"Mak Jah, boleh saya jumpa dengan anak-anak arwah Datuk Ramzi? Ada hal penting yang saya nak bincangkan dengan dia orang."
"Boleh. Nanti Mak Jah panggilkan dia orang ya."
"Terima kasih Mak Jah."
"Kamu pergi makan dulu ya." Pelawa Mak Jah.
Syafiq mengangguk perlahan.
"Ada apa awak nak jumpa kami?" Soal Farisya.
Ketika itu mereka tiga beradik berada di ruang tamu bersama dengan Syafiq.
"Macam ni, saya Syafiq Ikhwan. Pekerja arwah Datuk Ramzi di Ramzi Holdings."
Syafiq memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.
"Saya nak tahu siapa di antara awak bertiga yang akan ambil alih Ramzi Holdings lepas ni?" Soal Syafiq.
Fasha berpandangan sesama sendiri dengan Farisya. Manakala Fareena seperti endah tak endah sahaja. Lagipun dia memang tidak berminat untuk tahu hal syarikat.
"Kak Fasha jer lah yang ambil alih. Kak Sha kan anak sulung," jawab Farisya.
"Jadi awak yang akan ambil alih syarikat tu ya cik Fasha?" soal Syafiq meminta kepastian.
"Yaa saya akan ambil alih syarikat tu. Lagipun adik-adik saya masih muda. Dia orang tak sesuai."
Fasha mengangguk perlahan.
"Baiklah kalau macam tu. Tapi dalam seminggu lagi, peguam arwah Datuk Ramzi akan datang ke rumah untuk membacakan wasiat arwah. Dalam wasiat tu dah tertulis siapa yang akan mengambil alih Ramzi Holdings. Tapi takpa, untuk sementara waktu ni cik Fasha boleh ambil alih Ramzi Holdings." Jelas Syafiq Ikhwan.
Fasha dan Farisya mengangguk-angguk faham.
"Dah habis? Boleh saya masuk tidur? Mengantuk ni."
Fareena yang sejak daripada tadi diam akhirnya bersuara. Tiga pasang mata terus tertumpu kepadanya.
"Dah habis cik Fareena," jawab Syafiq.
"Okay good." Fareena terus bangun dan berlalu naik ke biliknya.
Matanya sudah berat. Yang ada dalam fikirannya sekarang adalah tidur sahaja.
"Buat malu orang jer." Marah Fasha.
Geram pula dia dengan sikap Fareena.
"Maaf ya encik Syafiq. Emosi adik saya tu tak berapa nak stabil lagi. Yelah arwah papa kan baru jer meninggal," pinta Farisya.
"Eh takpa cik Farisya. Saya faham."
Syafiq tersenyum kecil.
"Encik Syafiq, boleh saya tahu bila saya boleh masuk office?" Soal Fasha.
"Bila-bila sahaja cik Fasha. Kalau cik Fasha tak dapat masuk office dalam masa terdekat ni, saya boleh bantu uruskan syarikat tu dulu."
"It's okay. Esok saya akan masuk office."
"Baiklah."
Syafiq mengangguk faham.
Share this novel