"Kalau kak Sha nak syarikat dan rumah ni, Reena tak kisah pun Mak Jah. Reena tak nak pun semua ni."
"Iya Mak Jah tahu Reena. Tapi Reena kena ingat, ini wasiat. Ada sebab arwah papa Reena wasiatkan syarikat dan rumah ni untuk Reena. Arwah papa Reena yakin Reena boleh uruskan syarikat tu. Sebab tu arwah papa Reena bagi syarikat tu pada Reena. Ini amanah Reena."
Mak Jah mengusap lembut lengan Fareena.
"Apa yang Reena patut buat sekarang Mak Jah? Reena dah tak tahu nak buat apa. Reena tak nak disebabkan harta, darah daging Reena sendiri benci Reena."
"Jangan cakap macam tu Reena. Ini bukan salah Reena. Kita doakan yang terbaik ya?"
"Reena tak tahu langsung selok belok syarikat tu Mak Jah. Macam mana Reena nak ambil alih syarikat tu? Reena tak layak."
"Syafiq kan ada. Dia akan tolong Reena. Nanti Mak Jah bagi nombor telefon dia pada Reena. Hari tu dia ada tinggalkan nombor telefon dia pada Mak Jah.”
Fareena mengangguk perlahan.
"Terima kasih Mak Jah."
"Sama-sama."
Share this novel