Nuh menghempas fail itu ke meja. Dia tidak berpuas hati saat membaca butir peribadi milik Nayla yang ada dalam rekod syarikatnya. Terlalu ringkas cuma alamat yang dinyatakan memang sama. Satu kondo dengannya. Nur Nayla binti Nazri, berumur 26 tahun dan nama waris jika ada kecemasan hanya tertulis Nadim bin Nazri. Nama ibu dibiarkan kosong, dan yang menjadi butiran itu menarik saat melihat ruang persekolahan Nayla.
'institut Le Rosey' kalau search di internet pasti orang mengenali sekolah ini merupakan sekolah terbaik dunia. Bukan calang-calang orang boleh memasukki sekolah ini dengan yuran sahaja mencecah setengah juta ringgit setahun.
Dia membaca lagi, kelulusan Nayla juga dalam master in business dengan kelulusan A level. Bertambah berkerut dahi Nuh seumur 23 tahun, Nayla sudah memegang sijil master. Macam mana seorang yang bijak ini bekerja sebagai seorang kerani.
Nuh menekan iterkom.
"Farah, i want to meet staff yang pernah interview Nur Nayla ASAP!" arah Nuh serius.
Tak lama, pintunya di ketuk dan saat dia memberi arahan masuk, terjengul wajah staff sumber manusia yang bertanggungjawab dalam pengambilan staff.
"So Tariq, i want to know how you interview Nur Nayla pass 2 years? I tahu you well known about her qualification. Kenapa dia diserap sebagai kerani?" soal Nuh bertubi-tubi.
Tariq di depannya seakan gelisah melihat wajah serius CEOnya itu. Tak pernah dia dipanggil ke pejabat lelaki itu walau hampir sepuluh tahun dia bekerja.
Tanpa membuang masa dia menceritakan kejadian saat menemuduga Nayla. Tak dinafikan dia sendiri terkejut melihat kelayakan gadis itu tapi Nayla berkeras mahu jawatan sebagai kerani.
Nuh hanya menyandar badannya di sebelah BMW M5 berwarna merah miliknya. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Dia sabar menunggu orang yang ingin dia temui. Segala persoalan yang bermain difikirannya harus diberikan jawapan dan hanya seorang yang boleh selesaikannya.
Nayla merapati Kak Azie di bilik pejabat itu.
"akak, Nay balik dulu ya. Oh ya, abang Nadim tanya kalau ada apa-apa alat muzik yang akak perlukan just inform dia. Semalam Abang cakap nak balik Malaysia, tapi tak tahu tarikhnya lagi" ujar Nayla sambil mencapai begnya.
"rasanya takde pape kot Nay, semua dah cukup. Nadim balik lama ke?" soal Kak Azie.
"macam biasa la dia tu." jawab Nayla tersenyum.
Kak Azie mengenali abangnya, Nadim namun dia tak mengetahui bahawa Nadim itu abang kandungnya. Dia cuma memberitahu bahawa Nadim merupakan orang yang paling dia sayang selepas ibu bapanya. Dan Kak Azie menganggap Nadim adalah orang yang penting dalam hidupnya. Ingat lagi kali pertama kak Azie bertemu Nadim, wanita itu terkejut melihat wajah mat salleh Nadim dan bertanya adakah Nadim teman lelakinya. Namun Nayla hanya diam dan tak menjelaskannya. Nadim juga hanya mengambil pilihan tidak membuka mulut.
Baginya, hal keluarganya terlalu sulit. Dan jika sesiapa tahu siapa mereka sebenarnya pasti terkejut. Namun, mereka tidak layak untuk mendapat tempat di dalam keluarga arwah daddynya kerana mereka sekeluarga dibuang dan dibenci.
Setelah berpamitan, dia melangkah keluar dan saat itu dia terpandang susuk tubuh yang sedang bersandar di kereta dan kereta milik lelaki itu elok bersebelah keretanya. Dia melihat Nuh yang segak berkemeja putih yang lengan dilipat ke bawah siku dan berseluar biru gelap. Dua Butang atas juga dibuka dan tali leher sudah hilang. Sangat santai dan saat mata mereka bertentang, terus Nuh menegakkan badannya.
"assalamualaikum.. awak tunggu siapa? Kelas Naira takde hari ni" tegur Nayla saat mendekati lelaki itu.
Nuh menjawab salam itu perlahan. Satu yang dia suka tentang Nayla. Gadis itu akan sentiasa memberi salam saat berjumpa.
"i tunggu you.." balas Nuh.
"tunggu saya? Kenapa?" soal Nayla.
Dia cuba beriak tenang dan kejadian semalam juga sebolehnya tidak mahu diingatinya.
"i nak ajak you minum. Boleh?" soal Nuh berhati-hati.
Nayla menilik jam di tangan dan akhirnya dia mengangguk setuju. Terbias senyuman di bibir Nuh saat itu. Pertama kali Nayla menerima ajakannya tanpa banyak soal.
Mereka duduk bertentangan dan Nuh tidak lepas merenung wajah Nayla. Wajah melayu asli namun sangat cantik. Aura kecantikkan terserlah diwajah itu dan dia antara yang menyukai gadis itu. Rambut Nayla keperangan tak pasti sama ada diwarnakan atau asli namun keperangan itu sangat unik dan seakan sebati dengan Nayla.
"i know something bothering you right?"
Nuh tersentak mendengar kata-kata Nayla. Dia membetulkan kedudukannya.
"why you choose to be clerk even you got much better qualification?" soal Nub tanpa berkias.
"so you had read my resume" ujar Nayla.
"i'm speechless Nayla. Who are you Nayla?"
"i'm nobody Nuh, just an ordinary person. And why i choose to be clerk because i want to" balas Nayla.
"you not ordinary person Nayla, you belajar di sekolah terbaik dunia, you tinggal di kondo yang sama dengan i. I'm sorry to say this but seorang kerani takkan mampu untuk tinggal di kondo yang harga sewa sebulan melebih gaji seorang kerani." ujar Nuh.
Nayla kekal tersenyum.
" so, awak nak kawan dengan saya sebab nak tahu siapa saya sebenarnya? Macam tu? " soal Nayla.
" no! I ikhlas nak kawan dengan you tapi hati i Tertanya-tanya dan i need the answer. I rasa you ni terlalu misteri Nayla" balas Nuh.
"okay la, kalau awak nak tahu sangat tentang misteri hidup saya. Kereta dan rumah yang saya guna itu bukan kepunyaan saya tapi milik abang saya, as you read on my emergency contact on my data, Nadim bin Nazri tu abang kandung saya dan semua itu harta dia. Pasal sekolah, pembelajaran dan latar belakang saya, maaf saya tak boleh beritahu lagipun awak bukan sesiapa bagi saya untuk saya kongsikan. " ujar Nayla tenang.
" saya tahu apa dalam fikiran awak Nuh, saya masih waras untuk tidak dibela sugar daddy atau buat kerja haram." tambah Nayla lagi.
" i tak cakap pun you macam tu" ujar Nuh.
" your face when you saw me last night said that" balas Nayla ketawa kecil.
"why i choose to be clerk? Sebab saya yang nak, Nuh. Masa saya mohon kerja di syarikat awak saya baru habis belajar dan saya memang nak cari pengalaman. Walaupun saya ada master, tak semestinya saya terus demand untuk sesuatu kerja walaupun saya boleh but i love challenge. " ujar Nayla lagi.
" you ni memang misteri Nayla. You ada master in business tapi cara you main alat muzik macam you ni seorang pemuzik yang handal" ujar Nuh.
"muzik is my passion. I love to play instruments especially Violin and piano because its remind me to someone who i love the most" balas Nayla.
Entah kenapa Nuh merasakan sesuatu yang tidak enak saat mendengar kata-kata itu.
"i think that all yang i boleh beritahu you. As i said, kalau awak ikhlas berkawan dengan saya, saya terima awak sebagai kawan saya tapi ingat jangan hancurkan kepercayaan saya pada awak" tambah Nayla lagi.
"siapa abang you? I kenal ke?" soal Nuh lagi.
Nayla tersenyum. Nampaknya lelaki itu tak putus untuk mencari siapa dirinya.
"siapa abang dan keluarga saya itu hal peribadi saya dan saya tak boleh beritahu awak, lagipun kita hanya berkawan, bukan awak nak kahwin dengan saya pun. Yang saya boleh katakan awak tak pernah kenal dia sebab dia tinggal di...." seakan tersedar akan terlanjuran katanya, Nayla terdiam.
" tinggal di mana? " soal Nuh Tertanya-tanya.
" ermm.. Dia tak tinggal di KL. " jawab Nayla.
" owh... I bet he must be a successful man and i wish i can meet him someday. " ujar Nuh tersenyum.
Nayla hanya tersenyum. Selepas itu mereka berborak kosong dan tak lama Nayla meminta diri untuk pulang. Akhirnya mereka beriringan meninggalkan restoran tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Tan Sri, ini maklumat yang saya dapat. Apa yang saya tahu, anak perempuan arwah sudah pulang ke Malaysia tapi saya masih mencari maklumat di mana dia berada sekarang." ujar lelaki bertopi hitam itu.
Lelaki berusia yang sedang termenung mengambil sampul surat yang berwarna koko itu. Isinya di tarik keluar melihat gambar-gambar tersebut.
" gambar ini masa mereka umur berapa? " soal lelaki tua itu tegas.
" yang abang berusia 22 tahun, dan si adik 19 tahun" jawab lelaki bertopi pula.
"tapi apa yang saya dapat, si abang jarang pulang ke Malaysia kerana membantu perniagaan ibunya" tambah lelaki itu lagi.
"aku nak kau cari budak perempuan ni sampai jumpa!" arah lelaki tua itu.
"baik Tan Sri" balas lelaki bertopi itu lalu berlalu meninggalkan tempat itu.
Lelaki tua itu menatap semula gambar tersebut. Wajah-wajah yang sudah lama dia buang dari menjadi sebahagian keluarga itu. Saat menatap gambar lelaki dalam gambar tersebut, hatinya tiba-tiba membara. Terus gambar-gambar tersebut di kronyok dengan kasar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejak pertemuan tempoh hati, perhubungan Nuh dan Nayla semakin baik namun Nuh tahu dalam mereka berkawan, Nayla masih meletak tembok antara mereka. Mereka baik tapi tak lebih dari seorang kawan. Dan baru-baru ini mereka ada berselisih faham. Nuh tahu dia salah dan Nayla hanya ingin menegurnya sahaja.
Pagi itu saat Nayla keluar dari rumahnya ingin ke kelas muzik, serentak itu pintu rumah sebelah juga terbuka. Luas matanya melihat seorang gadis seksi keluar dari rumah itu dengan rambut yang agak serabai. Terkaku Nayla saat itu. Saat itu dia mendengar suara Nuh.
"thanks for last night! I will call you later" serak kedengaran suara lelaki itu.
"no problem babe, i'm so happy last night. Memang betul orang cakap you memang hebat" jawab gadis itu menggoda.
Terdengar gelak ketawa yang keluar dari mulut Nuh saat itu.
Saat Nuh membuka pintu grill untuk gadis seksi itu, dia dapat menangkap susuk tubuh Nayla yang berada di depan rumah gadis itu. Wajahnya berubah gelisah saat menatap pandangan mata Nayla itu.
"Bye Nuh..."
ujar Gadis seksi itu berlalu meninggalkan rumah lelaki itu. Nuh yang tak berbaju itu masih kaku menatap wajah Nayla.
Nayla yang tidak betah melihat tubuh tak berbaju Nuh mengalihkan pandangannya. Pagi-pagi dia sudah menjadi saksi manusia melakukan maksiat. Saat dia ingin berlalu, Nuh memanggil namanya.
"Nayla... I'm... I'm sorry" ujar Nuh.
Entah kenapa dia meminta maaf kepada gadis itu. Adakah kerana rasa bersalah atau menutup rasa malunya. Dia tahu ini kali kedua Nayla melihat dia berfoya-foya. Walaupun dia sudah berusaha untuk berubah namun dia masih tidak mampu menahan godaan.
"why you must say sorry to me. Awak tak sepatutnya malu dengan saya tapi malu la dengan Allah. Dia melihat semuanya Nuh. Sampai bila awak nak terus macam ni? Ingat Nuh, kalau Allah nak hukum sekelip mata awak akan dapat."
"Nayla.. I..." Nuh tidak mampu meluahkan kata.
"saya sebagai kawan awak dan saksi kejadian tadi bertanggungjawab untuk tegur awak. Sampai bila awak nak terus hidup macam ni?" ujar Nayla.
Matanya masih memandang ke arah lain.
Nuh mendengar itu terus rasa sesuatu, kesan arak yang diminum semalam masih terasa.
" You tak perlu nak masuk campur urusan i Nayla! Hidup i biar i yang tentukan hidup i! You tak tahu apa yang terjadi dalam hidup i! You tak pernah rasa apa yang i rasa! Ini je cara untuk i lepaskan stress i Nayla!!" tengking Nuh tiba-tiba.
Terhinjut bahu Nayla saat itu.
" Nuh, banyak cari untuk awak lepaskan stress dan tak perlu nak pilih cara macam ni! Awak ingat awak seorang je ke yang ada masalah dalam dunia ni! Setiap orang ada masalah sendiri termasuk saya namun semua tu atas diri sendiri untuk lepaskan tekanan tu. Maafkan saya kalau saya masuk campur urusan awak tapi saya kena tegur jika awak buat salah sebab awak kawan saya Nuh! Dan saya takkan kawan saya terus lalai macam ni!! "
Tanpa menunggu, Nayla terus berlalu meninggalkan Nuh di situ.
Nuh tersedar dari lamunan saat melihat kelibat Nayla keluar dari bangunan itu. Dia mula keluar dari keretanya, dia berniat untuk mengajak Nayla keluar makan dan memohon maaf atas kelancangan kata-katanya dua hari lepas. Selepas pertengkaran itu, Nayla seakan mogok dengannya. Mesej tak dibalas, call tak diangkat. Selama dua hari dia menanggung rindu terhadap gadis itu.
Saat dia melangkah mendekati tiba-tiba langkahnya kaku apabila melihat seorang lelaki tinggi lampai berwajah mat salleh memeluk erat Nayla.lebih memeranjatkan Nayla juga membalas pelukan itu sambil tersenyum gembira.
Sakit hati dirasainya saat itu. Siapa lelaki itu? Adakah Nyla sudah berkahwin dan menyorokkan hal itu dari pengetahuan dia. Tanpa sedar tangannya digenggam erat menahan rasa marah. Dia seperti dipermainkan sedangkan mereka hanya sebagai kawan.
My udpte before midnight... Nampak x byg cornflakes mula muncul... Hehehe rilex, CE bg hint je dlu.. Lambertt lagi dia nk meletus.. Baru chap 7..kita bagi peluang kt Nuh nak berubah dulu.... Walaupun perangai buaya tembaga dia masih utuh dalam diri.. Dah la asyik kantoi dgn Nayla je... Hope korang enjoy this chap.. Tq for support :)
Share this novel