"Abang nak Risya minta maaf dengan Reena. Mengaku salah Risya."
"Tapi Risya takut. Macam mana kalau Reena tak nak maafkan Risya?” soal Risya.
Wajahnya suram sahaja.
"Risya tak perlu risau. Abang yakin Reena akan maafkan Risya."
"Risya takut. Macam mana kalau Reena report polis? Risya tak nak masuk penjara."
"Abang ada. Risya tak perlu takut. Abang percaya yang Reena tak akan buat macam tu. Yang penting Risya dah betul-betul menyesal dengan apa yang Risya dah buat dan Risya tak akan ulang kesalahan yang sama," pujuk Ashraf.
"Risya janji. Risya tak akan buat lagi.”
Ashraf tersenyum kecil.
"Abang harap Risya akan pegang janji Risya."
Ashraf dan Farisya melangkah masuk bersama ke dalam wad Fareena.
"Kak Risya."
Fareena tersenyum saat melihat Farisya dan Ashraf.
"Reena macam mana? Dah okay?" soal Farisya.
"Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur Reena lagi. Cuma tu lah kaki Reena ni ambil masa untuk sembuh. Terpaksalah Reena pakai kerusi roda."
Farisya tersenyum hambar. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"Reena, sebenarnya kak Risya ada benda nak beritahu Reena."
"Apa dia kak Risya?" soal Fareena.
Ashraf, Mak Jah dan Syafiq hanya menjadi pemerhati.
"Sebenarnya...sebenarnya kak Risya punca Reena kemalangan. Mak long, kak Sha dan kak Risya yang rancang untuk putuskan brek kereta Reena."
Fareena, Mak Jah dan Syafiq terkejut mendengar pengakuan Farisya.
"Kak Risya minta maaf Reena. Kak Risya tahu kak Risya salah. Kak Risya sanggup dihukum asalkan Reena maafkan kak Risya. Maafkan kak Risya," rayu Farisya.
Air matanya sudah membasahi wajahnya. Wajahnya yang putih bersih sudah bertukar merah.
"Tapi kenapa kak Risya? Kenapa kak Risya tergamak buat semua tu?" soal Fareena.
Farisya mati kata. Lagi-lagi apabila melihat wajah kecewa Fareena.
Share this novel