BAB 6

Family Completed 7462

"Kak Sha." Panggil Farisya.

"Ada apa Risya? Kak Sha nak masuk tidur dah ni. Esok kak Sha nak masuk office. Kena bangun awal."

"Alah kejaplah. Risya nak cakap sikit dengan kak Sha ni."

"Apa dia?" Soal Fasha.

"Encik Syafiq tu dah lama ke kerja dengan arwah papa?”

"Entah. Mana lah kak Sha tahu. Lagipun selama ni kita mana ada ambil tahu selok belok syarikat papa."

Selepas tamat pengajian dalam bidang fashion, Fasha bekerja dengan sebuah butik terkenal di Malaysia. Farisya pula menjadi cikgu tuisyen. Manakala Fareena baru sahaja menamatkan pengajiannya. Arwah Datuk Ramzi memang tidak pernah memperkenalkan anak-anaknya dengan business yang dia ada. Oleh kerana itu mereka langsung tidak tahu selok belok syarikat arwah.

"Tapi kenapa Risya tiba-tiba jer tanya pasal encik Syafiq tu? Ada apa-apa ke?" Soal Fasha hairan.

"Tak ada apa kak Sha. Cuma Risya rasa Risya dah jatuh cinta dengan dia," Farisya tersipu-sipu malu.

Tergamam Fasha mendengar luahan adiknya itu.

"Seriously? Risya jangan buat lawak lah malam-malam ni."

"Apa pulak buat lawaknya kak Sha. Risya tengah serius ni. Encik Syafiq tu hensem gila. Memang taste Risya tau kak."

Fasha mengerutkan dahinya. Haishh macam-macam.

"Dia tu pekerja arwah papa jer tau. Bukannya sesiapa pun. Bukan Risya cakap nak cari lelaki kaya ke?"

Fasha sengaja ingin menguji adiknya itu.

"Kaya ke miskin ke semua tu dah tak penting kak. Yang penting tu hati kak Sha."

"Amboi amboi pandai pulak kau nak bercakap soal hati kan. Eleh sebelum ni pandang harta jer," perli Fasha.

Macam lah dia tak kenal adiknya itu. Jika ingin berkawan dengan mana-mana lelaki, Farisya akan memastikan lelaki itu kaya terlebih dahulu.

"Tapi tu kan dulu kak Sha. Semua orang boleh berubah."

"Apa-apa jer lah cik Farisya. Dah kak Sha nak masuk tidur ni."

"Kak Sha kejap lah."

"Apa lagi?"

"Esok kan kak Sha pergi office. Boleh tak kalau Risya nak ikut sekali?"

"Nak buat apa pulak ikut?" soal Fasha.

"Nak jumpa encik Syafiq lah," jawab Farisya selamba.

"Eii kak Sha rasa kau ni dah mabuk tau tak. Dah lah malas kak Sha nak layan."

Fasha terus masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik cepat-cepat ditutup dan dikunci supaya Farisya tidak akan mengganggunya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience