Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan Islam Bukit Kiara. Kehilangan Datuk Ramzi benar-benar meninggalkan kesan. Terutama kepada anak-anaknya.
"Reena, sabar ya. Allah lebih sayangkan papa, " pujuk Mak Jah.
Mak Jah ialah pembantu rumah kepada Datuk Ramzi. Dia juga turut merasai kehilangan majikannya itu. Siapa sangka orang yang selama ini kita lihat sihat saja, akan pergi dulu.
Datuk Ramzi meninggal dunia ketika dalam tidur. Arwah tiada apa-apa masalah kesihatan. Doktor mengesahkan kematiannya itu kematian secara mengejut.
"Mak Jah, macam mana Reena nak teruskan hidup tanpa papa? Reena tak boleh kalau papa takda." Rintih Fareena.
Fareena ialah anak bongsu Datuk Ramzi. Dia paling manja dengan Datuk Ramzi berbanding dengan kakak-kakaknya yang lain. Kini dia bergelar anak yatim piatu. Arwah mama nya meninggal dunia ketika melahirkannya dan sejak itu Datuk Ramzi lah yang mengambil alih tugas seorang ibu.
Arwah tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin lain. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat arwah isterinya.
Farisha dan Fasha juga turut berduka dengan kehilangan papanya. Tetapi tidak sesedih Fareena.
"Allah tahu apa yang terbaik. Kita redha ya? Tak elok sedih-sedih macam ni. Kalau arwah papa ada, dia mesti tak suka tengok Reena macam ni."
Air mata Fareena masih mengalir deras. Susah untuk dia menerima kenyataan Datuk Ramzi sudah tiada.
"Reena, jom kita balik," ajak Mak Jah.
Ramai ahli keluarga mereka yang sudah pulang. Rakan-rakan business arwah Datuk Romzi jugak sudah pulang. Hanya tinggal kakak-kakak Fareena dan Mak Jah sahaja.
"Reena tak nak balik. Kalau Mak Jah nak balik, Mak Jah balik lah dulu. Reena nak duduk sini. Nanti Reena balik sendiri."
"Takpalah kalau macam tu. Mak Jah balik dulu ya? Banyak benda yang Mak Jah nak kena uruskan dekat rumah tu. Nanti Reena balik ya. Jangan lama sangat."
Fareena hanya mengangguk perlahan.
"Risya dengan Sya nak ikut Mak Jah balik atau nak balik dengan Reena sekali? Soal Mak Jah.
"Risya nak balik rumah." Jawab Farisha.
"Sya pun sama nak ikut balik sekali." Jawab Fasha pula.
“Jom kita balik," ajak Mak Jah.
Mereka bertiga melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu. Tinggallah Fareena seorang yang masih lagi meratapi pemergian papa nya.
"Papa, kenapa papa tinggalkan Reena? Reena masih perlukan papa. Reena sayangkan papa sangat-sangat." Rintihnya.
Share this novel