Farisya memerhati sekeliling ruang pejabat milik arwah papa nya. Menyesal pula dia ikut Fasha ke pejabat hari ni. Syafiq tiada di pejabat kerana ada meeting dengan client di luar.
"Risya." Panggil Fasha.
"Hmm."
"Buatkan kak Sha milo panas."
"What? Kenapa Risya pulak yang nak kena buatkan kak sha punya air?"
"Alah tolonglah. Apa salahnya kan? Cepatlah."
"Yelah-yelah."
Lambat-lambat Farisya melangkah ke pantry. Fasha tersenyum sendiri. Seronok rasanya dapat membuli Farisya. Hatinya berbunga riang dapat duduk si kerusi empuk milik arwah papanya.
"Aku akan jadi CEO Ramzi Holdings." Katanya sendiri.
Farisya mencapai mug kosong dan bekas berisi serbuk milo. Tiga sudu serbuk milo diletakkan ke dalam mug.
"Hai." Tegur Syafiq.
Farisya terus menoleh. Jantungnya berdegup laju saat melihat Syafiq.
"Er..er..hai."
"Cik Farisya pun datang office jugak? Saya ingat cik Fasha jer yang masuk office hari ni."
"Saya saja jer nak ikut kak Sha. Mana tahu boleh cari pengalaman. Kan?"
Syafiq mengangguk.
"Betul jugak tu. Cik Fareena ikut jugak ke?"
"Eh tak. Reena ada kat rumah. Dia masih bersedih dengan kehilangan arwah papa. Jadi saya kena bagi dia masa."
"Oh. Betul lah tu. Ni kenapa cik Farisya yang bancuh air? Kenapa tak mintak dengan tea lady jer?"
"Eh takpa. Saya boleh buat sendiri. Lagipun senang jer nak buat air ni."
"Bagus betul cik Farisya ni kan. Oh ya saya minta maaf sebab sampai office lambat. Tadi saya ada meeting dengan client daripada Jepun."
"Takpa. Saya faham."
"Kalau tak ada apa-apa, saya sambung buat kerja dulu ya. Kalau ada apa-apa, cik Farisya boleh panggil saya."
"Okay."
Syafiq terus berlalu meninggalkan pantry.
"Ya Allah adakah ini cinta?"
Farisya tersenyum lebar seperti orang sedang angau bercinta.
Share this novel