DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil. Bibirnya sudah pun dimuncungkan kerana marahkan abangnya, Zarul Hazreel.
"Lama betul abang Zarul ni, dia buat apa lama sangat dekat bawah tu?!" gumam Hakimi sambil mengerling pintu bilik.
Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.
Daun pintu bilik itu dikuak dari luar dan figura insan yang ditunggu-tunggu, abangnya Zarul Hazreel menapak masuk.
"Abang pergi mana lama sangat tadi? Bosan Kimi menunggu lama sangat," bebel Hakimi seraya bingkas bangun dan terus menghampiri abangnya, Zarul Hazreel.
"Kimi, maafkan abang, abang rasa kita kena hentikan semua ni sekarang jugak," ujar Zarul Hazreel.
Hakimi yang baru sahaja hendak memeluk tubuh abangnya itu terhenti niatnya sebaik sahaja Zarul Hazreel berkata.
"Apa?! Ken... kenapa pulak abang? Abang dah tak sayangkan Kimi lagi ke?"
"Bukan sebab itu Kimi, abang sayang Kimi, sayang sangat! Tapi abang rasa kita wajib hentikan hubungan terlarang ni... maafkan abang," ujar Zarul Hazreel.
Hakimi diam membungkam. Dia hairan dengan perubahan Zafrul Hazreel yang datang secara tiba-tiba itu. "Maksud abang?"
Zarul Hazreel tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya, dia menjarakkan dirinya dari Hakimi dan segera menghempaskan tubuhnya di atas katil.
Hakimi hanya berdiri kaku melihat tingkah Zarul Hazreel. Ada genang di tubir matanya.
"Abang, kenapa abang tiba-tiba berubah? Kimi ada buat salah dengan abang ke?" soal Hakimi lagi.
"Tolong keluar dari bilik abang!"
Hakimi terpempan sebaik sahaja mendengar arahan dari Zarul Hazreel.
"Ken... kenapa? Kimi ada buat salah ke? Apa salah kim..."
"Abang kata keluar, keluarlah cepat!!"
Sekali lagi Hakimi terpempan, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Zarul Hazreel terus memintas.
Buku limanya digenggam kuat. Dengan sekelip mata perasaan marahnya menguasai diri. Abang dah tak sayang Kimi lagi... Dia berpaling dan terus menapak ke arah pintu seraya keluar dan menghempas kuat daun pintu bilik itu.
Zarul Hazreel yang sedang baring mengiring di atas katil itu terkejut namun dia tidak mempedulikan adiknya. "Maafkan abang, Kimi... abang terpaksa!"
"KIMI, nak ke mana tu? Dah lewat malam ni..."
"Nak keluar jumpa kawan. Papa, Kimi tak balik malam ni... jangan tunggu Kimi."
"Maksud Kimi?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.
"Kimi bermalam di rumah kawan," sahut Hakimi selamba seraya menapak ke luar pintu utama banglo itu.
Dato' Ahmad Zafreel hairan melihat tingkah Hakimi yang tiba-tiba berubah itu. Dia melabuhkan duduknya di sofa ruangan keluarga. "Sebelum ni elok aje perangai Kimi ni, jarang keluar malam. Kalau keluar malam pun, pasti dia akan balik jugak..."
Beberapa saat selepas itu, Zarul Hazreel yang baru sahaja turun dari tingkat dua banglo itu menghampiri papanya, Dato' Ahmad Zafreel.
"Papa..."
"Zarul, esok Zarul free tak?" soal Dato' Ahmad Zafreel.
"Esok? Rasanya esok Zarul free, kenapa papa?" sahut Zarul Hazreel seraya bertanya.
"Esok, kalau papa nak Zarul gantikan papa untuk ke German, boleh?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.
"German? Nak buat apa papa?" soal Zarul Hazreel lagi.
Dato' Ahmad Zafreel menarik nafas panjang. Berat rasa hatinya untuk menyerahkan tugas kepada anaknya untuk menggantikan dirinya itu. "Yang sebenarnya... esok papa harus bertolak ke Frankfurt, German. Tapi papa rasa macam tak larat aje nak pergi... tambah pulak papa ni baru aje balik dari London."
"Zarul faham... takpe papa, Zarul boleh gantikan papa. Tapi berapa lama urusan di German tu?"
"Kalau macam tu, baguslah... nanti papa suruh Aryan booking tiket flight untuk Zarul esok. Dua minggu," jawab Dato' Ahmad Zafreel.
"Baiklah papa, Zarul akan ikut arahan papa." Dengan berat hati Zarul Hazreel bersetuju untuk menggantikan papanya.
Begitu juga dengan Dato' Ahmad Zafreel, terasa berat hatinya untuk melepaskan anaknya pergi.
Papa, Zarul... kalau boleh tak nak berjauhan dengan papa buat masa ni, Zarul ingin sangat nak merasa kasih sayang dari papa, ayah kandung Zarul sendiri. Tapi Zarul terpaksa gantikan papa pulak, papa mesti penat. Dan jugak Zarul setuju ni pun sebab Zarul nak mengelakkan diri dari Adik Kimi buat sementara waktu. Kalaulah papa dapat tahu Zarul dah buat benda terlarang dengan Adik Kimi, pasti papa sedih. Maafkan Zarul pa...
SHAHRUL NIZAM menghempaskan punggungnya di atas katil, matanya mengerling tajam ke arah susuk tubuh sasa Hakimi. Dia malas melayan lelaki di hadapannya itu.
Hakimi segera menapak berdiri tepat di hadapan Shahrul Nizam. Butang bajunya dibuka seraya menindih tubuh lelaki itu. "Awak, saya rindu awak. Awak tak rindukan saya ke?" .
Belum sempat Shahrul Nizam menjawab pertanyaan itu, Hakimi terus memagut bibirnya dengan rakus. Selepas dua minit, Shahrul Nizam menolak tubuh sasa Hakimi ke tepi.
"Awak, kenapa..."
Shahrul Nizam bingkas bangun seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan terus memasang kamera dan dihalakan ke arah katil. Kau tunggulah Kimi, lepas ni kau pasti akan menanggung malu. Inilah akibatnya kau memparmainkan perasaan aku. Dia kembali menghampiri susuk tubuh sasa Hakimi yang sedang terpinga-pinga mengerling ke arah dirinya
"Sayang, awak buat apa tu?" Hakimi bertanya.
"Saya nak ambil video kita bercengkerama di atas ranjang," sahut Shahrul Nizam sambil tersenyum sinis.
"Untuk apa?" soal Hakimi, polos.
"Saja, untuk suka-suka," jawab Shahrul Nizam selamba. Tubuh Hakimi ditolak menyebabkan Hakimi terbaring dan terlentang di tengah katil itu.
????????????????
?
?
?
?
?
Hey!! Sorry BAB -18 ni agak pendek dari yang lain.
Sambungan BAB-18 ini sudah pun author bahagikan kepada dua bahagian.
??
Sambungan BAB -18 ini sebenarnya author sudah letakkan di dalam BAB PROLOG.
Heypppp!! tak boleh lebih-lebih part 18+ tu bahaya!!
Ehh... JANGAN SALAH FAHAM DENGAN CERITA INI TAU!!! INI CERITA ADA MAKNA TERSEMBUNYI...
penat tau author buat research untuk buat cerita yang macam ni...
Tolong jangan kecam author...
Apa pun, BAB -19
akan menyusul selepas ini.
~HEYL ARYAN~
Share this novel