BAB 10

Romance Completed 23694

Nuh menghantar Nayla ke depan pintu rumah gadis itu. Nuh melihat Nayla seakan berada dalam duniannya sendiri.

"are you okay Nay?" soal Nuh risau.

"i'm okay Nuh. Sorry sebab awak terpaksa tinggalkan party Naira tadi." ujar Nayla serba salah.

"nahh it's okay. Lagipun tu party untuk budak-budak je" ujar Nuh.

"thanks sebab hantar saya balik." ujar Nayla.

"anything for you Nayla. Dah pergi la masuk rehat. Anything just call me okay" ujar Nuh.

Nayla mengangguk lalu masuk ke rumahnya. Dia harus memberitahu abangnya tentang ini. Nayla menanggalkan jaket di badan lalu merebahkan badannya ke sofa.

Ting! Ting!

Melihat nama pemanggil dia terus menekan butang hijau itu.

"assalamualaikum abang...."

"waalaikumusalam Lala. What going on? Malik told me you meet him!" soal Nadim.

Nayla memejam matanya. Pasti orang suruhan yang diupah abangnya menjaga dia memaklumkan tentang itu.

"i'm not meet him! I just saw him dekat birthday party Nuh's niece. I don't think he recognise me, abang. How Malik know about him?" soal Nayla.

"Malik ikut Nayla dan Nuh. Dia just watching from outside then Malik nampak kereta dia masuk ke rumah family Nuh. Bahaya Lala, dia antara yang terlibat dengan kematian daddy!" ujar Nadim tegas.

Ya, lelaki yang dilihat di majlis tadi masih kekal dalam ingatannya walaupun lelaki itu semakin tua. Dia ialah Dato Nazmi, adik kepada arwah daddynya. Arwah daddynya merupakan anak sulung dalam keluarga itu dan dia hanya mempunyai seorang adik sahaja dan lelaki itu juga telah buat dia hilang seorang ayah di usia 15 tahun. Namun lebih dia terkejut saat melihat wajah itu di majlis tadi. Seperti yang diberitahu oleh Nuh, hanya saudara mara dan kawan-kawan Naira saja yang dijemput. Adakah Dato Nazmi merupakan saudara Nuh?

“abang rasa dia saudara Nuh ke? " soal Nayla.

" i have no idea Lala. Tapi abang nak Lala berhati-hati. Abang dapat tahu sekarang grandpa looking for us, especially you. Be carefull, abang akan balik soon. Let me settle my job here first" ujar Nadim.

"sampai bila kita nak menyorok bang, let's settle this. Apa yang dia tak puas hati dengan kita lagi. Kita dah dibuang oleh grandpa. Kalau dia nak harta, he already got it." ujar Nayla geram.

"bila dah tamak, dia akan buat apa-apa sahaja. Abang tak tahu kenapa grandpa cari kita. Abang akan pujuk mommy balik dan kita akan selesaikan semuanya. Malik will protect you, Lala Jangan buat sesuatu selagi abang tak balik.Remember that!" tegas Nadim.

Dia amat mengenali Nayla yang suka bertindak sendirian. Dan itu amat merisaukannya. Jika diturutkan hati, mahu saja dia meninggalkan bumi Perancis itu namun dia harus selesaikan satu event besar syarikatnya terlebih dahulu.
. .
. .
. .
. .

Nayla melihat lukisan di pameran itu. Hujung minggu itu dia menghadiri pameran lukisan di galeri yang dimilikki oleh seorang pelukis terkenal. Saat melihat sebuah lukisan dua tangan dari arah bertentangan yang cuba mencapai antara satu sama lain namun dihalang oleh kayu berduri.

Lama matanya terpaku di lukisan itu.

"its hurt"

Nayla menoleh dan saat itu wajah Raffael yang turut memandang lukisan itu menerpa matanya.

"Raffael?"

Raffael menoleh lalu tersenyum manis. Wajah kacukan itu bertambah kacak saat lesung pipit terlihat di pipi kanannya.

"i can feel the pain... Pelukis seakan mengambarkan kesakitan yang dialaminya dalam mendapatkan cintanya" ujar Raffael.

"yeah.. I can feel it too. But i think the painter don't get his love until the end. The blood in men's hand show how struggle he is" balas Nayla.

"indeed. Cinta tak semestinya memilikki, kadang-kadang perlu melepaskan bagi mengelakkan banyak pihak sakit." balas Raffael perlahan.

"kalau awak ditempat pelukis itu. Adakah awak akan pertahankan cinta awak atau awak akan korbankan?"

soalan tiba-tiba dari Nayla, menyentak hatinya. Raffael tersenyum tawar. Soalan itu sama dengan apa yang dia rasa saat itu.

"depend. If I'm in love with someone but i don't know the feeling is mutual or not there have two ways that i need to face it. Kalau dia juga mencintai saya juga then saya akan pertahankan cinta kami. Kalau cinta saya bertepuk sebelah tangan dan dia tidak mencintai saya, so saya harus lepaskan. As i said, kita tak semestinya dapat milikki orang yang kita cinta" balas Raffael.

Terpegun Nayla mendengar kata-kata itu.

"tapi kalau awak lepaskan maksudnya awak akan kecewa kerana tidak boleh memilikinya." balas Nayla lagi.

"cukup la jika saya melihat dia bahagia. Kadang-kadang saya terfikir, layak ke saya dicintai wanita yang baik? Saya banyak dosa Nayla. Hidup saya tersasar dari landasan agama. Saya tidak diajar tentang islam sejak dari kecil" ujar Raffael.

Nayla dapat melihat nada kesal dalam tutur kata Raffael itu.

"Raff, masih belum terlambat untuk mengenal Allah. Jangan rendahkan diri kita. Jika niat ikhlas untuk berubah menjadi lebih baik, insyaallah, Allah pasti memudahkannya. Tiada istilah lambat atau tak sempat, selagi bernyawa kita harus mencuba. Kalau Allah nak terima taubat awak, sekelip mata Allah akan ampunkan semua dosa-dosa awak. Yang penting hati awak tekad untuk tinggalkan segala dosa. " ujar Nayla sambil tersenyum.

Raffael menghulurkan cappuccino kepada Nayla. Mereka duduk di cafe diluar galeri. Setelah puas melihat seni lukisan itu. Mereka hanya bersantai di situ.

"saya tak sangka awak minat lukisan" ujar Nayla tersenyum.

"have to." balas Raffael selamba.

Terjungkit kening Nayla saat itu. Raffael ketawa perlahan melihat reaksi itu. Comel.

"saya teman kakak saya. She's still in there. She love it so much. Mulanya agak bosan, tapi lama-lama saya pun terminat sekali" ujar Raffael lagi.

Nayla mengangguk sambil melihat kakak Raffael yang ditunjuk lelaki itu berada di sebalik cermin kata, wanita itu seakan sedang berurusan untuk membeli beberapa lukisan yang dijual di situ. Cantik, wajah seiras Raffael tapi versi perempuan.

"awak datang seorang ke?" soal Raffael.

"yup! This is me time. Nobody can disturb me" ujar Nayla.

"so saya dah ganggu awak la ni?" soal Raffael bergurau.

"nope, awak dikecualikan. Kita kebetulan jumpa so anggap jodoh kita untuk berjumpa" balas Nayla tersenyum.

Raffael tersenyum lebar. Rezeki dia dapat berjumpa gadis yang disukai dalam diam. Ingin meluahkan dia tidak berani dan pasti tidak mahu mengecewakan Nuh. Dia tahu sahabat baiknya itu amat cintakan Nayla. Walaupun hatinya keras ingin memilikki gadis itu namun dia hanya serahkan kepada takdir. Namun dia tidak menyangka pertemuan hari ni memberi satu semangat untuknya berubah. Setelah melihat Nuh yang sudah makin berubah ke arah kebaikan, hatinya seakan terjentik saat melihat ketenangan Nuh, kawannya itu semakin bersemangat dan lebih matang. Dan sekarang dia tahu, Nayla antara punca perubahan Nuh.

"Raff, boleh saya tanya awak?" soal Nayla.

"sure,apa yang awak nak tahu? " lamunan Raffael tersentak saat mendengar suara Nayla.

"berapa lama awak kenal Nuh?" soal Nayla.

Raffael tersenyum nipis, terjentik rasa cemburu saat Nayla menyebut nama Nuh dan seakan gadis itu ingin mengenali Nuh melaluinya.

"since we in primary school. Kami sekolah bersama sehingga la study dekat UK sekali." ujar Raffael.

"Nuh tak ramai kawan, hanya saya dan beberapa kawannya ketika di UK. We like sibling, mana ada Nuh, situ la ada saya. We grown up together, dulu dia baik, dan bila di UK, even saya ajak pergi party atau club dia takkan ikut. Namun saat Nuh kehilangan ibu bapanya, saat itu dia berubah dan mula ikut saya bersosial. Dia sunyi Nay, abang dia terlalu sibuk menguruskan perniagaan peninggalan bapanya dan sejak kahwin Nuh dah tak nak kacau abangnya. Dia tahu abangnya struggle untuk kukuhkan syarikat ayahnya. "tambah Raffael lagi.

" ermm boleh saya tanya, Dato Nazmi tu saudara Nuh ke? Sebab masa saya pergi birthday party Naira. Saya nampak Dato Nazmi pun ada" soal Nayla.

"owh uncle Naz, dia pakcik Nuh. Isteri uncle Naz tu adik arwah ibu Nuh" jawab Raffael lagi.

Berubah riak Nayla ketika itu tapi dia cuba mengawal agar tidak ketara.

"kenapa awak tanya pasal uncle Naz? Awak kenal dia ke?" soal Raffael tiba-tiba.

"no, saya ada terbaca tentang Dato Nazmi, he's among the best entrepreneurs in Malaysia. Pewaris legasi Naz's Group" ujar Nayla.

"yeahh.. Selepas kematian abang sulung Uncle Naz, Tuan Nazri. Uncle Naz satu-satunya pewaris Tan Sri Nazruddin. Lagipun Tuan Nazri tiada pewaris. So Uncle Naz je harapan Naz's Group. Tapi saya ada dengar skandal kematian abang Sulung Uncle Naz. Katanya dibunuh musuh perniagaan Tan Sri dengan modus dia buat arwah kemalangan tapi kes tu dah lama. Dah senyap dah pon"

ujar Raffael tanpa dia sedar Nayla sedang menahan perasaannya.

'tiada pewaris' pasti itu yang dicanang oleh Tan Sri Nazruddin agar tiada siapa tahu kewujudan keluarganya itu. Dia mengenggam erat tangannya menahan segala perasaan yang terbuku dihatinya.
. .
. .
. .
. .
.

Bunyi mesej di telefon dibiarkan. Dia tiada mood untuk membaca mahupun membalas.

Sejak mengetahui bahawa keluarga Nuh ada hubungan dengan Dato Nazmi, dia menjauhkan dirinya walaupun diikutkan mereka berdua tiada pertalian darah namun dia harus mengelak.

Saat dia ingin keluar dari kelas, pintu bilik itu dibuka dari luar. Nuh masuk ke bilik itu dengan wajah yang tegang dan dia terus menutup pintu lalu menekan kunci.

Terkejut Nayla melihat perlakuan Nuh itu.

"kenapa awak dekat sini? Bukan awak kena pergi Singapore ke?" soal Nayla berlagak tenang.

Nuh tidak menjawab pertanyaan gadis itu tapi mendekati Nayla sambil berpeluk tubuh. Seminggu dia tidak melihat wajah itu sejak dia menghantar gagis itu pulang.

"what wrong with you Nayla? I mesej tak reply, call tak angkat. I'm so worried about you!" marah Nuh dalam nada yang masih dikawal.

"i'm okay Nuh. No need to worry, saya cuma busy je lately ni" balas Nayla sambil buat-buat mengemas.

Dia tidak mampu membalas pandangan lelaki itu. Entah kenapa ada perasaan asing yang mula bertapa di hatinya untuk lelaki itu. Dan dia harus menghalang dari rasa itu terus disemai dalam hatinya.

"Nayla... Don't do this to me. I miss you so much! Seminggu you jauhkan diri dari i. Apa salah i??" soal Nuh lagi.

"awak takde salah apa-apa pun. Saya cuma sibuk itu saja."

Nayla cuba mengelak. Dan saat itu Nuh memegang lengannya namun masih berlapik. Nayla yang terkejut terus memandang mata lelaki itu.

"i love you Nayla!"

Bulat mata Nayla saat itu. Dia kaku tidak mampu untuk bereaksi.

"i'm truly in love with you...so so much" tambah Nuh lagi.

Oh Tidak!

Trjawab sudah siapa yang Nayla nampak kan... Bukan Tan Sri yerr... Kesian Raffael hanya pendam rasa cinta dia....dan akhirnya Nuh Haqeem meluahkan perasaannya.. Adakah Nayla menerima atau menolak? Jgn lupa komen.. Komen anda amat mmbantu CE utk create idea... Korang rasa ok ke jln crtanya? Entah kenapa CE rasa jln cerita agk cepat.. Pdhl bru chap 10..huaaa ;(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience