CH 21

Romance Series 14451

JAM sudah menunjukkan tepat pukul sembilan pagi. Hakimi dan Zarul Hazreel masih menjamu selera bersarapan bersama-sama dengan Mak Ton dan Pak Syam.

"Zarul, cepat sikit makan tu, lepas ni temankan Mak Ton pergi ke pasar basah." Mak Ton bangun dari kerusi sebaik sahaja selesai sarapan pagi bersama dua anak kembar arwah majikannya itu. "Tadi katanya nak sangat makan sotong goreng, kan?"

"Baiklah Mak Ton," sahut Zarul Hazreel sambil menghirup milo panas dan dia sempat mengerling ke arah Hakimi yang sedang menundukkan kepalanya. "Kimi... kenapa tu? Ada apa-apa masalah ke?"

"Tak... tak ada apa-apalah. Kimi okey."

"Kalau macam tu baguslah. Baiklah, Mak Ton... jom kita pergi ke pasar basah!"

Hakimi mengerling ke arah abang kembarnya itu. Abang Zarul nampak happy aje... kalaulah Abang Zarul tahu arwah papa meninggal disebabkan kebodohanku... abang... maafkan Kimi! Hatinya menjerit namun tak berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya ketika ini. "Kimi pun nak ikut sekali!"

Langkah Zarul Hazreel dan Mak Ton terhenti di hadapan pintu sebaik sahaja Hakimi bersuara. Kedua-duanya menoleh serentak ke arah Hakimi yang masih duduk di atas kerusi.

"Betul ni?" Zarul Hazreel bertanya.

"Yelah... abang ingat Kimi main-main? Naik kereta Kimi, biar Kimi drive!" Hakimi bingkas bangun dari kerusi dan merampas kunci keretanya yang diletakkan di atas meja kecil di sudut dinding dan segera mengatur langkah menapak ke arah Zarul Hazreel dan Mak Ton.

"Bahu Kimi tu macam mana? Kan cedera tu..."

"Takpe... cedera sikit aje pun. Tak jadi masalah."

"Okeylah kalau macam tu, jom." Zarul Hazreel memaut bahu Hakimi dan terus berjalan menuju ke garage.

"Aduh! Apa abang ni... Sakitlah!" Berkerut dahi Hakimi menahan sakit di bahu kirinya itu.

"Hah! Tadi katanya tak ada masalah. Kan masih sakit lagi tu, "ujar Zarul Hazreel. Dia sengaja menduga adik kembarnya itu.

"Alah... sikit aje ni, Kimi kuatlah... abang jangan risau!"

"Zafrul Hakimi bin Dato' Ahmad Zafreel, Zarul Hazreel bin Dato' Ahmad Zafreel... aku takkan lepaskan korang berdua. Setelah apa yang korang berdua buat pada aku! Tunggulah korang berdua!"

Pipinya yang masih jelas kesan dari tamparan tapak tangan yang dilayangkan oleh Zarul Hazreel masih jelas kelihatan. Begitu juga dengan bibirnya yang masih membengkak dan kesan luka juga masih jelas kelihatan. Hidungnya juga cedera teruk.

Akmal Reyza melabuhkan punggungnya di kerusi. Telefon bimbitnya yang diletak di atas meja ruang tamu itu diambil seraya mendail nombor seseorang. "Helo, Raffy... You dekat mana?"

"I sekarang dekat Penang. Ha, ada apa you call I? Jangan cakap you nak kembali bersama dengan I, sebab I takkan terima manusia jijik macam you jadi kawan rapat I lagi!" sahut bekas sahabat baiknya di hujung talian.

Akmal Reyza terpempan. Dia tidak menyangka teman baiknya itu sanggup berkata seperti itu. Cepat-cepat dia matikan panggilan seraya menghempas telefon bimbitnya ke atas lantai. "Tak guna! Semua bencikan aku! Apa salah aku, hah?!"

"MAK TON, lambat lagi ke? Dah banyak barang dibeli ni," soal Zarul Hazreel yang berjalan mengiringi Mak Ton di hadapan. Hakimi pula, hilang entah ke mana.

"Ye... nak balik la ni..." sahut Mak Ton seraya mengerling ke arah Zarul Hazreel yang berjalan di sebelahnya sambil membawa empat beg plastik berisi sotong dua kilo, dua ekor ayam yang sudah disembelih dan dicabut bulunya dan tiga kilogram daging segar. "Si Kimi mana?"

Zarul Hazreel melilau matanya mencari kelibat adik kembarnya, tetapi tidak kelihatan. "Hai... ke mana pulak perginya adik aku ni?"

"Cuba Zarul call dia," celah Mak Ton.

Telefon bimbit yang diselit dalam kocek seluarnya dikeluarkan dan segera mendail nombor Hakimi.

"Assalamualaikum abang, maaf Kimi dekat toilet sekarang... ni baru aje keluar," sahut Hakimi di dalam talian.

"Lah... Kimi dekat toilet rupanya. Cepat sikit, nak balik dah ni... abang dengan Mak Ton dah menunggu depan kereta Kimi."

"Okey..." Talian dimatikan. Telefon bimbitnya diselitkan semula ke dalam kocek seluar jeans birunya. Hakimi mengatur langkah menuju ke arah kawasan parking. Sedang dia berjalan, pandangan matanya tiba-tiba terpandang figura gadis yang sangat dia kenali, Ereen Natasya yang baru sahaja menapak keluar dari keretanya dan terus berjalan ke arah pasar basah. "Ereen!"

Langkah kakinya dipercepatkan untuk mengejar pembantu peribadinya itu. Baru aku teringat akan isi kandungan surat wasiat arwah papa. Serta-merta langkah kakinya terhenti. Buku limanya digenggam kuat. Tiba-tiba hatinya berasa sakit. Kalau dapat diputarkan masa, nak aje dia ubah balik pendiriannya selama ini. "Macam mana aku nak kahwin dengan Ereen... aku..."

"Kimi, kenapa ni? Tengah tengok siapa tu?" Dengan tiba-tiba sahaja satu suara garau menampar telinganya. Sepantas kilat dia menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Abang... ingatkan siapa tadi," ujar Hakimi perlahan.

"Kenapa? Kimi ingatkan siapa? Ni dah kenapa berdiri tercegat aje dekat sini, Mak Ton dah membebel tu... tunggu Kimi lama sangat." Zarul Hazreel berkata sambil menjuihkan bibirnya ke arah Mak Ton yang sedang berdiri di sebelah kereta Nissan Rouge S milik adik kembarnya itu.

"Abang... Kimi ada sesuatu nak cakap..."

"Apa dia? Kimi nak cakap apa pun boleh aje... tapi tunggu kita sampai rumah nanti, okey?" Lengan kekar adik kembarnya itu dipaut seraya langkah diatur menuju ke arah Mak Ton.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi lagilah dik... jom, kesian Mak Ton tunggu lama tu."

"Okey."

Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, sekali lagi pandangan mata Hakimi terpandang figura pembantu peribadinya yang sedang berdiri di sebelah keretanya dengan seseorang. "Ereen..."

Zarul Hazreel yang baru sahaja melabuhkan duduknya di kerusi penumpang hadapan cepat-cepat menoleh ke arah Hakimi. "Ereen? Mana?"

"Tu..." Hakimi menjuihkan bibirnya ke arah tiga buah kereta yang diparkir berhadapan dengan pasar basah itu. Dia perasan seorang lelaki sedang menarik lengan Ereen Natasya dengan kuat. "Itu... itu Nizam! Dia buat apa tarik lengan Ereen?!" Hakimi segera menapak keluar semula dari perut kereta dan bergegas berjalan ke arah Ereen Natasya dan Shahrul Nizam.

"Apa? nizam? Siapa pulak kali ni?" soal Zarul Hazreel bingung. Dia juga turut keluar dari perut kereta Nissan Rouge S itu.

"Hey... korang berdua nak pergi ke mana pulak tu? Hai... budak-budak ni!" bebel Mak Ton.

"Sekejap ye Mak Ton, Zarul nak pergi tengok diorang sekejap."

"Okey... jangan lama sangat!"

"HEY! Awak ni siapa? Awak nak bawak saya pergi mana ni? Saya nak baliklah... saya tak kenal awaklah... lepaskan saya!" Ereen Natasya meronta supaya dilepaskan. Semakin kuat dia meronta, semakin kuat genggaman tangan Shahrul Nizam menariknya menuju ke arah lorong di belakang pasar basah itu.

"Kau memang tak kenal aku, tapi aku kenal kau! Kau jangan ingat aku tak tahu, kau tu PA Hakimi, boyfriend aku! Disebabkan kau, hubungan aku dan dia sekarang ni renggang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience