BAB 3

Family Completed 7462

Fareena memeluk erat gambar arwah Datuk Ramzi. Air matanya masih bersisa di pipinya.

"Papa, I miss you so much. Reena tak dapat bayangkan hidup Reena lepas papa tak ada. Hidup Reena kosong pa. Kenapa papa tinggalkan Reena?”

Tok...tok..tok..

Pintu bilik Fareena dikuak perlahan oleh Mak Jah. Dia membawa sepinggan nasi dan segelas air masak. Sejak daripada semalam anak majikannya itu tidak makan. Asyik berkurung dan menangis sahaja dalam bilik. Dia sendiri buntu. Tidak tahu bagaimana lagi hendak memujuk Fareena.

"Reena, mari makan nak," pujuk Mak Jah lembut.

"Reena tak nak makan. Reena tak lapar," jawabnya perlahan.

"Reena tak boleh lah macam tu. Kalau Reena tak makan, Reena sakit nanti. Mak Jah sedih tengok Reena macam ni. Kesian kat perut tu. Daripada semalam kosong. Makan lah sikit ya."

"Reena tak nak Mak Jah. Tolonglah jangan paksa Reena. Kalau Reena sakit sekalipun tak ada siapa yang peduli. Baguslah kalau Reena sakit. Biar Reena mati."

"Astagfirullah al-azim Reena. Tak baik cakap macam tu. Berdosa tahu tak? Kita kena redha dengan takdir Allah. Allah uji Reena sebab Allah tu sayangkan Reena."

Mengucap panjang Mak Jah apabila mendengar kata-kata Fareena.

"Allah tak akan uji hambanya kalau hamba dia tak mampu. Allah tahu Reena mampu, sebab tu Allah uji Reena. Banyak-banyakkan bersabar. Kembali pada Allah, Reena akan jumpa kekuatan.”

Fareena diam. Semakin erat dia memeluk bingkai gambar Datuk Ramzi.

"Mak Jah letak nasi ni kat sini ya. Nanti Reena makan tau. Jangan tak makan. Mak Jah keluar dulu. Kalau ada apa-apa, panggil jer Mak Jah."

Pesan Mak Jah sebelum berlalu keluar daripada bilik Fareena.

Pintu bilik Fareena dirapatkan semula.

"Mak Jah, Reena tengah buat apa tu?"

Soal Farisya saat melihat Mak Jah yang baru keluar daripada bilik Fareena.

"Reena masih lagi menangis. Mak Jah dah pujuk dia makan, tapi dia tak nak. Sekejap lagi dia makan lah tu agaknya."

"Oh yeke? Takpalah. Nanti Risya pergi tengokkan Reena."

"Haa eloklah tu. Mana lah tahu kalau-kalau Risya boleh pujuk Reena kan."

"Insya Allah Mak Jah. Ermm kenduri tahlil malam esok kan? Risya nak jemput kawan-kawan arwah papa," soal Farisya meminta kepastian.

"Ha'ah malam esok. Nanti Risya beritahu lah dekat saudara-mara yang lain ya."

"Alright Mak Jah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience