BAB 14

Romance Completed 23694

"macam mana kau orang buat kerja hah!! Aku suruh takutkan dia bukan buat dia kemalangan!!" tengking Dato Nazmi.

"maaf Dato," ujar anak buahnya itu.

"belum tiba masa untuk dia mati! Sekarang kes ni dah jadi kes polis! Kau orang ni memang tak boleh di harap betul!!" marahnya lagi.

Pintu bilik kerjanya dibuka dari luar. Terjengul wajah orang kanannya.

"Dato, Tan Sri mula siasat semula kes kemalangan yang berlaku kepada encik Nazri dan cik Nayla" ujar Salleh.

"bodoh!!" jerit Dato Nazmi.

"Salleh, kau pastikan segala maklumat tentang kemalangan tu tak sampai ke tangan Tan Sri!!" arah Dato Nazmi.

Salleh mengangguk kepalanya.

"kau semua keluar!!" tengking Dato Nazmi lagi membuatkan semua anak buahnya meninggalkan bilik itu.

Dato Nazmi duduk di kerusi lalu meraup wajahnya. Kenangan lebih sepuluh tahun lepas mula terlayar...
.
.
.
.
.
.
.
.
25 tahun lepas...

"ayah! Mi boleh gantikan tempat Nazri! Ayah pun tahu kan Nazri dah selamat kahwin dengan perempuan Perancis tu!" ujar Nazmi.

"aku tak kisah! Yang penting Nazri harus balik ke sini dan kahwin dengan anak Dato Badrul. Ini peluang kita untuk kukuhkan syarikat aku. Lumayan kalau kita dapat projek yang diberikan Dato Badrul tu!" ujar Nazruddin.

"tapi ayah, Nazri dah tak nak balik ke sini!! Ayah sendiri dah buang dia kan. Ayah dah lupa ke? Dia pun dah ada dua orang anak dah" balas Nazmi.

Nazruddin terdiam dan saat itu dia menghentak meja tanda geram yang teramat.

"bagi Mi ganti tempat Nazri yah. cuba ayah fikir, kalau Dato Badrul tahu Nazri dah berkahwin dan mempunyai anak ayah rasa Dato Badrul nak teruskan perkahwinan ni? Ayah akan rugi!" ujar Nazmi.

Melihat seakan ayahnya berfikir tentang katanya itu dia tersenyum nipis. Sesungguhnya dia sukakan anak Dato Badrul itu tapi Nazri sentiasa mendapat perhatian lebih, dia tahu Anak Dato Badrul menyukai Nazri berbanding dirinya namun dia tidak peduli.

Selama ini ayahnya banyak lebihkan Nazri, dari segala hal pasti Nazri yang diberi kelebihan. Dan saat dia mendapat tahu Nazri berkahwin dengan wanita Perancis, dia sangat gembira kerana itu akan menghancurkan hati ayahnya dan membuatkan ayahnya menjadi benci kepada Nazri.
.
.
.
.
.

Akhirnya perkahwinan Nazmi dan anak Dato Badrul berlangsung dan Nazruddin mendapat projek mega yang membuatkan syarikatnya maju dan berjaya.

Nazmi juga gembira saat ayahnya mula membenci Nazri dan membuang abangnya itu dari keluarga mereka. Malah Nazri sering di beri amaran dari orang suruhan ayahnya yang di hantar ke Perancis.

Namun selepas sepuluh tahun, hati ayahnya semakin lembut dan sering menyebut nama Nazri. Ini kerana ayahnya mula mengetahui bahawa Nazri mengahwini anak kepada Jutawan fesyen di Perancis. Namun itu bukan sebab utama ayahnya memaafkan Nazri tapi kerana Nazri merupakan anak kesayangan ayahnya. Dan yang membuatkan dia marah kerana segala pergorbanan diriny tidak dipandang langsung oleh ayahnya.

Saat itu dia mula rasa tercabar dengan Nazri. Saat Nazmi mendengar perbualan ayahnya dengan peguam keluarganya yang dia ingin mengubah wasiat, terus dia merancang untuk membunuh Nazri.

Seperti yang dia jangkakan, Nazri akhirnya balik ke Malaysia keseorangan. Dia mencuri dengar perbualan antara ayahnya dan Nazri dan saat itu dia dapat mendengar ayahnya meminta agar Nazri membawa pulang isteri dan anak-anaknya kerana ayahnya ingin berjumpa dengan pewarisnya.

Saat itu api dendamnya mula menyala marak. Dia tahu, kerana dia tidak punya pewaris setelah berkahwin dia tidak mempunyai anak membuatkan ayahnya mula menerima Nazri kembali.

Dan saat Nazri dalam perjalanan ke Lapangan terbang dia kemalangan. kemalangan yang berlaku itu dirancang oleh Nazmi sendiri namun dia tidak menyangka bahawa kemalangan itu juga turut meragut nyawa iparnya. Kereta yang bertembung itu merupakan kereta kakak kepada isterinya. Namun dia berpuas hati apabila Nazri meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas itu, Nazmi mula menghasut bapanya kembali agar membenci keluarga Nazri. Dan dia berjaya apabila ayahnya mula menghalang anak isteri Nazri untuk melihat kubur Nazri.

Dan sekarsng setelah 10 tahun, Nayla dan Nadim muncul semula untuk mendapatkan kebenaran dan dia tidak akan rahsia yang disimpan selama ini terbongkar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nayla duduk di buaian yang berada di balkoni sambil membaca buku, dia perasan lampu di balkoni rumah Nuh terpasang. Menandakan lelaki itu ada di rumahnya.

Nayla perasan dari ekor matanya susuk tubuh Nuh keluar ke balkoni dan dia tidak mengendahkan kerana sudah lebih dua minggu lelaki itu mengelakkan diri darinya.

Telefonnya berbunyi saat itu dan Nayla menoleh ke skrin. Nama Nuh tertera di skrin, dia menekan butang lock membiarkan skrin itu terpadam.

Nuh di sebelah sana tersentak saat melihat panggilannya di tolak. Dia merenung Nayla yang seakan tidak mempedulikannya. Dia mencuba lagi dan panggilan masuk tapi tidak di angkat.

"Nayla! Pick up the call please!" jerit Nuh dari balkoni rumahnya membuatkan Nayla tersentak.

Nayla menekan butang hijau.

"kenapa Nuh!" tanya Nayla lebih kepada membentak.

"assalamualaikum... Amboi garangnya" balas Nuh tersenyum lucu.

"waalaikumusalam... Yes ada apa awak call saya sampai menjerit dekat balkoni" sindir Nayla.

" i miss you!" ujar Nuh.

"apa awak merepek ni? Kenapa perlu rindu penipu macam saya ni?" soal Nayla.

"Nayla I'm sorry. I terlalu terkejut, i tahu you ada sebab you sendiri. Please forgive me" rayu Nuh.

Nayla menutup bukunya lalu memandang tepat ke arah Nuh di balkoni sebelah.

"saya sedih bila awak cakap macam tu pada saya. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Kenapa saya sorok semua itu sebab saya tak nak menjadi perhatian. Malam tu saya pergi ke club bukan untuk bersuka ria tapi saya hanya mahukan jawapan tentang bekas kekasih saya. Tak sangka saya terlanggar awak. Saya sorok semua itu sebab masa tu saya masih pekerja awak walaupun saya tahu awak tak kenal pun saya. " ujar Nayla.

Nuh memandang tepat wajah Nayla. Malam itu kali kedua dia dapat melihat mata cantik milik gadis itu.

" once again i'm sorry Nay... I tak patut jadikan isu ni menjadi besar. Siapa pun you i terima dengan hati yang terbuka. Sudi tak you maafkan i? " pujuk Nuh lagi.

" ya.. "

jawab Nayla menahan senyum. Comel dia melihat raut wajah Nuh yang merayu di seberang sana. Sebenarnya selama dua minggu Nuh menyepi dia mula memikirkan perasaannya kepada lelaki itu. Ternyata dua minggu itu amat menyakitkan buat dirinya. Baru dia sedar bahawa dia sudah pun jatuh cinta kepada Nuh tanpa dia sedar.

"Nayla, you look so beautiful when you smile like that"

Lamunan Nayla terhenti saat mendengar kata Nuh itu.

Dia mendekatkan diri ke hujung balkoni dan begitu juga Nuh. Kedudukan mereka lebih dekat dari tadi.

"Nayla.... I love you. Love you so much" ujar Nuh penuh romantik.

Terbuai Nayla mendengar luahan Nuh itu.

"i ikhlas mencintai you dan i nak you sentiasa tahu yang kehadiran you telah membuat hidup i lebih bermakna. You brought a rainbow into my life. Very colourful. Nur Nayla, Would you like to be my wife?"

Terkedu Nayla saat itu. Nuh melamarnya? Mendengar luahan hati Nuh membuatkan hatinya makin terharu.

" Nayla?? "

Nuh memanggil saat tiada balas dari gadis itu. Matanya tak lepas memandang Nayla yang kaku di hadapannya itu. Jika mereka bukan berada di balkoni ingin saja dia melangkah mendekati gadis itu.

Dia melihat Nayla menjatuhkan telefon dari telingannya. Itu membuatkan Nuh menjadi resah. Adakah Nayla ingin menolak lamarannya? Adakah...

"Yes I do Nuh!!" jerit Nayla tiba-tiba.

Nuh terpingga-pingga saat itu. Dia melihat Nayla menekap telefonya ke telinga semula.

" i love you too Nuh Haqeem. Selama ni saya tak sedar namun sepanjang dua minggu ni awak buat saya sedar bahawa awak amat penting dalam hidup saya. Maafkan saya sebab lambat balas keikhlasan cinta awak" ujar Nayla tersenyum.

"Alhamdulillah... Thank you Nay. I happy sangat sekarang ni!!" ujar Nuh.

"i'm getting married!!!" jerit Nuh di balkoninya membuatkan Nayla ketawa.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Raffael keluar dari keretanya. Lalu dia menuju ke sekolah muzik tersebut. Dia masuk lalu bertemu Kak Azie yang berada di depan pintu masuk itu.

"Hai Kak Azie... Nayla ada?" soal Raffael.

"hai Raff, ada Nayla ada di bilik belajar 2.pergi la, kelas dia pun baru habis tu" jawab Kak Azie ramah.

"terima kasih kak" ujar Raffael sambil berlalu ke bilik tersebut.

Tok! Tok!

Nayla yang sedang menyimpan buku note muzik itu memandang ke arah pintu. Wajah Raffael tersenyum menerpa didepannya.

"hai Nay..."

"eh Raff, masuk la. Ada apa awak datang sini?" soal Nayla lalu mendekati Raffael.

"saja datang nak jumpa awak." ujar Raffael.

"duduk la Raff, lama tak nampak awak kan. Last masa awak melawat saya dekat rumah hari tu" ujar Nayla.

"yup. Saya busy sikit. Well congratulation Nay" ucap Raffael.

"tahniah kenapa?" soal Nayla pelik.

"Nuh already told me. Akhirnya Nuh berjaya tawan hati awak kan" ujar Raffael tersenyum.

"thank you Raff, mungkin sudah jodoh saya dan Nuh. Saya pun tak sangka dalam tak sedar saya dah jatuh cinta dengannya." ujar Nayla.

"Nay, saya harap awak dapat jaga Nuh dan cintai dia dengan sepenuh hati. Nuh seorang yang setia. Dulu dia pernah berikan kesetiaan dia kepada seseorang namun dia dikhianati. Saya menjadi saksi betapa kecewanya diri dia saat itu. Nuh pernah hampir membunuh diri namun tuhan masih berikan dia peluang untuk hidup. Dan sejak kehadiran awak, saya dapat tengok Nuh bahagia. Malah lebih bahagia berbanding dulu. Saya harap Nuh akan bahagia dengan awak Nay" ujar Raffael.

"insyaallah Raff, saya akan cintai dia sepenuh hati saya. Doakan jodoh kami berkekalan" ujar Nayla.

"bertuah Nuh dapat kawan sebaik awak Raff." tambah Nayla lagi.

Raffael tersenyum.biarlah dia berkorban perasaannya demi seorang sahabat sejatinya.

Terjawab sudaa apa dendam Dato Nazmi... Eh2 Nuh melamar dari balkoni pulak.. Tak pernah dibuat orang la hai... Konflik keluarga Nayla akan memuncak tak lama lagi dan sesuatu akan berlaku selepas itu.. Apa dia?? Tggu next2 chap ok.. Hehehe Kesian Raffael, berkorban demi kawan baiknya... Nak bg psgn x utk Raff?? Jgn lupa follow ig cikembun.ce utk image wtk.. Tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience