BAB 12

Romance Completed 23694

Dia menghempas tangannya ke meja sehingga anak buahnya tersentak.

"macam mana mereka boleh bertemu?!" soalnya kasar.

"err... Tan Sri ada upah menyiasat untuk mencari mereka, Dato" jawab anak buahnya itu.

"kalau Tan Sri dah mula jumpa mereka tak mustahil akan ada perubahan wasiat! Aku tak nak rancangan aku selama ni gagal!! Sepuluh tahun aku berusaha agar mereka jauh dari keluarga aku!" bentaknya.

"dari maklumat yang saya dapat, perempuan itu dah tinggal di Malaysia selama 3 tahun. Dan abangnya pula baru blik selepas dapat tahu adiknya bertemu Tan Sri" ujar anak buahnya itu.

"ibu mereka?" soalnya.

"masih di Perancis" balas anak buahnya.

"aku nak kau orang follow dua beradik tu dan aku nak kau bagi amaran dekat mereka!" arahnya lagi.

"baik Dato!" balas anak buahnya lalu meninggalkan bilik itu

Dato Nazmi melabuhkan punggung ke kerusi. Dia tidak akan membenarkan waris Nazri masuk dalam keluarga mereka. Dia cukup benci! Sebenci dirinya kepada abang kandungnya itu.

Sudah jauh dia pergi dan apa yang dia lakukan selama ini bukan kerana harta semata-mata namun ia kerana dendam yang telah lama tertanam.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nayla keluar dari bangunan itu menuju ke keretanya. Setelah itu dia memandu menuju ke pasaraya untuk membeli barangan dapur. Sepanjang dia di sana, Nayla dapat menghidu seakan dirinya diperhatikan. Namun dia hanya berlagak tenang kerana menyangka mungkin Malik yang memerhatikannya.

Selesai membeli barangan dia meninggalkan pasaraya tersebut. Sepanjang perjalanan pulang dia perasan ada sebuah kereta hitam mengekorinya sejak dari tadi, entah kenapa hatinya berasa tidak enak ketika itu.

Telefonnya berbunyi saat itu dan melihat nama pemanggil dia terus menekan butang hijau lalu pembesar suara ditekan.

"Hello Lala dekat mana?" soal Nadim.

"Lala on the way balik dari pasaraya. Beli barang sekejap." balas Nayla.

"owh... Abang balik lambat hari ni, abang ada urursan dengan Malik. Lala jangan ke mana-mana ya terus balik ke rumah sebab Malik takde untuk perhatikan Lala" ujar Nadim.

Meluas mata Nayla saat itu. Jadi selama dia menyangka Malik memerhatikannya itu adalah salah. Malik bersama abangnya sekarang habis siapa yang mengekorinya.

"Lala? Are you there?" soal Nadim.

"abang... I think i have been follow by someone!"

ujar Nayla yang mula rasa takut. Tanpa dia sedar dia telah menekan minyak dengan kuat dan keretanya mula menluncur laju.

"What! Damn it! Malik, we must go to Nayla! Lala, just drive to police station nearby. Be calm and i will go to you" ujar Nadim lalu memutuskan panggilan.

Nayla semakin resah saat kereta hitam itu seakan mencucuknya dari belakang. Saat itu dia mencapai telefonnya dan nama seseorang di tekan.

Masih di mod pembesar suara dia melihat panggilannya disambung tapi masih belum dijawab. Sesekali dia melihat cermin pandang belakang.

"Hello Nayla?" saat itu panggilan dijawab.

"Nuh... tolong saya!" ujar Nayla.

Nuh pelik mendengar suara Nayla yang cemas itu namun tak sempat Nuh membalas, dari telefonnya dia mendengar dentuman yang kuat dapat didengari berselang dengan jeritan Nayla. Terus Nuh bangun dari kerusi kerjanya.

"Nayla!! Hello!!" jerit Nuh cemas.

Namun talian tiba-tiba terputus. Dia dapat mengagak sesuatu yang tidak baik berlaku kepada Nayla. Dia mundar mandir di pejabatnya dan terus menelefon Nayla namun hanya pesanan peti suara di dengarinya. Terus dia mendial nombor Nadim.

" Hello Dim, Nayla..."

"Nuh, Nayla accident! Kami on the way ke hospital sekarang" Nadim terlebih dahulu memintas kata-kata Nuh itu.

Tanpa berlengah Nuh berlari keluar dan saat itu dia terserempak dengan Raffael.

"woo, kenapa ni bro?" soal Raffael pelik melihat kekalutan Nuh.

"Nayla... Nayla accident" ujar Nuh.

Bulat mata Raffael ketika itu. Dia membuntuti langkah Nuh itu dan mereka sama-sama menuju ke hospital.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nadim dan Malik memandang keadaan Nayla saat itu. Mujur la kecederaan yang dialami tidak teruk. Nayla masih tidak sedarkan diri kerana doktor memberi dia ubat tidur untuk dia berehat.

Pintu wad dibuka dari luar dan terjengul wajah Nuh dan Raffael.

"macam mana dengan Nayla?" soal Nuh cemas.

Matanya tak lepas dari memandang wajah Nayla yang masih tak sedarkan diri.

"she's okay Nuh. Hanya luka ringan dan patah tangan kanan" ujar Nadim.

Nuh perasan ada lelaki yang agak kacak berdiri di sebelah Nadim cuma wajah itu serius saja. Siapa lelaki itu? Seakan tersedar dia sedang dipandang, Malik turut memandang Nuh.

"Nuh, Raff kenalkan ini Malik, bodyguard yang aku upah untuk jaga Nayla disini" ujar Nadim.

"bodyguard? Kenapa Nayla perlu bodyguard?" soal Raffael terkejut dan pelik.

"family kami tak seperti orang lain. Lagipun Nayla jauh dari aku dan mommy aku so aku upah Malik untuk menjaga Nayla selama dia di Malaysia." jawab Nadim.

"tak seperti orang lain? Apa maksud kau?" soal Nuh pula.

"yang itu nanti aku cerita bila dah semuanya dah selesai. Cuma apa yang aku boleh beritahu, nyawa kami mungkin dalam bahaya terutama Nayla. Mereka mula serang Nayla" ujar Nadim.

Nuh dan Raffael memandang sesama sendiri. Seperti ada sesuatu yang mereka tidak tahu tentang keluarga gadis itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hampir tiga hari dan Nayla sudah sedar. Dan semenjak Nayla sedar, Nuh tidak datang melawatnya. Begitu juga Raffael. Kata abangnya, mereka berdua pergi ke Indonesia atas urusan kerja. Itu agak melegakannya kerana kalau boleh dia tidak mahu lelaki itu melihat dirinya.

Semenjak dirinya kemalangan, Nadim menghalangnya dari memakai kanta lekap kerana abangnya memberitahu tiada guna lagi berselindung sedangkan pihak Dato Nazmi sudah menjumpai mereka.

Pintu wad dibuka dari luar dan saat itu dia melihat Tan Sri Nazruddin masuk ke dalam bersama dua pengiringnya.
Tajam mata Nayla memandang wajah itu.

"betul kata kamu, kamu juga mewarisi Rosebell juga" ujar Tan Sri Nazruddin tak lepas memandang anak mata hijau itu.

Nayla masih mendiamkan diri.tidak terkesan dengan kata-kata lelaki itu.

"macam mana keadaan kamu?" soal Tan Sri Nazruddin.

"masih bernyawa, Tan Sri. Apa tujuan Tan Sri ke sini? Mengharapkan Tan Sri dapat jasad saya tak bernyawa? Seperti apa yang berlaku kepada arwah Daddy?" soal Nayla sinis.

Tan Sri Nazruddin mengeluh perlahan.

"Atuk just nak datang nak melawat cucu atuk. Kenapa Nayla dan Nadim bercakap hal yang sama? Kematian daddy kamu disebabkan kemalangan bukan bermotifkan niat membunuh" ujar Tan Sri Nazruddin.

Membuak amarah Nayla saat mendengar tentang hal kematian daddynya.

"lebih baik Tan Sri keluar sekarang! Tan Sri tak dialu-alukan disini. Saya mungkin masih boleh bersabar tapi tidak abang saya! Lebih baik Tan Sri pulang dan teruskan hidup tan sri dan jangan ganggu kami lagi. Tentang kejadian yang Tan Sri rancangkan, saya maafkan. Please go! " ujar Nayla menahan rasa.

"atuk tak tahu apa sebenarnya yang kamu tahu tapi atuk akan siasat hal ini. Yang pasti kejadian sepuluh tahun lepas adalah bukan kamu saja yang merasakan kehilangan tapi atuk juga merasakan benda yang sama. Atuk kehilangan anak yang sangat baik" ujar Tan Sri Nazruddin seterusnya berlalu keluar.

Tanpa Nayla sedar, air matanya jatuh membasahi pipi.

Alahh, Nayla dah tak pakai lens si Nuh pulak outstation... Chap ni byk psl tan sri je.... Bila nuh nak tau si mata hijau ni ek... Mgkin next chap?? Atau next2 chap?? Hahahaha Jgn lupa komen ya gais...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience