BAB 29

Family Completed 7462

"Abang nak Risya jujur dengan abang, apa yang dah jadi sebenarnya?" soal Ashraf.

Wajahnya serius sahaja memandang Farisya.

"Abang cakap apa ni? Risya tak faham."

"Risya mungkin boleh tipu orang lain. Tapi bukan abang. Reena kemalangan ada kena mengena dengan mak long dan Fasha kan? Risya pun terlibat sekali?" Teka Ashraf.

Wajah Farisya sudah berubah pucat. Dia menelan air liurnya.

"Ma..mana Risya tahu. Kenapa abang nak tuduh-tuduh tanpa bukti pulak ni?"

"Abang dah tanya punca kemalangan Reena pada polis. Polis dah siasat semuanya. Dan punca kemalangan Reena adalah disebabkan brek putus. Ada yang putuskan brek kereta dia," jelas Ashraf.

"Jadi abang ada bukti nak tuduh mak long dengan kak Sha?" soal Farisya berani.

Sebenarnya perutnya sudah kecut.

"Macam yang abang cakap tadi, Risya mungkin boleh tipu orang lain. Tapi bukan abang. Risya kena ingat, ini soal nyawa. Risya nak meringkuk dalam penjara?"

Laju Farisya menggelengkan kepalanya. Air matanya sudah mengalir di pipi.

"Risya tak nak masuk dalam penjara. Abang kena tolong Risya. Risya tak nak masuk dalam penjara bang."

"Jadi betul lah memang Risya terlibat sekali dalam plan mak long dan Fasha?" soal Ashraf tegas.

Lambat-lambat Farisya mengangguk.

"Abang dah agak dah. Risya kenapa buat semua ni? Risya tahu tak ni salah? Reena tu adik Risya. Adik kandung Risya tau. Darah daging Risya sendiri. Tergamak Risya nak bunuh dia? Manusia jenis apa Risya ni?"

"Risya tak ada niat pun nak bunuh Reena. Risya cuma..."

"Risya, abang kenal Risya. Risya bukan macam ni. Kenapa Risya sanggup buat Reena macam tu? Kalau arwah papa Risya masih ada, mesti dia sedih tengok anak-anak dia macam ni."

"Semua yang Reena nak, dia dapat. Risya cemburu dengan dia. Syarikat, rumah, kasih sayang papa, perhatian papa semuanya dia yang dapat. Termasuk lah lelaki yang Risya suka," cerita Farisya.

"Jadi sebab tu Risya tergamak buat semua ni? Tak ada langsung rasa bersalah dekat hati Risya? Risya dah tak sayangkan Reena? Sebab lelaki Risya sanggup bunuh Reena? Risya yakin ke kalau Reena terbunuh dalam kemalangan tu, lelaki yang Risya suka tu akan suka pada Risya?"

Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Ashraf. Farisya hanya mampu diam.

"Kenapa Risya diam?"

"Risya menyesal abang..." akui Farisya.

"Abang kecewa dengan Risya. Abang tak sangka Risya dah terpengaruh dengan mak long dan Fasha. Tolong lepas ni sebelum buat apa-apa, fikir dulu. Jangan terlalu ikutkan perasaan." Nasihat Ashraf.

Farisya mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience