BAB 19

Romance Completed 23694

"welcome back Nuh Haqeem" tegur suara itu.

Dia mendongak memandang figura di depannya itu. Kerusi depannya ditarik lalu susuk tubuh itu melabuhkan punggungnya.

Dia tidak lepas memandang wajah itu. Tiga tahun berlalu, wajah itu tidak berubah. Tidak! Wajah itu berubah menjadi lebih cantik dan tidak pernah sedetik pun dia melupakan wajah itu.

"So, you panggil i semata-mata nak tenung wajah i sahaja ke? I tak banyak masa, kalau ada apa-apa yang you nak cakap baik cakap sekarang"

Dingin, itu yang dia rasakan dari kata-kata itu.

"You apa khabar?" soalnya.

Tawaan sinis meletus perlahan.

"getting better than three years ago" jawab Nayla sarkastik.

"i'm sorry...." ujarnya pula.

"For what Nuh? You already choose it. So nothing to be sorry. You make that choice and i accept it. Easy right?" soal Nayla lagi.

Matanya tajam menikam anak mata lelaki kacak di depannya itu. Lelaki yang pernah mendapat tempat dihatinya dulu.

" within this three years, i never forget you. I menyesal Nayla, i menyesal hanya kerana..... "

" oh! stop it Nuh. Tiga tahun dah buktikan semuanya. You pilih untuk tamatkan ini semua. Dan i dengan rela hati menerimanya. So i rasa takde apa-apa lagi kot yang you nak cakap kan. "

Nayla terus berdiri lalu meninggalkan lelaki itu. Panggilan Nuh tidak dia endahkan. Sesungguh luka dihatinya yang dilakukan lelaki itu tiga tahun lalu berdarah kembali.

Nuh Haqeem hanya mampu melihat tubuh itu menjauh. Kesal? Ya, itulah yang dia rasai selama ini. Kebodohannya membuatkan dia kehilangan seseorang yang dia cinta. Hanya kerana egonya dia mencampak cinta yang diberikan gadis itu kepadanya.

Tiga tahun merupakan tempoh yang dia sia-siakan. Jika bukan kerana tindakan terburu-burunya, pasti dia sudah berbahagia bersama Nayla.

Dia sendiri telah membuatkan hubungannya dengan Nayla hancur berkecai.

"So macam mana?" tegur satu suara di belakangnya.

Tanpa menoleh dia tahu gerangan itu. Melihat Nuh Haqeem hanya termenung, dia mengambil tempat di depan lelaki itu.

"tiga tahun, dan ia bukan mudah" jawab Nuh lemah.

"sekarang kau dah balik, kau harus guna peluang ni untuk dapatkan dia kembali. Aku yakin nama kau masih ada di dalam hati dia. Kalau tak dia takkan datang ke sini hari ni"

"its hard bro.." jawab Nuh seakan mengalah.

"belum cuba belum tahu. Nuh Haqeem will get what he want" ujar lelaki itu lagi.

Kata-kata itu seakan ingin menyuntik semangat Nuh.

"betul cakap kau. Aku hanya harapkan kemaafan dia saja Raff." ujar Nuh Haqeem tersenyum nipis.

Raffael duduk di depan Nuh. Dia memandang sahabatnya itu. sepanjang tiga tahun di UK, Nuh tidak pernah menanyakan tentang Nayla kepadanya begitu juga saat dia ingin bercerita tentang Nayla, pasti Nuh mula mengelak. Jauh di dasar hatinya, Dia dapat lihat ketulusan cinta Nuh terhadap Nayla namun dia tidak mengerti kenapa Nuh sanggup memutuskan hubungan mereka.

"Raff, thanks sebab sudi pujuk Nayla jumpa aku." ujar Nuh.

Raffael tersenyum.

"aku Tertanya-tanya kenapa kau tinggalkan Nayla dulu Nuh? Betul ke sebab kau tak boleh terima punca kematian ibu ayah kau atau kau ada sebab lain yang buat kau buat keputusan tu?" soal Raffael.

Nuh tidak menjawab soalan itu namun hanya tersenyum nipis. Biarlah itu menjadi rahsia dirinya.
. .
. .
. .
. .
.
Nayla sibuk menyusun alat muzik yang akan digunakan oleh para pelajarnya sebentar lagi. Dan saat selesai, pasangan kembar menapak masuk ke kelas itu. Nayla tersenyum melihat kembar berusia 8 tahun itu.

"Hai Ku Amna, Ku Akashah. Awal sampai hari ni" tegur Nayla tersenyum.

Kembar itu bersalam dengan Nayla.

"daddy nak keluar dating dengan mommy, tu yang hantar kami awal"

ujar Tengku Amna Mawar selamba. Tengku Akashah hanya tersengih sahaja. Nayla tersenyum, kecil-kecil pun dah cantik dan kacak dua beradik ini. Beberapa pelajar mula masuk dan saat itu kelibat Naira kelihatan melangkah masuk. Naira yang sudah berusia 12 tahun itu tersenyum manis kepadanya, Nayla perasan ditangan remaja itu ada sejambak bunga Rose merah.

Naira mendekatinya lalu memberikan jambangan bunga itu.

"untuk kakak, uncle Nuh bagi" ujar Naira ceria.

Tersentak Nayla saat mendengar nama Nuh disebut. Dia mengambil jambangan itu dengan pelbagai perasaan.

"thanks Rara," ucap Nayla tersenyum.

Naira bergerak ke kerusi yang dipilihnya, Nayla pula ingin meletakkan bunga itu ke atas meja dan saat itu dia terpandangkan sekeping kad yang terselit. Dia mengambil lalu membaca nota yang tertulis.

*tiada yang lebih terindah selain kemaafan dari you*
-Nuh Haqeem -

Nayla meletakkan semula kad tersebut lalu memulakan kelas muzik itu.

Nuh berdiri sambil memandang permandangan di sebalik cermin kata di pejabatnya itu. Tiga tahun dia menetap di UK kerana ingin menjauhkan diri daripada Nayla namun dia tidak mampu. Akhirnya Malik menjadi tempat untuk dia bertanya tentang khabar Nayla tanpa pengetahuan gadis itu. Dia tahu, Nayla dan Raffael semakin rapat dan keputusan yang dia ambil saat itu adalah kerana sahabat baiknya itu.

Bukan kerana kematian ibu bapanya yang menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan Nayla, sesungguhnya dia sudah redha akan takdir yang tertulis namun saat dia terdengar rintihan Raffael saat diluar wad Nayla selepas kejadian culik itu membuatkan dia membuat keputusan tiga tahun lepas.

Dia masih ingat lagi saat selepas Nayla diselamatkan dari diculik, sesuatu terjadi kepada Nayla, rupa-rupanya Nayla diberi dadah oleh orang suruhan Dato Nazmi membuatkan Nayla kritikal ketika itu.

"stay strong Nayla, i can't live without you. I love you so much"

Dia mendengar rintihan itu saat Raffael sedang menekup dahi ke dinding tanpa dia sedar akan kehadiran Nuh di situ. Raffael banyak berkorban untuknya selama ini. Ketika itu barulah dia tahu bahawa Raffael mengorbankan perasaannya kepada Nayla hanyalah untuk dia memilikki gadis itu.

Selepas itu dia mula menjauhkan diri dari Nayla. Dia langsung tidak melawat gadis itu dan saat mengetahui Nayla sudah sembuh sepenuhnya dia terus menghubungi gadis itu.

Akhirnya dia nekad untuk korbankan cintanya dan memutuskan hubungannya. Selepas itu, saat dia mendengar berita bahawa syarikat milik bapa Raffael mempunyai masalah, dia dengan rela hati untuk membantu. Dengan itu dia yakin, Raffael dan Nayla akan menjadi rapat.

Selama tiga tahun dia menanggung seksa merindui seseorang yang dia cintai. Dia tahu Nayla terluka namun demi Raffael dia sanggup dibenci. Kini dia hanya mengharapkan kemaafan dari Nayla. Itu saja.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nuh bersandar di tepi keretanya. Dia memerhati setiap pelajar yang keluar dari bangunan itu. Saat itu dia lihat Nayla keluar bersama Naira. Dia menapak mendekati mereka berdua,dan saat dia sudah hampir Nayla mula sedar akan kehadirannya.

"assalamualaikum..." suara husky Nuh menyapa gadis itu.

Nayla cuba mengawal perasaannya ketika itu. Dia menjawab perlahan salam yang diberikan Nuh.

"Uncle, Rara nak ke 7E kejap ek. Jap ek" ujar Naira lalu berlalu ke kedai serbaneka itu.

Kini tinggal Nuh dan Nayla sahaja. Nuh tidak lepas memandang Nayla yang sangat ayu berpakaian serba biru dan berselendang merah jambu.

"boleh kita bercakap sekejap sambil tunggu Rara siap?" pinta Nuh.

Mereka bergerak ke kerusi yang tersedia berdekatan. Nayla menjeling sekilas ke arah Nuh. Nampaknya lelaki itu mungkin dari pejabat kerana masih berkot kelabu sedondon dengan seluarnya dan berkemeja putih tanpa tali leher. Itu saja telah membuatkan sesiapa yang melihat terpikat. Nayla cuba menenangkan hatinya yang berdegup agak deras.

"thanks for flowers"

ucap Nayla memecah kesunyian. Dia agak tak selesa saat mata Nuh begitu asyik merenungnya.

"my pleasure Nay. I tahu tifa tahun lepas telah mengecewakan you namun i akan tunggu kemaafan dari you. I'm sorry Nayla, i tak bermaksud untuk kecewakan you. Bukan kerana i berdendam sebab i dh lama redha dengan takdir kematian ibu bapa i" ujar Nuh lirih.

Nayla hanya mendiamkan diri. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dibalasnya. 3 tahun membuatkan semuanya menjadi kekok dan janggal.

"Nay... I sentiasa..."

"uncle! Dah, jom balik"

Tiba-tiba Naira muncul dan kata-kata Nuh hanya tergantung di situ. Nayla mula berdiri saat itu.

"kalau macam tu saya balik dulu la. Jumpa next class, Rara. Make sure berlatih ya sayang, minggu depan ada evaluation"

ujar Nayla tersenyum. Dia kemudiannya melangkah meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi.
Nuh hanya melihat langkah Nayla yang semakin menjauh, dia mengeluh untuk kesekian kali dengan peelqhwn.

Si kembar tengku Amir ni muncul lagi... Rupanya itu sebalik keputusan yang Nuh buat. Dua jejaka cuba berkorban demi persahabatan namun Nayla yang jadi mangsa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience