Setahun kemudian.
Hari ini akan berlangsungnya majlis persandingan Fasha, Farisya dan Fareena bersama pasangan masing-masing. Semalam mereka sudah sah bergelar isteri.
Fasha berkahwin dengan bekas kekasihnya yang baru sahaja menamatkan pelajaran di UK. Siapa sangka jodoh mereka masih panjang. Biarpun pernah terputus hubungan sebelum ni, mereka dipersatukan semula.
Farisya pula sah bergelar isteri kepada Ashraf. Ya Ashraf a.k.a abang sepupunya itu. Sebenarnya Ashraf sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farisya. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan Farisya tercapai jua.
Dengan siapa pula Fareena berkahwin jika tidak dengan Syafiq. Siapa sangka dengan perkenalan mereka yang singkat membawa mereka ke jinjang pelamin. Benarlah orang kata, jodoh itu tidak pernah salah alamat.
Mak long Radhiah juga sudah berubah. Kalau dia tak berubah, tak akan lah senang-senang dia nak restu perkahwinan Ashraf dan Farisya kan? Ramzi Holdings kini diambil alih oleh Fasha, Farisya dan Fareena. Ketiga-tiga anak arwah Datuk Ramzi ini yang menguruskan syarikat itu.
Harta dan kekayaan itu tidak akan kekal selamanya. Tetapi kasih sayang antara keluarga itu lah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan. Jika tiada ketenangan bagaimana pula ingin merasakan kebahagiaan?
Andai kebahagiaan itu terletak pada harta, nescaya Siti Khadijah tidak akan mengorbankan hartanya untuk dakwah Rasulullah. Percayalah, kebahagiaan tidak dapat diukur dengan harta yang banyak tapi ia diukur dengan pengorbanan yang banyak.
Share this novel