Terhinjut-hinjut bahu Fareena menangis. Sampai hati kakak kandungnya sendiri mengatakan dia pembawa malang.
"Papa, kenapa semua ni jadi kat Reena papa? Reena tak nak semua ni papa," rintihnya.
Tok..tok..tok..
"Reena, Reena. Boleh Mak Jah masuk?"
Mak Jah mengetuk perlahan pintu bilik Fareena. Tadi dia ada terdengar perbalahan antara mereka dan melihat Fareena lari masuk ke dalam bilik sambil menangis.
"Masuk lah Mak Jah," jawab Fareena.
Mak Jah terus memulas tombol pintu biliknya. Kakinya laju saja melangkah masuk.
"Reena okay tak ni?" soal Mak Jah.
Air mata Fareena semakin laju mengalir. Mak Jah terus mendapatkannya. Tubuh gadis itu dipeluk.
"Kenapa ni Reena? Cuba cakap dengan Mak Jah."
Soal Mak Jah.
"Kak Sha, dia marahkan Reena sebab syarikat papa dan rumah ni papa wasiatkan untuk Reena. Reena tak mintak pun semua ni Mak Jah. Reena sendiri tak tahu yang papa nak bagi syarikat dengan rumah ni dekat Reena. Kak Sha marah sangat bila nama dia dan kak Risya hanya ada pada tanah pusaka arwah papa. Dia tuduh Reena macam-macam. Sampai dia cakap Reena ni memang pembawa malang."
"Astagfirullahalazim. Kenapa sampai macam tu sekali? Sabar ya Reena. Tak ada orang yang bawa malang ini semua takdir Allah. Reena kena kuat, tak boleh sedih-sedih macam ni ya."
"Patutlah selama ni Kak Sha tak pernah nak layan Reena baik-baik. Rupa-rupanya dia bencikan Reena. Reena sendiri tak tahu apa salah Reena."
"Sabar lah sayang. Mungkin kak Sha tu tak maksudkan apa yang dia cakap tadi tu," pujuk Mak Jah.
Share this novel