Seperti biasa Fareena sudah bersiap-siap untuk ke pejabat. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap. Seperti ada benda buruk yang akan terjadi.
"Morning kak Risya," sapa Fareena.
"Morning," jawab Farisya senada. Wajahnya tidak beriak.
"Kak Risya okay? Kenapa mata bengkak tu?" Soal Fareena prihatin.
"Tak ada apa-apa lah. Kurang tidur jer."
"Oh. Reena pergi office dulu ea. Bye."
Farisya hanya mengangguk. Fareena mengerutkan dahinya. Dia hairan melihat perubahan kakaknya itu. Seperti ada yang tidak kena sahaja. Selalunya Farisya tidak begitu.
Fareena menghidupkan enjin keretanya. Keretanya terus meluncur laju keluar daripada rumah banglo tiga tingkat itu.
Fikirannya masih memikirkan tentang Farisya. Dia pasti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Bukannya baru sehari dua dia mengenali kakaknya itu.
Leka berfikir tentang Farisya, Fareena hampir-hampir melanggar kereta di hadapannya. Dia segera menekan brek kereta. Tetapi brek keretanya tidak berfungsi.
"Arghhhh!"
Share this novel