BAB 16

Family Completed 7462

Hari ini hari pertama Fareena akan masuk ke dalam Ramzi Holdings. Demi amanat arwah papanya, dia sanggup mengambil alih syarikat walaupun dia tiada pengalaman langsung dalam business.

Fareena memilih shawl berwarna dusty purple dan dipadankan dengan jubah kosong berwarna ungu gelap. Fareena lebih selesa berjubah. Sejak daripada dulu lagi itulah fesyen pakaiannya. Berbeza berbanding kakak-kakaknya. Pemakaian Fasha agak seksi. Farisya pula lebih minat berfesyen mengikut peredaran masa. Tetapi dia masih menjaga auratnya.

"Papa, Reena buat semua ni untuk papa. Doakan supaya Reena boleh jaga syarikat papa," kata Fareena sendirian.

Dia mencapai tas tangannya yang berjenama LV di atas almari. Setelah dia puas hati dengan penampilannya, kakinya terus melangkah keluar daripada bilik.

Fareena berdiri di hadapan bangunan 8 tingkat Ramzi Holdings. Seingatnya kali terakhir dia menjejakkan kakinya ke situ ketika dia berumur 10 tahun. Itu pun kerana tiada siapa yang menjaganya kerana Mak Jah pulang ke kampung, jadi Datuk Ramzi terpaksa membawa Fareena ke pejabat sekali.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Cik Fareena."

Ucap Mayra sebaik Fareena melangkah masuk ke dalam Ramzi Holdings.

"Waalaikumsalam. Selamat pagi. Awak kenal saya ke?" soal Fareena.

"Kenal cik. Cik kan anak arwah Datuk Ramzi. Saya pernah tengok gambar cik dekat pejabat Datuk Ramzi. Lagipun encik Syafiq ada beritahu saya yang cik akan masuk ke pejabat hari ni." Jelas Mayra.

Fareena tersenyum nipis.

"Okay. Saya masuk dulu ya. Encik Syafiq ada?" .

"Ada cik. Dia pun tengah tunggu cik tu. Nak saya hantarkan cik masuk ke dalam?" Pelawa Mayra.

"Eh takpa. Saya boleh masuk sendiri." Tolak Fareena.

Dia tidak mahu menyusahkan gadis itu.

Sampai sahaja di tingkat 4, Fareena terus keluar daripada bilik. Mayra ada memberitahunya pejabat Datuk Ramzi berada di tingkat 4.

"Cik Fareena." Sapa Syafiq.

Fareena terus menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil.

"Encik Syafiq kan?" Soalnya meminta kepastian.

"Ya saya Syafiq. Selamat datang ke Ramzi Holdings."

Fareena mengangguk perlahan.

"Jom saya tunjukkan pejabat arwah Datuk Ramzi pada cik."

Fareena mengikut langkah lelaki itu. Sempat juga dia berkenalan dengan beberapa orang staf di situ.

"Ni lah bilik arwah."

Beritahu Syafiq sebaik mereka tiba di hadapan bilik arwah Datuk Ramzi. Tiba-tiba sahaja perasaan sebak menyapa Fareena. Lagi-lagi apabila dia melihat bingkai gambar keluarganya yang berada di atas meja arwah papanya itu. Air matanya mula bertakung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience