"SELAMAT pagi Kimi. Macam mana adik abang pagi ni?"
"Assalamualaikum abang. Kimi okey... abang jangan risau, Kimi kuat."
Hari ini masuk hari kedua Hakimi dirawat di hospital. Kecederaan yang dialaminya semakin pulih.
"Terima kasih abang, kerana datang temankan Kimi,"ucap Hakimi perlahan.
"Err... waalaikumsalam. Abang tak dapat lama ni, pukul sembilan pagi ni ada meeting dengan client." Zarul Hazreel berkata. "Ni... abang ada bawak bubur ayam yang Mak Ton masakkan untuk Kimi."
Beg plastik yang mengandungi tupperware berwarna biru itu diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil. Zarul Hazreel mengerling ke kiri dan ke kanan seperti mencari seseorang. "Ereen mana?"
Hakimi tidak menjawab pertanyaan Zarul Hazreel itu, sebaliknya dia memuncungkan bibirnya. "Huh..."
Zarul Hazreel perasan reaksi wajah yang dipamirkan oleh Hakimi itu. Apa kes pulak kali ni? Kimi... jangan-jangan mereka berdua berperang dingin lagi kot? Dia mengeluh panjang. "Kimi, jangan cakap yang Kimi suruh Ereen balik..."
"Biarlah dia balik. Kimi tak suka!" Sepantas kilat Hakimi memintas kata-kata Zarul Hazreel.
"Eh... tak baiklah cakap macam tu. Kira okey tau dia sanggup jaga Kimi. Lagi pun Ereen tu kan pembantu peribadi Kimi..."
"Kimi tak suka... Ereen terlampau caringlah abang..."
"Baguslah tu... sekurang-kurangnya dia ambil berat pasal kesihatan Kimi. kalau nak dibandingkan dengan dua ekor sotong yang..." Belum sempat Zarul Hazreel menghabiskan kata-katanya, Hakimi segera memintas.
"Kalau Kimi masih gemuk macam dulu, pasti dia takkan pandang Kimi!"
Zarul Hazreel kelu lidah untuk berkata. Ada betul jugak apa yang dikatakan tu. "Tapi Kimi kena ingat... pesanan terakhir dari arwah papa untuk Kimi..."
"Abang, pleaselah jangan mulakan... Kimi tak nak kahwin! Lebih-lebih lagi dengan Ereen..."
"Habis tu, Kimi nak kahwin dengan siapa?"
"Kimi tak suka perempuan! Abang pun tahu tu kan?!" Hakimi mencapai lengan kekar Zarul Hazreel, kemudian turun ke pergelangan tangan abang kembarnya itu. Direnungnya Zarul Hazreel dengan renungan yang penuh dengan harapan.
"Kimi... jangan cakap Kimi nak kahwin dengan abang... kita ni sama lelaki dan adik beradik! Salah di sisi agama dan undang-undang, dik. Berdosa besar! Takkan Kimi tak tahu," ujar Zarul Hazreel panjang lebar.
Hakimi terdiam. Ada genang di tubir matanya ketika ini.
Zarul Hazreel melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan katil. Dia mengerling Hakimi. "Kimi dah janji dengan abang, kan? Kimi nak berubah?"
"Ye... tapi Kimi tak boleh! Kimi dah cuba tapi tak bolehlah!"
"Jangan cakap macam tu."
Sedang dua beradik kembar itu bermukaddimah tentang naluri, daun pintu bilik wad itu dikuak dari luar dan dua susuk tubuh perempuan menapak masuk. Doktor Norhamisah dan diiringi oleh Ereen Natasya menapak ke arah katil.
"selamat pagi Hakimi, macam mana hari ni? Masih rasa sakit lagi tak di tempat luka tu?" Doktor Norhamisah bertanya. Senyuman dilempar ke arah Hakimi yang memejamkan matanya sambil diperhatikan oleh Zarul Hazreel.
"Kimi... doktor tanya tu," tegur Zarul Hazreel.
Hakimi menoleh ke arah Doktor Norhamisah. Dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia dalam keadaan yang baik. Dia mengerling pula ke arah satu figura gadis manis yang berdiri di sebelah Zarul Hazreel. "Hmm... kau, kan aku dah cakap tak payah sibuk nak jaga aku..."
Kata-kata Hakimi itu membuatkan Zarul Hazreel terpinga-pinga. Peliklah diorang ni, sekejap membahasakan diri saya dan awak. sekarang aku kau pulak?
"Kimi..." Belum sempat Ereen Natasya memulakan bicaranya...
"Assalammualaikum, dia ni Zafrul Hakimi ke?" Satu susuk yang mengenakan jubah hitam dan berpurdah menapak masuk ke dalam bilik wad Hakimi.
"Ya, ini bilik dia... Boleh saya tahu, awak ni siapa dan macam mana awak tahu Hakimi sedang dirawat di sini?" soal Zarul Hazreel seraya mendekatkan dirinya kepada wanita misteri yang tiba-tiba muncul itu. Renungan mata dia ni macam kenal aje... tapi siapa?
Ereen Natasya turut mengekori Zarul Hazreel yang menghampiri wanita itu. "Betul... kami tak pernah dedahkan kepada sesiapa pun di mana Hakimi dirawat untuk keselamatan dia.
"Oh, maaf. Saya Azera. Err... Saya dapat tahu Hakimi dirawat dekat sini sebab saya nampak status yang dia update di instagram awal pagi tadi. Saya dah lama follow dia. Jadi saya buat keputusan untuk datang melawat dia. Saya harap dia cepat-cepat sembuh."
"Err... maafkan saya, cik boleh keluar sebentar? Saya nak berbincang sesuatu dengan pesakit saya dan ahli keluarga dia." Doktor Norhamisah tiba-tiba bersuara. Dia juga turut berasa pelik, macam mana ada orang yang tiada kaitan boleh masuk melawat pesakitnya pada waktu ini.
"Oh, baiklah." Wanita misteri itu berundur satu tapak ke belakang seraya mengatur langkah keluar dari bilik itu. Tombol pintu dipulas seraya menoleh semula ke belakang. "Err... doktor cakap tadi... nak berbincang dengan ahli keluarga Hakimi ni... Tapi ni perempuan yang berdiri di sebelah katil tu..."
"Saya bakal isteri dia." Sepantas kilat Ereen Natasya memintas kata-kata wanita misteri itu.
What? Mustahil Hakimi ni akan berkahwin. Tak boleh jadi ni, monolog wanita misteri itu dalam hati. Dia segera keluar dari bilik itu. Daun pintu dihempasnya kuat.
"Apa kena dengan perempuan tu?" gumam Zarul Hazreel.
Zarul Hazreel dan Ereen Natasya serentak mengerling ke arah Hakimi yang sedang duduk menyandar di kepala katil. Hakimi pula membuang pandang ke arah dinding.
"Kimi... kenapa kimi update status bagitau yang Kimi sekarang ni sedang dirawat dekat sini? Kalau sotong dua ekor tu dapat tahu, macam mana?"
"Kimi bosan."
"Kalau bosan sekali pun, janganlah update status macam tu... Apa Kimi dah lupa yang Kimi sekarang ni dah jadi sasaran si sotong dua ekor tu?! Tengoklah keadaan Kimi sekarang ni macam mana? Malam kena serang dengan si Reyza, siangnya pulak Kimi kena tikam dengan si... siapa nama sotong sekor lagi tu?"
"Nizam..." sahut Hakimi perlahan. Dia mengerling ke arah Ereen Natasya. "Apa maksud kau cakap aku ni bakal suami kau?"
"Err... mmm... maafkan saya. Tapi, takkan awak dah lupa wasiat arwah papa awak tu..." Bergetar suara Ereen Natasya ketika itu. Dia segera menghampiri Doktor Norhamisah yang juga masih berada di dalam bilik itu. "Ibu..."
"Takpe Ereen... Mungkin Hakimi perlukan masa untuk terima Ereen sebagai bakal teman hidup dia," ujar Doktor Norhamisah sambil memeluk bahu Ereen Natasya.
Hakimi dan Zarul Hazreel terlopong sebaik sahaja mendengar serta melihat apa yang berlaku di hadapan mata mereka berdua.
Ereen Natasya mengerling ke arah dua jejaka sado kembar yang sedang melopong itu dengan senyuman terukir di bibirnya. "Kimi, Zarul... maaf sebab saya tak bagitahu korang berdua... Doktor Norhamisah ni adalah ibu kandung saya. Dia bekas isteri pertama ayah saya."
Share this novel