"Er..err cik Fareena okay?"
Soal Syafiq serba salah. Fareena cepat-cepat mengesat air matanya yang hampir mengalir.
"Sorry. Saya okay."
Jawabnya sambil tersenyum nipis.
"Saya minta maaf lah ya. Saya tak ada niat pun nak buat cik sedih," kata Syafiq.
"Eh bukan salah awak lah. Awak tak buat apa-apa pun. Saya jer yang terlebih emosi," Fareena ketawa kecil di hujung ayatnya.
"Sebenarnya cik Fareena, arwah pernah beritahu saya yang andai kata dia meninggal dunia. Dia nak cik Fareena yang ambil alih syarikat ni. Bukan dia pilih kasih dengan anak-anak dia yang lain, cuma dia rasa cik Fareena yang mampu kekalkan Ramzi Holdings," cerita Syafiq.
"Tapi kenapa saya?" Soal Fareena.
"Itu saya tak tahu. Tapi cik Fareena yang paling sesuai katanya."
"Saya tak tahu apa-apa langsung soal syarikat. Macam mana saya nak ambil alih? Saya pun masih muda. Baru jer habis belajar."
"Saya akan tolong cik Fareena. Cik jangan risau ya. Saya akan ajar cik Fareena daripada A to Z."
"Terima kasih. Anyway dah lama awak kerja dekat sini?"
"Adalah dalam 3 tahun macam tu. Saya selesa sangat kerja dengan arwah Datuk Ramzi. Dia baik dengan pekerja-pekerja dia."
Fareena mengangguk perlahan.
"Awak tak perlu lah panggil saya cik Fareena. Panggil Reena jer pun dah cukup."
"Tapi cik kan boss saya. Takkan nak panggil nama jer."
"Ni satu arahan." Fareena tersenyum nakal.
"Okay baiklah, Reena."
"Haa macam tu lah. Berapa umur awak ea?"
"27 tahun. Muda lagi kan."
Syafiq tersengih sambil menayangkan barisan giginya yang teratur.
"Muda lah sangat. Saya lagi muda tau. Baru 22 tahun," jawab Fareena.
Dia mula rasa selesa berborak dengan Syafiq. Lelaki itu sangat peramah dengannya.
"Oh kira pangkat adik jer lah ni kan.”
"Lebih kurang macam tu lah."
"Awak ni banyak cakap jugak kan Reena. Waktu saya datang rumah awak hari tu, awak banyak diam jer. Kakak-kakak awak yang banyak bercakap."
Fareena ketawa kecil.
"Waktu tu emosi saya masih belum stabil. Tiba-tiba pulak awak datang cakap soal business."
"Yelah saya faham. Arwah banyak cerita pasal anak-anak dia. Yang paling manja, awak lah kan. Maklumlah anak bongsu."
"Saya tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Jadi papa lah yang galas kedua-dua tanggungjawab tu. Dia lah papa dan dia juga mama saya."
"Kita doakan yang terbaik untuk arwah."
Fareena mengangguk perlahan.
Share this novel