"Reena tak mintak pun semua ni. Reena sendiri tak pernah tahu yang papa nak bagi syarikat tu pada Reena."
Fareena terus berdiri mempertahankan dirinya. Fasha tersenyum sinis.
"Tak tahu? Kau fikir kita orang ni bodoh ke? Entah-entah kau memang hasut papa supaya bagi syarikat tu pada kau. Rumah kau nak, syarikat kau nak. Kau ni memang jenis perempuan yang tamak kan?!" Herdik Fasha.
"Kak Sha sudah lah tu. Malu dekat orang."
Tegur Farisya perlahan.
"Diam Risya. Kau tak rasa apa yang kak Sha rasa. Perempuan ni memang gila harta! Sebab tu dia hasut papa supaya bagi dia syarikat dengan rumah ni."
"Ya Allah kak Sha cakap apa ni? Demi Allah, Reena tak pernah hasut arwah papa. Kak Sha tak ada bukti nak cakap Reena macam tu." Bidas Fareena.
Dia sendiri terkejut apabila Encik Rahman membacakan wasiat arwah Datuk Ramzi. Dia langsung tidak mengharapkan walaupun sedikit pun harta arwah papanya. Andainya dia tidak dapat pun, dia tidak kisah.
"Kau jangan nak gunakan nama Allah lah Reena. Aku dah kenal sangat dengan perempuan macam kau ni. Daripada kau lahir, sampailah sekarang hidup kau memang menyusahkan orang jer! Kau ni memang pembawa malang!"
Mata Fareena sudah berkaca. Patutlah selama ini layanan Fasha padanya tidak sama seperti layanan Fasha pada Farisya. Sejak daripada kecil lagi Fasha memang dingin sahaja dengannya.
Encik Rahman sudah tidak tahu ingin buat apa. Dia sudah lali dengan keadaan seperti ini. Selepas dia membacakan wasiat, pasti ada ahli keluarga yang akan bergaduh kerana tidak puas hati.
"Sebab tu kak Sha bencikan Reena?" soal Fareena.
"Ya! Memang aku bencikan kau! Aku takkan pernah mengaku kau tu adik aku."
Fareena terus berlalu pergi daripada situ. Dia sudah tidak betah lagi untuk mendengar cacian dan hinaan daripada kakak kandungnya sendiri.
"Kak Sha kenapa cakap macam tu? Tak baiklah."
Farisya mengusap perlahan lengan kakaknya.
"Risya ni kenapa? Risya tahu tak, perempuan tu dah bolot semua harta arwah papa."
Sampuk mak long Radhiah.
"Mak long, harta tu tak boleh bawak masuk dalam kubur pun. Lagipun bukan salah Reena. Dia sendiri tak tahu papa nak bagi syarikat dengan rumah ni dekat dia. Kak sha kalau tak sukakan dia pun sekali, jangan lah cakap macam tu. Tak baik."
"Kau diamlah Risya. Kau tak tahu apa yang aku rasa."
Fasha terus berlalu pergi. Mak long Radhiah juga mengikut langkah Fasha. Tinggal lah Encik Rahman dan Farisya sahaja.
Share this novel