"So macam mana Reena? Okay tak? Ada apa-apa masalah?"
Soal Syafiq prihatin. Fareena menggelengkan kepalanya.
"Tak ada. Semuanya okay. Thank you sebab banyak ajar saya."
Balas Fareena.
"Alhamdulillah bagus lah kalau macam tu. So lepas ni awak akan lebih mahir. Jom kita pergi lunch. Saya belanja awak hari ni," ajak Syafiq.
"Apa kata saya yang belanja awak. Sebab awak dah banyak beri tunjuk ajar pada saya hari ni.”
"Saya buat semua tu ikhlas lah. Tak minta apa-apa balasan pun. Jom lah saya belanja awak. Tak gentle lah kalau perempuan belanja lelaki kan."
Fareena ketawa kecil.
"Okay lah kalau macam tu. Tapi esok saya tetap nak belanja awak."
"Baik boss."
Syafiq tersenyum kecil.
Share this novel