Fareena tersenyum sendiri sambil duduk di birai katil. Fikirannya melayang jauh teringatkan Syafiq. Sebenarnya dalam diam, dia juga punya perasaan suka pada lelaki itu. Sikap Syafiq yang rajin bekerja membuatkan dia mulai suka pada lelaki itu.
Sejujurnya dia tidak pernah sangka Syafiq akan melamarnya sebagai isteri. Kerana selama ini tiada tanda-tanda langsung yang diberikan oleh Syafiq. Semuanya berlaku secara tiba-tiba sahaja.
"Awak sudi jadi isteri saya?" Soal Syafiq.
Fareena terkedu. Dunianya seakan terhenti seketika.
"Reena, saya tahu ni mungkin terlalu awal untuk awak terima. Tapi saya tak paksa awak beri jawapan sekarang. Ambil lah sebanyak mana pun masa. Saya akan tetap tunggu."
"Bagi saya masa. Saya akan fikir dulu," jawab Fareena.
Syafiq mengangguk perlahan.
"Saya tunggu."
Senyuman kecil diberikan pada Fareena.
Fareena tunduk. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa malu. Selama ini okay sahaja dengan Syafiq.
Share this novel