Pagi-pagi lagi Fasha sudah bersiap untuk ke pejabat. Rambutnya yang panjang diikat sanggul.
"Cantik jugak aku ni kan."
Fasha tersenyum sendiri melihat dirinya di dalam cermin.
"Kak Sha! Morning."
Tegur Farisya yang tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu bilik Fasha.
"Ya Allah budak bertuah ni. Terkejut kak Sha lah."
Fasha mengurut perlahan dadanya. Nasib baik takda sakit jantung, kalau tak dah lama jalan.
"Alah sorry lah kak Sha. Risya terlebih excited pulak hari ni."
Farisya tersengih-sengih.
"Banyaklah Risya punya excited. Dah kak Sha nak pergi breakfast lepas tu nak pergi office."
Fasha mencapai beg tangan berjenama Dior miliknya.
"Nak ikut!"
"No tak boleh."
Larang Fasha.
"Alah boleh lah kak Sha. Please..."
Farisya mengerdip-ngerdipkan matanya.
"Ingat comel?"
"Risya memang comel apa."
"Perasan."
"Kak Sha boleh lah, Risya ikut ea?"
"Okay fine. Tapi jangan nak buat hal pulak. Kalau Risya buat hal, siap lah."
"Promise."
Fasha terus berlalu keluar daripada biliknya. Langkah kaki diatur menuju ke ruang makan. Farisya cepat-cepat mengejar langkah kakaknya.
"Morning kak Sha." Tegur Fareena sebaik melihat Fasha.
"Hmm morning." Jawabnya acuh tak acuh.
Dia menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya.
"Kak Sha nak air apa? Tea or milo?" Soal Fareena.
Dia memang selalu membantu Mak Jah di dapur. Walaupun puas dilarang oleh Mak Jah.
"Fresh orange please," jawab Fasha.
"Okay wait a minute. Reena pergi ambil kat dalam fridge."
Fareena terus berlalu ke dapur semula.
"Wah ada nasi goreng. Sedapnya."
Kata Farisya sebaik tiba di meja makan. Dia cepat-cepat menarik kerusi di sebelah Fasha. Sebuah pinggan kosong diambil lalu disendukkan nasi goreng air tangan Mak Jah ke dalam pinggan itu.
"Gelojoh lah Risya ni." Tegur Fasha.
"Nasi goreng Mak Jah ni kak sha. Siapa jer yang tak gelojoh?"
"Eii pagi-pagi dah makan makanan berat. Gemuk nanti baru tahu.”
"Alah apa salahnya gemuk pun kan. Gemuk tu kan comel."
Sampuk Fareena yang baru keluar daripada dapur. Dia menuangkan fresh orange ke dalam gelas milik Fasha.
"Haa betul tu Reena. Dengar tu kak sha. Gemuk tu kan comel." Sokong Farisya.
Fasha hanya diam. Malas dia mahu melayan.
"Kak Risya nak pergi mana ni? Pagi-pagi dah bersiap cantik-cantik." Soal Fareena.
"Kak Risya nak ikut kak Sha pergi office."
"Ohhh." Fareena mengangguk perlahan.
Share this novel