CH 24

Romance Series 14451

"SELAMAT pagi Mak Ton."

"Ha... Kimi dah sihat? Alhamdulillah... akhirnya Kimi dah balik rumah," sahut Mak Ton.

Zarul Hazreel tersenyum. Tangannya memeluk erat bahu Hakimi di sebelahnya. "Mak Ton jangan risau... si Kimi ni kuat orangnya..."

Hakimi mengerling Zarul Hazreel. "Apalah abang ni... sakit tau!"

Zarul Hazreel tergelak. "Sakit apa pulak? Tadi kan Kimi cakap Kimi kuat. Beriya-iya sangat nak minta izin keluar dari wad."

Hakimi mendengus geram seraya menapak masuk ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa biru ruang tamu. "Kimi geram! Perempuan misteri yang berpurdah hitam tu selalu sangat datang ganggu Kimi!"

"Itulah... siapa suruh Kimi memandai-mandai update status siap letak location pulak tu?" bebel Zarul Hazreel seraya melabuhkan duduknya di sebelah Hakimi.

"Kimi bosanlah asyik duduk... baring aje. Tak ada exercise langsung!" Hakimi sudah memuncungkan bibirnya sambil berpeluk tubuh.

"Eleh... larat ke nak exercise dengan perut dah berjahit macam tu?" ejek Zarul Hazreel pula. Dia mengerling Hakimi lama. "Kimi kenal ke siapa perempuan tu? Siapa nama dia?  Abang terlupa pulak."

"Entah! Malas nak ambil tahu!"

"Eleh... poyo punya jantan!" Zarul Hazreel tergelak.

Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah menapak ke arah dapur.

Zarul Hazreel mengeluh melihat tingkah adik kembarnya itu. "Badan aje sado... tapi hati macam hati keropok!" Dia mengerling pula ke arah Mak Ton yang sudah pun menggeleng kepala. "Err... Mak Ton, minggu ni akan jadi minggu yang sibuk buat kita semua."

"Sibuk? Maksud Zarul macam mana tu?  Mak Ton tak faham," soal Mak Ton sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Tak payah nak garu kepala sangatlah Mak Ton... tu mamat sado yang dekat dapur tu... dia kan bakal jadi raja sehari," ujar Zarul Hazreel dengan senang hati.

"Maksud Zarul? Mak Ton tak faham," soal Mak Ton lagi.

Kini giliran Zarul Hazreel pula menggeleng kepala. "Hai... takkan Mak Ton dah lupa dengan wasiat papa..."

"Hah?!" Mak Ton terlopong.

Berdekah Zarul Hazreel ketawa melihat reaksi Mak Ton.

Hakimi yang mendengar Zarul Hazreel ketawa terbahak-bahak di ruang tamu itu segera menapak keluar dari arah dapur. "Ni dah kenapa abang ketawa macam hantu puntianak harum sundal malam aje ni?"

"Banyaklah kau punya sundal. Kimi ingat abang ni sundal ke?" sahut Zarul Hazreel geram.

"Dah... dah... tak payah nak banyak cakap. Sekarang ni... jom kita duduk bincangkan apa yang sepatutnya dibuat untuk majlis..." Pak Syam yang baru sahaja menapak masuk ke ruang tamu itu tiba-tiba mencelah tetapi belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Hakimi segera memintas.

"Majlis apa pulak ni?!"

"Majlis kenduri kahwin Kimi la..." sahut Mak Ton.

"Siapa cakap Kimi nak kahwin?!" Hakimi bertanya.

Ketiga-tiga manusia yang berada di hadapannya sudah pun menepuk dahi masing-masing.

Zarul Hazreel bingkas bangun dari sofa seraya menyambar pergelangan tangan Hakimi. Dia menarik lengan adik kembarnya itu supaya mengikutnya memanjat tangga seraya masuk ke dalam bilikya di tingkat dua.

Daun pintu dihempas kuat. Zarul Hazreel mencerlung tajam ke arah Hakimi yang berdiri di sebelahnya.

"Abang... apa semua ni? Kimi tak cakap pun yang Kimi nak kahwin dengan Ereen... dalam masa terdekat ni..." Belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sahaja Zarul Hazreel memagut bibirnya. Hakimi membalas.

Beberapa saat selepas itu Zarul Hazreel membuka butang bajunya satu persatu. Ada genang di tubir matanya. "Kimi... janji dengan abang, kalau Kimi sayangkan abang, Kimi kahwinlah dengan Ereen... Kalau Kimi berkeras tak nak kahwin, jadi ini adalah kali yang terakhir Kimi jumpa abang."

Apa aku nak buat ni? Abang... jangan pergi tinggalkan Kimi... Kimi sayangkan abang. Cuma abang seorang aje yang Kimi ada sekarang! Air mata jantan Hakimi tumpah di hadapan Zarul Hazreel. Dia tiada pilihan. "Abang... please jangan pergi tinggalkan Kimi..." Syarat apa yang abang kembar aku bagi ni? "Ba... baiklah. Kalau itu yang abang nak, Kimi terpaksa terima. Tapi... sebelum tu... Kimi nak..."

Zarul Hazreel sangat memahami renungan mata Hakimi itu. "Jom..."

________

"ZARUL... dah pagi dah ni. Tak bangun dan sarapan pagi ke?" Mak Ton risau dengan Zarul Hazreel yang masih tidak keluar dari bilik tidurnya. Dia beralih pula ke arah pintu bilik tidur Hakimi. Tombol pintu dipulas. "Eh, tak berkunci? Tapi bilik kemas aje ni... orangnya tak ada pulak."

Zarul Hazreel merenung wajah Hakimi yang tertidur di dalam pelukannya lama. Kimi, harapnya lepas ni kita tak buat benda bodoh ni lagi. Telefon bimbit yang diletakkan di meja sisi katil bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dengan perasaan malas, dia menyambar telefon bimbit itu. Tertera nama Mak Ton di skrin. "Selamat pagi Mak Ton... apalah Mak Ton ni... dalam satu rumah pun nak guna handphone jugak ke?"

"Zarul... Kimi pergi mana? bilik dia kemas aje... tapi batang hidung dia tak nampak pun?" Mak Ton bertanya di hujung talian.

Zarul Hazreel tersenyum. "Dia pergi ke mana aje Mak Ton?  Dah periksa betul-betul ke dalam bilik dia?  Ke... dia ada di dalam bilik air masa Mak Ton buka pintu bilik dia?"

"Ye tak ye jugak... Mak Ton tak terfikir pulak. Mungkin dia mandi ke buang air ke? Tadi Mak Ton cuma tengok dari pintu aje... tak masuk pun..." jawab Mak Ton.

"Mungkin dia tengah mandi tu, Mak Ton... Takpelah, kejap lagi Zarul turun ke bawah dan akan periksa bilik dia." ujar Zarul Hazreel seraya menamatkan talian. Dia bingkas duduk seraya menyandar di kepala katil. Hakimi yang masih terlena di sebelahnya dikerling. Perlahan tangannya mengusap lembut rambut adik kembarnya itu. "Kimi... bangunlah, dah pagi ni. Mak Ton dah membebel dekat bawah tu."

"Hmm... tak nak." Ringkas saja jawapan dari Hakimi.

Zarul Hazreel bingkas bangun seraya menyambar tuala seraya melilitkannya di pinggang. Dia mengeluh perlahan. "Kimi ni... kalau dilayan, semakin menjadi-jadi manja dia. Sebelum Mak Ton naik ke atas ni sekali lagi, baik abang pergi mandi cepat-cepat."

"Abang tunggu!  Kimi pun nak mandi sama!" Tiba-tiba sahaja Hakimi bingkas bangun dengan keadaannya yang tiada seurat benang pun di tubuh sasanya.

"Tak payah! Kimi pergi aje mandi dalam bilik Kimi sendiri. Abang nak cepat... tak ada masa nak layan Kimi." sahut Zarul Hazreel seraya menutup daun pintu bilik air rapat-rapat.

Hakimi mendengus geram. "Okey... takpe! Kalau macam tu, Kimi takkan berkahwin dengan Ereen!"

"Jangan nak mengada-ngada! Pergi mandi di bilik mandi Kimi sendiri! Cepat sikit berkemas, abang akan bawa Kimi pergi pejabat agama untuk daftar nama Kimi..." laung Zarul Hazreel dari dalam bilik air.

"Kimi tak nak!"

Daun pintu bilik air itu dikuak dari dalam. Terpacul figura Zarul Hazreel yang berkeadaan basah lencun serta dipenuhi dengan buih sabun menyelimuti tubuh sasanya. Dia mencerlung tajam ke arah Hakimi yang berdiri tercegat di hadapan pintu. "Kimi serius tak nak kahwin dengan Ereen? Apa Kimi dah lupa dengan apa yang abang cakap  semalam?"

Hakimi terkedu. Buku limanya dikepal kuat. Geram! Aku sayang abang kembar aku! Cuma dia aje yang aku ada...

"Kimi... janji dengan abang, kalau Kimi sayangkan abang, Kimi kahwinlah dengan Ereen... Kalau Kimi berkeras tak nak kahwin, jadi ini adalah kali yang terakhir Kimi jumpa abang."

Sekali lagi kata-kata yang diungkapkan oleh Zarul Hazreel kembali berlegar di cuping telinga Hakimi. Dia menunduk merenung lantai. Kemudian dia membuang pandang ke arah tingkap bilik Zarul Hazreel. Linangan air mata sudah pun bercucuran mengalir di pipi. Selepas itu dia membuang pandang ke lantai juga. "Baiklah... kalau ini yang abang nak... Kimi terpaksa ikut. Kim... Kimi se... set... Kimi setuju untuk berkahwin dengan Ereen."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience