BAB 28

Family Completed 7462

Syafiq mundar-mandir menanti di ruangan menunggu wad kecemasan. Dia terkejut apabila Mak Jah menelefonnya memberitahu Fareena terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabat.

"Sabar ya Syafiq. Kita sama-sama doakan semoga Reena selamat.”

Kata Mak Jah. Dia juga risau dengan keadaan Fareena. Kereta gadis itu remuk teruk.

"Insya Allah Mak Jah. Saya risau sangat. Patutlah saya rasa tak sedap hati jer tadi."

Fasha dan Farisya juga ada di situ. Sejak tadi mereka hanya diam. Riak wajah Fasha tenang sahaja. Tiada kerisauan langsung yang terlibat di wajahnya.

Seketika kemudian Mak long Radhiah tiba bersama anaknya, Ashraf. Fasha terus meluru mendapatkan ibu saudara kesayangannya itu.

"Bagus plan mak long ni. Sekarang ni perempuan tu nyawa-nyawa ikan. Mati lah tu nanti. Kita dah berjaya dapatkan syarikat dan rumah tu."

Bisik Fasha perlahan. Mak long Radhiah tersenyum lebar.

"Mak long kan bijak," jawab Mak long Radhiah.

Ashraf hanya memerhati. Dia yakin punca Fareena kemalangan ada kena mengena dengan ibu dan sepupunya.

"Risya, abang nak cakap sikit," panggil Ashraf.

Farisya menoleh ke arah abang sepupunya itu.

"Abang nak cakap pasal apa?" soal Farisya.

"Ada hal sikit. Jom ikut abang pergi cafe. Hal ni private. Abang nak cakap dengan Risya seorang jer.".

Farisya mengangguk. Dia bangun dari duduknya. Setelah memberitahu mak long Radhiah dan Fasha, Farisya mengikut langkah Ashraf menuju ke kafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience