BAB 2

Family Completed 7462

"Kak Sha." Tegur Farisha.

Fasha yang sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya terus menoleh.

"Hmm. Kenapa?"

"Papa kan baru jer meninggal. Risya tengok akak macam tak sedih jer."

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Fasha.

"Orang dah meninggal. Takkan kita nak tangisi lagi. Redha jer lah. Kita menangis air mata darah sekalipun, papa takkan hidup semula," jawab Fasha tenang.

"Risya bukan apa, Risya pun sedih lah jugak bila papa dah meninggal. Lagi-lagi papa meninggal secara mengejut. Padahal papa sihat jer selama ni."

"Dah ajal. Tak ada siapa mampu halang Risya. Yang hidup, teruskanlah hidup."

"Risya kesian tengok Reena tu. Daripada tadi asyik berkurung jer dalam bilik tu. Mata sampai bengkak-bengkak menangis.”

"Dia kan anak manja papa. Mestilah dia yang paling sedih. Selama ni pun papa selalu lebihkan dia daripada kita. Mentang-mentang lah dia tu anak bongsu kan. Terus jadi anak emas papa. Kita jugak yang dipinggirkan," luah Fasha.

Selama ini dia banyak makan hati dengan sikap Datuk Ramzi yang melebihkan perhatiannya terhadap Fareena berbanding dengan Fasha dan Farisha. Apa sahaja yang Fareena inginkan, Datuk Ramzi akan tunaikan. Oleh kerana itu Fasha tidak berapa suka dengan adik bongsunya itu.

Sejak adiknya itu lahir, dia selalu dipinggirkan. Perhatian Datuk Ramzi lebih tertumpu kepada Fareena sahaja.

"Kak Sha kecil hati ke dengan arwah papa?" Soal Farisya.

"Siapa jer yang tak kecil hati bila dipinggirkan. Risya pun rasakan benda yang sama kan?"

"Ya memang Risya pun rasakan benda yang sama. Tapi Risya tak salahkan papa. Mungkin disebabkan Reena tu anak bongsu, sebab tu papa lebihkan perhatian pada dia. Lagipun Reena kan tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Yelah dia lahir-lahir jer mama dah meninggal dunia."

"Risya tahu tak, Reena tu pembawa malang. Disebabkan dia mama meninggal. Lepas tu dia rampas perhatian papa pada kita. Papa sepatutnya jadi papa yang adil. Bukannya melebihkan Reena tu. Kita ni pun anak papa. Bukannya Reena tu seorang anak papa."

"Kak Sha, tak elok lah cakap macam tu. Reena tu adik kita tau. Adik kandung kita. Semua ni dah tertulis. Tak ada siapa yang bawa malang. Tu semua karut." Bidas Farisya.

"Suka hati Risya lah nak cakap apa. Yang akak tahu, Reena tu tetap pembawa malang."

Farisya menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan sikap kakaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience