BAB 10

Family Completed 7462

Hari ini hari di mana wasiat arwah Datuk Ramzi akan dibacakan. Fasha, Farisya dan Fareena sudah pun berkumpul di ruang tamu. Mak long Radhiah mereka juga ada. Mak long ialah kakak kepada arwah Datuk Ramzi.

"Semua dah ada? Jadi boleh saya mulakan sekarang?"

Soal Encik Rahman, peguam arwah Datuk Ramzi.

"Boleh encik. Silakan." Jawab Fasha.

Dia sudah tidak sabar-sabar lagi ingin mengetahui wasiat yang ditinggalkan oleh arwah papanya.

Farisya dan Fareena tenang sahaja. Mereka langsung tidak kisah jika harta arwah papa nya cuma diberikan sedikit sahaja. Mak long Radhiah juga sama seperti Fasha. Dia tidak sabar ingin mengetahui harta yang ditinggalkan oleh arwah adiknya itu.

"What? Saya tak dapat apa-apa? Walaupun satu sen? Ini tak adil!"

Marah Mak long Radhiah.

"Sabar puan. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai peguam arwah. Saya tak tahu apa-apa pun soal pembahagian harta arwah." Jelas Encik Rahman.

Mana tidaknya mak long Radhiah naik berang, satu sen pun harta arwah Datuk Ramzi tidak diwasiatkan untuknya. Padahal dia kakak kandung arwah.

"Encik Rahman, saya ni anak sulung tau. Kenapa Ramzi Holdings jatuh ke tangan Reena pulak?"

Soal Fasha tidak puas hati.

Fasha juga sama seperti mak long Radhiah, dia bengang apabila dia dan Farisya tiada hak langsung ke atas Ramzi Holdings. Arwah Datuk Ramzi telah mewasiatkan Ramzi Holdings kepada Fareena.

Fasha dan Farisya cuma mendapat sebahagian tanah pusaka milik arwah. Rumah banglo tiga tingkat milik arwah Datuk Ramzi juga akan ditukarkan dengan nama Fareena.

"Cik Fasha, seperti apa yang saya katakan tadi saya memang tak tahu apa-apa soal wasiat arwah."

Jelas Encik Rahman sekali lagi. Fareena juga terkejut apabila mengetahui Ramzi Holdings jatuh ke tangannya.

"Betul ke wasiat tu? Cuba baca sekali lagi."

Arah mak long Radhiah.

"Betul puan. Apa yang saya bacakan tadi memang tertulis di dalam wasiat ni. Kalau puan tak percaya, puan boleh baca sendiri."

Encik Rahman menghulurkan wasiat itu kepada mak long Radhiah. Mak long Radhiah segera merampas wasiat itu dan membacanya semula. Berulang-ulang kali dia membaca wasiat itu. Tetapi masih sama. Tiada langsung tertera namanya pada wasiat itu.

"Mak long, kak Sha sabar lah. Bawa bertenang," pujuk Farisya.

"Bawa bertenang? Eh Risya, kita ni anak kandung papa jugak tau. Tapi kenapa papa lebihkan perempuan ni daripada kita. Apa istimewanya dia?"

Fasha sudah mulai naik berang. Merah padam wajahnya menahan amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience