BAB 3

Romance Completed 23694

Rambut panjangnya dirapikan. Hari ini dia hanya mengenakan jeans biru gelap serta t shirt hitam. Dia membuka bekas kecil berbentuk bulat lalu mengambil benda di dalamnya lalu menekap di dalam matanya. Dia mengerdipkan mata beberapa kali bagi menyelesakannya. Setelah selesai dia mencapai sling bag berwarna koko lalu disilang ke badan.

Pintu mall itu dilaluinya. Hari ni dia diminta kak Azie untuk mengambil viola baru sudah ditempah untuk ditambah di kelas muzik. Dia mengatur menuju ke kedai yang menjual alat muzik di dalam mall itu.

Nuh Haqeem melangkah masuk sambil lengannya dipaut erat oleh gadis di sebelahnya. Oleh kerana semalam dia mendapat habuan dari gadis itu, hari ini dia berjanji untuk belanja gadis itu shopping.

Saat mereka berdua berjalan, mata Nuh sempat menangkap susuk tubuh yang dia kenal. Terpana dia melihat gadis itu memasukki salah satu kedai di situ. Kakinya terhenti dari melangkah membuatkan gadis di sebelahnya turut sama terhenti.

"you.. Kenapa ni? I nak shopping sana la" ujar gadis itu.

Nuh tanpa kata mengeluarkan dompetnya, lalu menarik sekeping kad itu. Bersinar mata gadis itu melihat kad kredit American Express platinum.

"take this and get what you want. I got something to do, later i will call you" ujar Nuh lalu meninggalkan gadis itu di situ.

Gadis itu yang sudah bersinar mata melihat kad itu terus berlalu ke butik yang dia inginkan.

"Hai Nay, lama tak datang" tegur Alex, manager di kedai alatan muzik itu.

Nayla tersenyum manis.

"yup, busy sikit. By the way, Azie ada call you tak?" soal Nayla.

"ada, kejap i ambil violin tu."

Alex menghilang ke belakang meninggalkan dia dan staff lelaki itu. Sambil menunggu Alex kembali, Nayla melangkah ke alatan muzik yang tersedia. Kakinya mendekati sebuah piano putih yang cantik. Piano itu sangat berkualiti, dan sudah tentu harganya mencecah sebuah kereta. Dia menekan satu key secara rawak.

"just play it Nay, piano tu baru lagi sampai. Apa kata you test. I pun dah lama tak dengar you main" ujar Alex yang muncul bersama viola yang ditempah kak Azie.

Tanpa menunggu, Nayla mula duduk di depan piano itu. Jari jemarinya mula menari di atas key tersebut. Irama lagu Rivers flows in you berkumandang di dalam kedai itu. Alex tersenyum sambil menghayati bait irama itu. Dia mengeluarkan telefon bagi merakam untuk mempromosikan di media sosial.

Irama itu menarik perhatian beberapa pengunjung yang kebetulan lalu di situ. Dari luar jelas kelihatan aksi Nayla itu kerana piano yang terletak di cermin kaca.

"this piano is superb Alex. I wish i could have it" puji Nayla saat selesai bermain.

Alex tersenyum.

"and its more amazing when person like you play it Nay." puji Alex mengundang tawa kecil Nayla.

Tanpa mereka sedar ada mata yang dari tadi khusyuk memandang.

"so ni Violin yang Azie nak. You check la dulu" ujar Alex membuka beg viola itu.

Nayla mengambil lalu melihat keadaan alatan itu.

"Nay, last before you go, apa kata kita duet? I play piano and you play that violin" ajak Alex.

Nayla tersenyum. Dia memang rapat dengan Alex since mereka sudah lama kenal dan berurusan.

" A thousands years" ujar Nayla

Lalu Alex mula menekan key piano dan Nayla mula mengesek violinnya. Gabungan muzik itu sangat harmoni. Nayla menghayati sehingga badannya bergerak seakan menari.

Nuh terpegun melihat Nayla memainkan alat muzik itu dengan baik sekali. Dia tidak mengalihkan pandangan matanya langsung. Dan lebih dia terpana saat melihat senyuman manis gadis itu buat pertama kali. Satu getaran didalam dada dirasainya saat itu. Nayla seorang yang berbakat dalam muzik namun kenapa gadis itu memilih menjadi kerani? Nuh terus melihat persembahan di depan matanya itu.

"nice play"

Nayla menoleh ke arah suara garau itu. Terkejut dia melihat tubuh sasa itu dibelakangnya. Sesaat dia terdiam melihat renungan lelaki itu sebelum dia mengalihkan pandangannya.

"thanks Alex, you see again"

Tanpa mengendahkan teguran Nuh Haqeem, Nayla terus meninggalkan kedai itu selepas berpamitan dengan Alex. Nuh menbuntuti nya dari belakang. Tidak memerlukan masa yang lama akhirnya Nuh menyaingi langkah Nayla.

"Nayla..." panggil Nuh perlahan.

Dia menarik beg viola di bahu Nayla membuatkan gadis itu terhenti. Nayla mendecak marah.

"encik nak apa? Kita ada urusan ke?" soal Nayla marah.

Sudah seminggu dia meninggalkan syarikat lelaki itu dan dia tidak mahu ada kaitan dengan syarikat itu terutama dengan lelaki di sebelahnya itu.

"yup, i'm your ex boss. Takkan tak boleh nak bertegur sapa. How's your life?" soal Nuh sambil merenung wajah gadis itu.

"i'm doing well. Thank you for your concern. Kalau takde pape saya minta diri dulu. Saya ada urusan yang lagi penting nak dibuat." ujar Nayla lagi.

"jom pergi minum. I belanja. Lagipun i ada benda nak cakap" ujar Nuh menarik minat Nayla untuk minum bersamanya.

"benda apa yang encik nak cakap. Cakap dekat sini je" ujar Nayla.

"nope! Jom ke situ. Sekejap je" ujar Nuh lalu melangkah ke arah Starbucks cafe yang berdekatan.

Nak tak nak terpaksa jua Nayla mengikut langkah lelaki itu. Secawan espresso dan chocolate caramel frappucino dipesan Nuh.

Mereka duduk bertentangan dan saat itu Nuh hanya diam merenung wajah gadis di depannya. Renungan itu membuatkan Nayla tak selesa, sesekali dia melirik jam di pergelangan tangannya.

"ermm.. Encik nak cakap apa? Saya tak banyak masa ni" ujar Nayla memecahkan kesunyian.

"ehem... first, i nak cakap yang you are right, Selina tak salah. Report yang you bagi memang superb and i memang puas hati." ujar Nuh.

Nayla hanya mendengar tanpa reaksi. Dia tahu namun lelaki di depannya ini dulu tidak mahu mendengar.

"kedua, we still don't know the culprit who do that to Selina. But i will find out sooner" sambung Nuh lagi.

"and third, i nak offer you kerja balik di syarikat i. Well walaupun mulut comel you tu lantang bersuara tanpa peduli siapa i tapi i love the way you show your effort to protect your colleagues. Tak pernah dalam hidup i yang ada orang akan sound i macam tu. " ujar Nuh tersenyum nipis.

Nayla menjungkit keningnya.

" thanks for offer tapi maaf, saya dah dapat kerja lain. Lagipun saya tak menyesal sound encik, atleast you know the truth. Kalau takde pape saya minta diri dulu. Assalamualaikum " ujar Nayla lalu bangun ingin meninggalkan tempat itu.

"Nayla wait!" panggil Nuh.

Nayla menoleh.

"can we be a friend?" soal Nuh lembut.

Nayla mengerutkan keningnya. Kenapa tiba-tiba lelaki itu meminta menjadi kawannya.

"i takde niat jahat tapi i suka cara you dan niat i baik nak berkawan dengan you." ujar Nuh.

"kalau ada jodoh kita bertemu lagi dan kita boleh jadi kawan" balas Nayla lalu meninggalkan Nuh di situ.

Bukan niat dia ingin menyombong tapi lelaki itu amat payah meluahkan maaf walaupun tahu akan kebenaran, baginya lelaki itu terlalu tinggi ego dan dia tidak berminat untuk kenal lebih lagi. Yang pasti dia yakin tidak akan berjumpa dengan lelaki itu selepas ini. Harap begitu la.

Nuh memasuki kedai itu. Lelaki cina berdekatan kaunter di dekati.

"hi welcome sir, what can i help you?" sapa Alex mesra.

"i want that piano" ujar Nuh sambil jari menunding ke piano putih itu.

Tersenyum Alex saat itu.

"sure sir, come i show you the piano" ujar Alex lalu Nuh mengikut langkah lelaki itu.
. .
. .
. .
. .

Nayla merebahkan badannya ke sofa. Tidak la penat sangat namun entah kenapa dia seakan hilang mood saat mendapat satu mesej tengah hari tadi. Matanya terasa pedih, dia hampir terlupa dia harus menanggalkan kanta lekap di matanya. Dia bangun lalu menuju ke biliknya.

Kanta lekap berwarna dark brown itu di letakkan semula di dalam bekas dengan cermat. Dia memandang wajahnya di cermin. Dia mengeluh perlahan, melihat warna matanya itu terus dia teringat seseorang yang jauh.

Ting! Ting!

Bunyi telefonnya berbunyi membuatkan dia keluar dari bilik air. Telefonnya dicapai lalu saat melihat nama pemanggil dia mengeluh namun butang hijau di gesek jua.

"bonjour Nayla"

"assalamualaikum abang..."

"waalaikumusalam.. Comment ca va? Pourquoi ne nous avez-vous pas appelés ici depuis longtemps ?"

(waalaikumusalam.. apa khabar? Kenapa sudah lama tak hubungi kami di sini?)

"sorry, Nay sibuk kebelakangan ni" balas Nayla pula dalam bahasa melayu.

"Quand veux-tu revenir ici ? Tu nous manques"
(bila mahu pulang ke sini semula? Kami rindukan awak)

Nayla mengeluh perlahan. Untuk pulang ke sana, entah la. Dia masih belum mahu menjejakkan kaki ke sana semula. Hatinya lebih mahu tinggal di sini. Tanah kelahiran ayahnya sendiri. 3 tahun berlalu, selesai belajar dia terus pulang ke Malaysia dan hidup berdikari sendirian.

" i got to go... Kirim salam dekat mommy, please take care yourself and mommy for me. Bye assalamualaikum" tanpa menunggu balasan dari sebelah sana dia memutuskan panggilan.

Dia merenung wajahnya yang terpantul di cermin. Hebat kuasa Allah, rupanya sebijik ikut muka arwah daddynya, sehingga orang takkan tahu bahawa darah yang sedang mengalir dalam dirinya. Wajahnya melayu asli namun jika dipandang, pasti akan menoleh dua kali. Seri mommynya masih wujud di dalam dirinya dan mata itu sahaja mewarisi Mata mommynya.

Nuh nak berbaik dengan Nayla pulak.... Ikhlas ke Nuh Haqeem tuuu?? Utk bhsa tu CE just direct translate dari pakcik google je....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience