BAB 18

Family Completed 7462

"Risya, kita kena buat sesuatu. Kak Sha takkan biarkan perempuan tu kebas semua harta papa. Kita pun anak papa. Kita ada hak jugak."

Farisya mengeluh perlahan.

"Kak Sha, tapi arwah papa kan dah wasiatkan syarikat dan rumah ni untuk Reena. So dah jadi hak Reena lah. Dah lah kak Sha. Biar jer lah. Tak perlu bergaduh disebabkan harta." Nasihat Farisya.

"No! Mana boleh macam tu. Kak Sha takkan biarkan senang-senang jer perempuan tu ambil alih syarikat papa. Kalau Risya tak nak tolong kak Sha, takpa. Mak long akan tolong kak Sha," bidas Fasha.

"Suka hati kak Sha lah. Risya malas nak masuk campur. Risya tak suka tau kalau kita bergaduh disebabkan harta. Kita ni adik beradik."

"Apa-apa jer lah Risya. Kak Sha tak kisah. Asalkan kak Sha dapat apa yang kak Sha nak. Selama ni dah banyak kak Sha mengalah. Kali ni kak Sha takkan mengalah. Kak Sha akan dapatkan apa yang kak Sha nak. Walau dengan apa cara sekalipun."

Farisya hanya mampu menggeleng kepalanya. Dia sendiri tidak mampu menghalang kakaknya itu.

"Assalamualaikum."

Fasha bingkas bangun daripada sofa dan berlari anak ke muka pintu. Dia segera membuka pintu utama.

"Waalaikumsalam. Mak long!"

Fasha terus memeluk Mak long Radhiah.

"Tak nak jemput mak long masuk ke?" soal Mak long Radhiah.

"Eh masuk lah mak long."

Fasha menarik tangan Mak long Radhiah masuk ke dalam rumah. Dia membawa ibu saudaranya itu ke ruang tamu.

"Haa Risya pun ada sekali." Tegur Mak long Radhiah.

Farisya hanya tersenyum hambar. Dia bukannya suka sangat dengan kakak kepada arwah papa nya itu.

"Salam lah mak long." Arah Fasha.

Farisya hanya menurut. Dia mencium tangan orang tua itu.

"Mak Jah Oh Mak Jah. Buatkan air." Laung Fasha.

"Hishh mana pulak orang tua ni pergi. Orang panggil bukannya dengar. Pekak agaknya," rungut Fasha apabila tiada respons daripada Mak Jah.

"Mak Jah dekat belakang agaknya tu. Takpalah biar Risya yang pergi panggil Mak Jah."

Farisya terus berlalu ke dapur. Sebenarnya dia ingin mengelak daripada ibu saudaranya itu.

"Mana budak tu?" soal Mak long Radhiah.

"Reena ke?"

"Iyalah. Siapa lagi."

"Office lah. Mana lagi. Mak long, sekarang ni kita kena plan macam mana nak dapatkan syarikat tu. Sha tak kisah walau apa cara sekalipun. Asalkan Sha dapat syarikat tu."

"Sabar. Bawa bertenang. Kita susun rancangan kita baik-baik."

Mak long Radhiah tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience