapal-kapal yacht yang mewah di situ. Nuh berdiri di sebelah Nayla.

"shall we?" soal Nuh.

Nayla mengangguk lalu mengikut langkah Nuh. Saat itu Nuh berhenti lalu badannya di halakan ke arah sebuah Yacht Y85 berwarna putih. Nuh mempelawa Nayla masuk ke Yacht itu. Dengan teragak-agak Nayla melangkah, Nuh mempelawa agar dia memegang lengan Nuh namun Nayla menolak.

Setelah mereka berdua berada di atas kapal itu, Nuh melangkah menuju ke bahagian depan di ekori Nayla. Saat mereka sampa di bahagian depan, ternganga sedikit mulut Nayla dek kerana terkejut melihat meja yang terhias. Nuh tersenyum lalu menarik kerusi agar Nayla duduk.

Saat Nayla duduk, Nuh melabuhkan punggung dan saat itu pelayan datang membawa makanan dan minuman untuk mereka.

"let's dig in" ujar Nuh.

Nayla hanya menurut, selesai Nuh membaca doa mereka makan tanpa sebarang perbualan. Nayla yang agak kekok dengan kesunyian itu mula bersuara.

"this steak is good" ujar Nayla.

"absolutely, tonight's chef is one of my favourite. I ask him to cook for us tonight" ujar Nuh tersenyum.

"this yacht is belong to you?" soal Nayla penasaran.

"kepunyaan arwah ayah i, then now kami yang jaga. Abang Luth suka laut. He will spend once a month to bring his family to the sea." ujar Nuh.

"what about you? You tak suka laut ke?" soal Nayla, dia menyuap sepotong daging ke mulutnya.

Nuh tersenyum sambil memandang kedalam mata gadis itu.

"i love it so much but i will sailing with the one who i love. I mean my wife later" ujar Nuh, matanya redup memandang Nayla dan gadis itu laju melarikan pandangannya.

"ehem... I tak pernah dinner atas yacht. Tak sangka malam ni i dapat peluang ini" ujar Nayla menghakis rasa gugupnya.

Nuh tersenyum. Selesai makan, pelayan menghidangkan dessert buat mereka.

"Nayla...." panggil Nuh.

Nayla memandang Nuh dan saat itu Nuh tersenyum nipis.

"pertama kali i jumpa you, i dah jatuh cinta dengan melihat mata you sahaja. I pun tak tahu, dari kerana mata i boleh jatuh cinta. Then esoknya i jumpa seorang gadis yang berani bersuara di depan CEO nya. First i rasa tercabar sebab you perempuan then i rasa you tak hormat i"

Nayla tersenyum nipis. Ya, hari tu dia memang berani kerana ingin membantu Selina.

"tapi lepas tu i selalu teringgatkan you dan kata-kata yang you lontarkan. Akhirnya i mengaku yang kata-kata you itu sememangnya betul. Dan tak sangka kita masih berjodoh, kita jumpa lagi di sekolah muzik. Masa tu i rasa Allah nak bagi i peluang untuk kenal you lebih dekat lagi dan i nekad nak jadi kawan you. You nak tahu tak Nayla? Sebabkan you, masa tu ingatan i pada si mata hijau terus hilang dan kalau Raff tak tanya mungkin i terus lupakan tentang itu" ujar Nuh sambil ketawa kecil.

"lama-lama, rasa cinta i kepada you makin bercambah. I langsung tak sedar bila rasa itu wujud. Keikhlasan you untuk tolong i kembali ke jalan yang benar membuatkan i sedar bahawa you adalah sesuatu yang i cari. Masa i tahu you ialah pemilik mata hijau yang i cari, i happy dan i tak pernah marah you kerana i tahu ada sebab you sorokkannya. Dan i tak pernah marah akan kejadian yang menimpa arwah parent i sebab you dah bawa i kembali ke fitrah asal seorang muslim. Cuma i nak minta maaf sebab i buat keputusan terburu-buru dan kecewakan hati you dulu" ujar Nuh dengan nada kesal dihujungnya.

"percaya la Nay, mengenali you adalah satu detik terindah buat i. I tahu i tak sempurna, masa silam i penuh dengan dosa. Cuma i nak cakap, rasa cinta terhadap Nur Nayla adalah setulus-tulusnya. Dan i harap masih ada peluang untuk cinta i bertakhta di hati you" pinta Nuh.

"Nuh... Selama tiga tahun i kecewa, kadang-kadang i marah dan Tertanya-tanya kenapa you sanggup buat i macam tu. You mainkan cinta yang i beri pada you" ujar Nayla.

Nuh hanya diam menunduk wajahnya. Hatinya penuh dengan rasa penyesalan yang dia lakukan dulu.

"tapi i tak boleh nak hapuskan rasa cinta i pada you Nuh." ujar Nayla lagi.

Nuh mengangkat wajah memandang Nayla dia depannya. Sungguh dia terkejut mendengar kata-kata itu.

"betul Nuh, i cuba nak hilangkan rasa cinta i pada you tapi tak boleh. I sedih tapi i rindu you, i marah tapi nak tengok wajah you. Malam tu bila i tengok you, i terkejut namun dalam pada yang sama i gembira. Bodoh kan i sebab masih cintakan you walaupun you dah hancurkan hati i"

tambah Nayla lagi sambil ketawa kecil. Tanpa dia sedar air mata jatuh ke pipi. Nuh yang memandang ingin sekali menyapu air mata itu namun dia harus jaga batas.

"i'm sorry Nay...berikan i peluang sekali lagi."

Nuh bangun dari kerusi lalu mendekati Nayla. Dengan tiba-tiba dia melutut sebelah kaki lalu kota baldu berwarna biru gelap ditangannya dibuka. Bulat mata Nayla melihat sebentuk cincin bertakhtakan berlian itu di tangan Nuh.

" i tahu ini bukan adat kita, tapi i tetap nak buat juga tanda cinta i pada you. Dan untuk kali kedua, Nur Nayla binti Nazri, sudikah you jadi isteri i?" Nuh berbicara.

"Nuh...." Nayla kehilangan kata-kata saat itu. Dia tidak menyangka Nuh akan melamarnya.

"please Give me another chance to prove my love to you Nay.." pinta Nuh.

Nayla terharu mendengar kata-kata itu lalu dengan sebak dan gembira dia mengangguk kepalanya.

"yes i do" balas Nayla tersenyum.

"alhamdulillah.." bisik Nuh perlahan. Lebar senyumannya saat itu membuktikan kegembiraan dirinya saat itu.

Cincin diambil ingin menyarungkan ke jari Nayla namun laju Nayla menadah tangannya.

"kita belum sah lagi. Nanti kalau atuk tengok you pegang jari i, kena kejar dengan penyapu nanti" seloroh Nayla mengundang ketawa Nuh.

Dia tahu, Nayla sudah tahu ada jurugambar yang merakam momen mereka saat itu. Nuh melihat Nayla menyarungkan cincin itu ke jari manisnya.

"macam mana you tahu i akan terima lamaran you? Siap bawa cameraman lagi" soal Nayla. Ketika itu mereka hanya duduk santai memandang ke arah lautan. Yacht yang mereka naiki itu hanya bergerak tidak jauh dari pantai.

"my heart can feel it. I ikut firasat hati i." ujar Nuh tersenyum kacak.

"Nay... Thanks sebab berikan i peluang sekali lagi" ujar Nuh memandang redup wajah Nayla.

Nayla tersenyum.

"sebenarnya kegigihan you lakukan minggu lepas buatkan i terbuka hati. I tahu you minta tolong Rara, Rara dah ceritakan semuanya pada i. Pada mula i pelik kenapa sejak you balik Rara selalu ajak i keluar sedangkan sebelum ni kami keluar tapi tak la terlalu kerap." ujar Nayla tersenyum.

" Rara je harapan terakhir i bila you makin jauhkan diri you. Alhamdulillah berhasil juga" balas Nuh tersengih.

"Nay... Minggu depan i hantar rombongan meminang ya?" soal Nuh mengharap.

Nayla mengangguk perlahan.

"nanti i beritahu atuk, abang Nadim dan mommy" ujar Nayla.

"thank you Nay... Thank you for everything" ujar Nuh lagi.

Nayla tersenyum. Mata mereka bertentang dan Masing-masing cuba menyelami hati antara satu sama lain.

Tiba-tiba langit yang gelap terang bercahaya dan saat itu Nayla dapat melihat percikan bunga api yang berwarna warni. Teruja wajahnya saat itu melihat warna yang menerangi di atas kepala mereka. Dan seakan tersedar dia menoleh ke arah Nuh yang leka memandang wajahnya.

"it's beautiful.." ujar Nayla teruja.

"indeed.. Very beautiful" balas Nuh tanpa mengalih matanya dari wajah Nayla. Dia terpesona melihat senyuman lebar Nayla waktu itu dan dia nekad untuk membahagiakan gadis itu seumur hidupnya.
. .
. .
. .
. .
. .

Raffael menekan brek keretanya. Mulutnya laju mengeluh kasar. Tanpa menunggu laju dia keluar dari kereta lalu mendekati honda civic di depannya itu. Cermin gelap di pintu pemandu diketuk beberapa kali. Namun tiada respon dari dalam. Dia mengetuk lagi cermin itu.

"you better get out now!" ujar Raffael yang makin hilang kesabaran.

Dia dapat melihat cermin kereta diturunkan sedikit dan dia dapat melihat samar-samar mata pemandu tersebut. Dia dapat melihat tudung dan sudah pasti pemandu itu seorang wanita.

"cik nak keluar ke atau saya panggil polis?" ugut Raffael saat itu.

Dia dapat lihat mata wanita itu meluas. Tak tahu la sama ada dia terkejut saat melihat Raffael yang berwajah mat salleh boleh berbahasa melayu atau kerana perkataan polis.

Dan saat itu dia melihat pintu kereta itu dibuka. Dia bercekak pinggang menunggu wanita itu keluar. Saat itu terpancul wajah seorang wanita cantik bertudung. Cantik, namun perasaan marah Raffael lebih menguasai saat itu.

"you tahu tak apa yang you cuba buat?" soal Raffael menahan geram.

"saya buat apa?" soal gadis itu balik. Dapat dilihat gadis itu cuba mengawal riak takutnya.

"you hampir terlanggar i tahu tak? Kalau i tak sempat elak, kereta kita dah bercium dah tadi!" marah Raffael.

"hampir je kan, bukan terlanggar pun. Kira Allah dah selamatkan kita berdua tadi. Apa lagi masalah encik ni?" soal gadis itu menambah panas dihati Raffael.

"apa masalah i? Amboi tak padan dengan mulut kecik tu, sebab pemandu macam you ni la ramai nyawa yang tak bersalah kena tempiasnya tahu tak!" marah Raffael lagi.

"kalau encik nak membebel dekat tepi jalan ni, encik bebel la sorang-sorang. Saya takde masa nak layan orang macam encik ni!" ujar gadis itu sambil melirik jam di tangan

Saat melihat gadis itu ingin masuk ke keretanya. Laju tangan Raffael menahan pintu kereta gadis itu.

" i'm not finish yet! " ujar Raffael.

" none of my business! Saya takde masa nak layan orang gila macam encik ni!" balas gadis itu lalu laju masuk ke dalam keretanya. Tanpa menunggu laju kereta itu meninggalkan Raffael yang bengang di situ.

"dasar perempuan gila!" jerit Raffael geram lalu dia masuk ke dalam keretanya. Camaro putih Itu mengaum kuat meninggalkan tempat itu.

Hi sorry lama menghilang... Enjoy :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience