"Kak Risya! Masak apa tu?”
Masuk sahaja ke dalam rumah, Fareena terus menerjah Farisya di dapur.
"Ya Allah budak kecil ni. Terkejut kak Risya lah. Cuba bagi salam dulu."
Fareena ketawa melihat wajah cuak kakaknya itu.
"Okay lah sorry-sorry. Reena minta maaf ea. Assalamualaikum."
"Haa kan elok bagi salam dulu. Kita ni orang islam."
"Ewah dah keluar dah tazkirah percuma dia. Salam Reena kak Risya tak jawab lagi tau. Kak Risya tahu tak apa hukum jawab salam? Wajib. Berdosa kalau tak jawab."
Farisya sudah menggelengkan kepalanya. Fareena kalau sudah membebel, susah untuk berhenti.
"Waalaikumusalam ustazah Fareena. Haa puas hati?"
"Macam tu lah. Kalau nak bagi tazkirah ringkas pun, jawab salam Reena dulu. Ni kak Risya masak apa ni? Macam sedap jer."
"Nasi dagang. Of course lah sedap. Lagi-lagi bila kak Risya yang masak."
Fareena mencebikkan bibirnya. Mula dah masuk bakul angkat sendiri.
"Reena dah jemput Syafiq ke belum?" Soal Farisya.
"Alamak! Reena lupa lah kak Risya. Sorry."
"Seriously Reena? Ya Allah penat kak Risya masak. Habis tu siapa yang nak makan banyak-banyak ni? Kan kak Risya dah pesan banyak kali. Macam mana Reena boleh lupa?"
Tiba-tiba Fareena ketawa terbahak-bahak.
"Reena tipu jer. Haa tahu cuak. Reena dah ajak Syafiq. Pukul 8 malam nanti dia datang."
"Bertuah punya budak. Kenakan orang ea."
Farisya sudah mula mengejar Fareena saat dia melihat adiknya itu cuba untuk melarikan diri. Mereka berdua berkejar-kejaran di dapur itu.
Share this novel