BAB 24

Family Completed 7462

Tepat pukul 8 malam, Syafiq tiba di rumah Fareena. Dia memakai tshirt jenama Polo dan dipadankan dengan jeans berwarna hitam.

"Haa dah sampai pun. Nasib baik awak sampai tepat pukul 8. Bagus awak ni ea. Tepati masa."

Syafiq ketawa kecil. Fareena memang pandai berseloroh.

"Of course lah."

"Jom masuk. Makanan dah siap terhidang dah tu," ajak Fareena.

Syafiq mengikut langkah Fareena masuk ke dalam rumah.

"Dah sampai pun encik Syafiq. Jemput lah duduk."

Pelawa Farisya saat melihat Syafiq dan Fareena datang ke ruang makan.

"Terima kasih. Tak payah lah berencik-encik. Panggil Syafiq jer.”

"Okay Syafiq. Awak nampak lain lah bila pakai tshirt macam ni. Yelah selalu saya nampak awak pakai kemeja jer kan."

"Saya nampak lagi hensem kan?" Gurau Syafiq.

Farisya ketawa kecil.

"Perasan jugak awak ni kan."

"Ha'ah kak Risya. Syafiq ni memang kuat perasan," sampuk Fareena.

"Eh dah jom makan," ajak Farisya.

Syafiq mengambil tempat duduk di hadapan Fareena. Manakala Farisya duduk di sebelah adiknya itu.

"Kak Sha mana? Tak makan sekali ke?" Soal Fareena.

"Tak. Ada kat atas. Kak Risya dah ajak. Dia cakap dia kenyang lagi."

Fareena mengangguk faham.

"Jemputlah makan Syafiq. Banyak saya masak. Saya harap masakan saya kena lah dengan citarasa awak."

"Terima kasih banyak-banyak sebab ajak saya dinner. Jangan risau saya bukannya jenis yang memilih kalau makan. Semua saya bedal."

"Baguslah kalau macam tu. Senang isteri awak nanti," usik Farisya.

Syafiq hanya tersenyum nipis. Meja makan itu sunyi seketika ketika masing-masing sedang menikmati hidangan makanan yang dimasak oleh Farisya dan juga Mak Jah. Hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan sahaja yang kedengaran.

"Ermm...sebenarnya saya ada benda nak beritahu."

Kata Syafiq memecah kesunyian.

"Beritahu apa?" Soal Farisya.

"Ha'ah. Nak beritahu apa?" Soal Fareena.

"Macam mana nak cakap ek? Saya segan sebenarnya. Tapi kalau tak beritahu nanti diri sendiri yang melepas."

Syafiq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Fareena dan Farisya sudah mengerutkan dahinya.

"Beritahu jer lah. Awak nak beritahu apa?" soal Farisya lagi.

"Sebenarnya saya...saya.."

"Saya apa?!" Suara Fareena sedikit meninggi.

Geram pula dengan Syafiq. Tergagap-gagap.

"Saya suka dekat awak since first time saya jumpa awak lagi," luah Syafiq.

Farisya dan Fareena sama-sama terkedu mendengar luahan hati Syafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience