"TAYAR kereta ni... waktu macam ni jugak dia nak bocor!" Pintu di sebelah pemandu produa axia itu dibuka semula seraya meloloskan dirinya masuk semula ke dalam perut kereta Produa Axia itu. Ereen Natasya menghempaskan punggungnya di kerusi pemandu.
"Mana pulak si Kimi ni? Dah berkarat aku menunggu. Satu jam lebih dah ni!" gumam Ereen Natasya sambil tangannya mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas kerusi sebelah seraya membuka aplikasi WhatsApp dan jarinya ligat menaip mesej.
Assalammualaikum Aryan, boleh bagi nombor Hakimi tak? Dia tak sampai-sampai lagi ni.
~ Ereen Natasya.
Okay sekejap.
~ Aryan Syah.
Pedal minyak Nissan Rogue S ditekan sepenuh hati. Hakimi harus berada di pejabatnya sebelum mesyuarat bermula. Otaknya ligat memikirkan kenapa papanya membenarkan Ereen Natasya menjadi pembantu peribadinya? "Papa ni pun satu, buat keputusan tak nak berbincang dulu! Bosanlah hidup aku lepas ni, dapat PA perempuan! Si minah perasan hot pulak tu!"
Hakimi membebel sepanjang perjalanan sehinggalah matanya terpandang sebuah kereta Produa Axia berwarna putih yang berhenti di bahu jalan. "Nombor pendaftaran kereta tu macam pernah nampak aje. Ah, biarlah. Tak ada kena mengena dengan aku pun!"
Nissan Rogue S itu dipandunya perlahan, dia sempat mengerling ke arah pemandu. Hakimi mengecilkan matanya sebaik sahaja pandangan matanya tertumpu kepada figura gadis yang dikenalinya. "Ereen? Dekat sini rupanya makhluk tu?!"
Nissan Rogue S itu diberhentikan di hadapan produa axia berwarna putih itu. Hakimi segera menapak keluar dari perut keretanya dan terus berjalan menghampiri kereta produa axia itu dan segera mengetuk tingkap. Kelihatan Ereen Natasya sedang berpeluk tubuh sambil mengetap bibirnya.
"Siapa pulak mamat sado ni? Lain yang ditunggu, lain pulak yang datang. Takpelah kalau dia nak tolong aku, nak harapkan Hakimi, sampai sekarang tak datang-datang." Ereen Natasya bermonolog seraya menapak keluar dari perut keretanya.
"Hoi perempuan, kau buat apa dekat sini?" tegur Hakimi sebaik sahaja Ereen Natasya menapak keluar dari perut keretanya itu.
Eh! Mamat ni dah kenapa? Datang-datang aje nak marah. Dia tu siapa? Menyampahnya aku! "Maaf Encik, begitu ke cara encik menegur perempuan?"
"Ni ha... tayar kereta ni bocor... Kalau tak, tak ada maknanya saya nak berhenti dekat tepi jalan ni..." sambung Ereen Natasya lagi seraya bersandar di sisi keretanya itu.
Hakimi tidak menjawab sebaliknya dia sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.
Ereen Natasya mengecilkan matanya mengerling ke arah Hakimi yang seolah-oleh tidak mempedulikan dirinya. Dia bengang lelaki tinggi lampai bertubuh sasa yang berdiri di hadapannya tidak mempedulikan kata-katanya. "Helo encik, kalau encik berhenti di sini semata-mata untuk mengejek saya, rasanya lebih baik encik pergi masuk semula ke dalam kereta encik dan teruskan perjalanan encik..."
"Dah! Jom ikut aku! Aku nak cepat ni... ada meeting sekejap lagi!" tegas Hakimi tanpa memandang ke arah Ereen.
"Hah?! Ikut encik? Nak buat apa? Kita bukannya kenal pun," balas Ereen Natasya risau.
Hakimi tergamam. Eh? Ereen tak kenal dengan aku ke? Kalau macam tu, baguslah. Senang hati aku. Dia menoleh ke arah Ereen Natasya yang kini jauh lebih ayu dari tiga tahun yang lalu. Malah Ereen Natasya sudah mengenakan tudung shawl berwarna hijau muda. Nampak ayu. "Huh! Ayu jugak perempuan ni sekarang."
"Hah?" Ereen Natasya mengerutkan dahinya.
"Dah... jangan banyak alasan! Jom ikut aku."
"Tak! Saya nak tunggu bos baru saya!" Ereen Natasya menolak pelawaan Hakimi seraya meloloskan diri masuk semula ke dalam perut kereta Produa Axianya Itu.
Telefon bimbitnya diambil dan nombor yang diberikan oleh Aryan Syah sebentar tadi didail.
Hakimi tersenyum melihat gelagat Ereen Natasya yang juga merupakan pembantu peribadinya yang baru itu nampaknya sedang kalut untuk mendail nombor telefon seseorang.
Tiga saat selepas itu, telefon bimbit Hakimi berdering. Ereen Natasya berasa pelik kerana telefon bimbit Hakimi berdering sebaik sahaja dia mendail nombor yang Aryan Syah berikan. Hakimi menjawab panggilan itu.
"Hoi! Cepatlah... nak buat apa duduk lama-lama dalam kereta tu?!"
Ereen Natasya terpempan sebaik sahaja mendengar suara lelaki yang menjawab panggilannya adalah lelaki yang berdiri sambil menyandar di sisi kereta produa Axia miliknya itu. Sepantas kilat dia menapak keluar dari perut kereta dan berdiri tegak di hadapan jejaka yang berdiri sambil berpeluk tubuh dan mengerling tajam ke arah dirinya.
Ereen Natasya terlopong.
Hakimi menjongketkan kening kirinya di hadapan Ereen Natasya. Tangan kanannya mendarat pada bucu pintu kereta Perodua Axia itu. "Kau ni dah kenapa melopong macam tu? Dah, jom ikut aku cepat. Kejap lagi ada orang akan bawa kereta buruk kau ni ke bengkel."
Kereta buruk dia cakap?
"Kimi? Awak ni... Zafrul Hakimi bin Dato' Ahmad Zafreel?" Ereen Natasya mahukan kepastian.
"Kenapa?" soal Hakimi ringkas sambil membelakangi Ereen Natasya.
"Bu... bukan ke Hakimi yang saya kenal dulu..." kata-kata Ereen Natasya terhenti.
"Gemuk, si debab, gajah mammoth, si tangki air?" pintas Hakimi seraya meloloskan meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta Nissan Rogue S miliknya itu dan diikuti oleh Ereen Natasya.
Takkanlah Kimi boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah macam ni sekali? Aku tak sangka! Tiga tahun aku tak jumpa dia. Tapi masa final year dulu aku ada dengar Alia cakap si Kimi banyak habiskan masa dia dekat gym bersama-sama dengan Wan Hazreel. Jangan-jangan dia jadi macam ni disebabkan oleh aku kot? Kimi... maafkan aku. Dah lama kot aku nak jumpa kau untuk minta maaf pasal kejadian tu, tapi aku malu Kimi... aku malu! Ereen Natasya bermonolog dalam hati sambil matanya melekat mengerling tepat ke seluruh tubuh Hakimi yang sedang fokus memandu sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya itu.
"Okey sayang, petang nanti saya datang jemput awak ye! Mmuah!"
Berkerut dahi Ereen Natasya mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh jejaka sado di sebelahnya itu.
"Untunglah orang tu, kan? Dah ada buah hati sekarang..." Ereen Natasya memulakan bicara.
Hakimi hanya mendiamkan dirinya. Sibuk la perempuan ni, suka hati akulah! Dia malas dan tiada hati nak bercakap dengan Ereen Natasya.
Suasana sepi sepanjang perjalanan. Hakimi langsung tidak mempedulikan gadis yang duduk di sebelahnya. Ereen Natasya pula terasa seperti dirinya seorang halimunan. Hakimi langsung tidak menoleh dan mempedulikan apa yang dia luahkan. Berkali-kali Ereen Natasya menyatakan yang dia meminta maaf di atas perbuatannya yang memalukan Hakimi di khalayak ramai tiga tahun yang lalu, tetapi tetap tiada respon dari jejaka itu.
Share this novel