BAB 32

Family Completed 7462

Sudah tiga hari Fareena keluar daripada hospital. Keadaannya semakin baik. Cuma dia masih perlukan kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana kerana kakinya masih lagi belum pulih sepenuhnya. Hubungan Fareena dan Farisya juga sudah semakin baik. Dengan hati yang terbuka Fareena memaafkan Farisya. Dia tahu Farisya langsung tidak berniat sedemikian.

"Kak Sha."

Panggil Fareena sebaik melihat Fasha yang baru sahaja turun daripada tingkat atas. Langkah Fasha terhenti. Dia menoleh ke arah Fareena yang berada di atas kerusi roda.

"Reena nak cakap dengan kak Sha sekejap."

"Aku busy. Lain kali lah."

"Sekejap jer. Ada hal penting yang Reena nak cakap."

"Yelah-yelah. 5 minit jer."

Akhirnya Fasha setuju juga.

Sejak Fareena keluar daripada hospital hari tu dia tidak bercakap dengan Fareena.

"Reena tahu kak sha dan mak long sebab Reena accident hari tu. Reena dah tahu semuanya. Tapi Reena tak nak buat report polis. Reena tak nak kak Sha masuk ke dalam penjara. Sejahat manapun kak Sha, kak Sha tetap kakak kandung Reena. Darah daging Reena. Walaupun kak Sha tak pernah nak mengaku Reena ni adik kak Sha, tapi kak Sha tetap kena terima hakikat Reena adik kandung kak Sha."

Fasha terdiam. Terasa berpasir air liurnya apabila ditelan. Dia yakin Farisya yang memberitahu Fareena tentang rancangan mereka hari tu. Jika tidak bagaimana Fareena dapat mengetahui semuanya.

"Kak Sha, kalau lah disebabkan harta kak Sha sanggup nak bunuh Reena. Reena sanggup serahkan semuanya pada kak Sha. Mulai hari ni Reena serahkan syarikat tu pada kak Sha. Reena tak akan ambil tahu lagi soal syarikat. Reena akan serahkan semuanya pada kak Sha. Rumah ni pun Reena akan tukar nama kak Sha. Tapi satu jer yang Reena mintak kak Sha, tolong terima Reena sebagai adik kak Sha. Tolong jangan bencikan Reena. Itu jer yang Reena mintak. Reena janji Reena tak akan tuntut apa-apa lagi dengan kak Sha."

Air mata Fareena mengalir deras. Tanpa sedar air mata Fasha juga mengalir tanpa dipinta. Dia seolah baru tersedar daripada kesilapannya. Hanya kerana harta dia sanggup memusuhi adik kandungnya sendiri. Bahkan dia hampir membunuh Fareena. Kalau lah Datuk Ramzi ada, pasti dia kecewa.

"Boleh kak Sha tunaikan permintaan Reena?" soal Fareena lagi.

Fasha terus meluru ke arah Fareena. Dia memeluk erat tubuh Fareena. Tangisannya semakin kuat.

"Maafkan kak Sha..maafkan kak Sha, Reena."

Farisya yang sejak daripada tadi memerhati daripada jauh juga sebak melihat adegan itu. Dia melangkah ke arah kakak dan adiknya. Farisya terus memeluk mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience