Farisya membaling semua barang-barang di atas meja soleknya. Air matanya sejak daripada tadi mengalir. Dia masih belum dapat menerima kenyataan Syafiq melamar Fareena di hadapannya tadi.
Kenapa selalu Fareena yang beruntung? Semua yang Fareena inginkan dia dapat.
"Kenapa? Kenapa kau pilih dia? Apa kurangnya aku?!"
Farisya terduduk lemah di tepi katil.
"Risya! Ya Allah kenapa ni?”soal Fasha.
Dia terus mendapatkan adiknya itu. Sewaktu dia lalu di hadapan bilik Farisya tadi dia mendengar suara tangisan. Itu yang membuatkan dia terus masuk ke dalam bilik Farisya.
Farisya terus memeluk tubuh Fasha. Tangisannya semakin kuat.
"Kenapa ni Risya?" Soal Fasha tegas.
"Reena...dia rampas Syafiq daripada Risya. Tadi Syafiq lamar dia dan dia setuju."
Cerita Farisya dengan tangisan yang masih tersisa.
"Mana budak hingusan tu?"
"Dia dah keluar dengan Syafiq."
"Kurang ajar. Perempuan tu memang tak guna tau. Tu lah kak Sha dah cakap, jangan buat baik dengan perempuan macam tu."
Farisya hanya diam. Dia masih tersedu-sedu menangis.
"Dah lap air mata tu. Jangan menangis lagi. Kak Sha tahu nak buat apa."
"Kak Sha nak buat apa?" Soal Farisya.
"Kak Sha dengan mak long ada plan baik punya. Risya pun kena join tau. Kak Sha akan pastikan Syafiq jadi milik Risya tapi Risya pun kena tolong kak Sha untuk dapatkan syarikat dan rumah ni."
Fasha tersenyum dengan penuh makna yang tersirat. Farisya hanya mengangguk perlahan. Dia hanya setuju dengan rancangan Fasha.
Share this novel