BAB 19

Family Completed 7462

"Kenapa monyok jer muka ni?"

Soal Mak Jah pada Farisya. Farisya yang sedang duduk termenung di buaian terus tersentak.

"Eh Mak Jah. Terkejut Risya tau."

"Risya tu termenung jauh sangat. Muka tu pulak monyok jer. Ada apa sebenarnya ni? Kan mak long Risya datang tu. Pergi lah layan tetamu tu."

"Malas lah Risya. Kak Sha kan ada. Biar kak Sha jer yang layan dia."

"Tak elok tau buat macam tu. Dia tu ibu saudara Risya."

"Risya tak suka lah. Kak Sha tu tak habis-habis nak plan dengan mak long untuk dapatkan semula syarikat arwah papa daripada Reena. Dia sanggup buat apa saja asalkan dia dapat syarikat tu." Cerita Farisya.

"Sebab tu lah Risya marah sangat ni?"

Farisya mengangguk perlahan.

"Dah lah. Tak payah fikir sangat. Insya Allah tak ada apa-apa. Biasalah tu Risya. Disebabkan harta, sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan. Mak Jah harap Risya tak macam tu. Risya kena ingat, dalam dunia ni tak ada yang kekal abadi. Harta tu tak bermakna apa-apa pun.”

"Insya Allah Mak Jah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience