Tok..tok..tok..
"Masuk lah. Pintu tak kunci."
Laung Fareena daripada dalam biliknya. Farisya terus memulas tombol pintu bilik adik bongsunya itu.
"Reena tengah buat apa tu?" Soal Farisya.
"Reena tengah prepare untuk meeting pagi esok." Jawabnya.
"Ohh. Busy dah adik kak Risya sekarang ni."
"Busy lah sikit. Actually kan kak Risya, Reena memang tak tahu satu benda pun soal syarikat. Tapi Syafiq banyak ajar Reena. Dia lah yang bantu Reena."
Cerita Fareena.
"Iya ke? So cerita lah sikit pasal encik Syafiq tu. Dia baik tak? Ke garang?"
Soal Farisya teruja.
“Garang? No lah kak Risya. Syafiq tu baik sangat. Maybe sebab Reena boss dia kan."
Fareena ketawa kecil.
"Maybe jugak. Tapi memang kak Risya tengok dia tu baik jer. Ajaklah dia datang rumah kita lagi.”
"Nak buat apa?"
Fareena mengerutkan dahinya.
"Saja. Dinner sama-sama ke. Nanti kak Risya dengan Mak Jah masak sedap-sedap. Macam mana? Okay?"
Cadang Farisya.
"Ermm. Reena okay jer. Nanti Reena tanya Syafiq. Tapi nanti tak menyusahkan kak Risya ke? Nak masak semua."
"Tak lah. Apa salahnya sekali sekala kita ajak tetamu datang rumah kita. Arwah papa pun dulu selalu ajak kawan-kawan dia datang makan kat rumah kita kan."
Fareena mengangguk tanda setuju.
"Cakap soal arwah papa, Reena rindu pulak dekat papa."
"Kak Risya pun rindukan papa. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Sedar tak sedar dah 3 bulan arwah papa tinggalkan kita kan. Kita doakan semoga dia tenang kat sana."
Bahu Fareena diusap perlahan.
"Insya Allah kak."
"Dah kak Risya nak masuk tidur. Ni nanti jangan lupa ajak Syafiq ya."
"Alright."
"Good night."
Ucap Farisya sebelum berlalu keluar daripada bilik adiknya itu.
"Good night too." Balas Fareena.
Tekaknya terasa kering pula. Fareena bingkas bangun daripada katil dan melangkah ke dapur.
Langkah Fasha terhenti ketika di anak tangga terakhir saat bertembung dengan Fareena.
"Kak Sha tak tidur lagi?" Soal Fareena ramah.
Hal yang terjadi sebelum ini sudah lama dilupakan. Tiada langsung dendam di hatinya pada Fasha. Buruk macam mana sekalipun, Fasha tetap kakak kandungnya.
"Kau tak payah nak sibuk hal aku lah. Suka hati aku lah nak tidur ke. Nak apa ke. Bukan masalah kau kan? Kau jaga jer hal kau."
Jawab Fasha dingin.
Fareena terus melangkah ke anak tangga yang seterusnya. Dia malas mahu melayan.
"Eh kejap."
Fasha pantas menarik kasar lengan Fareena.
"Sakit lah kak Sha."
Fareena menarik lengannya semula.
"Kau jangan ingat yang kau dah menang bila kau dah dapat syarikat dan rumah ni. Aku akan pastikan syarikat dan rumah ni jatuh dekat tangan aku. Kau tunggu lah nanti. Aku takkan senang-senang mengalah."
Ugut Fasha sebelum berlalu pergi. Fareena termanggu seketika. Secepat itu kakaknya berubah. Hanya kerana harta, Fasha sanggup bermusuh dengan adik kandungnya sendiri.
Share this novel