CH 17

Romance Series 14451

"ZARUL, sekarang Zarul dah kembali ke pangkuan papa, papa janji takkan tinggalkan anak papa ni lagi," ujar Dato' Ahmad Zafreel sambil memeluk erat tubuh Zarul Hazreel, anak kembar sulungnya yang terpisah sejak dua puluh enam tahun yang lalu.

Zarul Hazreel tidak menjawab pujukan papanya itu, sebaliknya dia memeluk papanya dengan lebih erat seperti tak dapat dipisahkan lagi. 

"Papa... sebelas tahun Zarul cari keluarga kandung Zarul, pa... Zarul tak tahu selama ini keluarga yang Zarul cari-cari selama ni berada di depan mata. Zarul sedih papa, sunyi, kecewa sangat, kenapa papa? Kenapa papa dan mama serahkan Zarul kepada orang lain?" Zarul Hazreel kembali bersuara namun esakannya masih jelas kedengaran.

"Papa tak tahu, seandainya papa tahu, papa takkan benarkan mama Zarul serahkan anak papa ni pada orang lain," jawab Dato' Ahmad Zafreel pula sambil mengucup dahi anaknya yang dianggapnya sudah meninggal dunia semasa bayi itu.

"Zarul, ma... maafkan Mak Ton, Mak Ton jugak bersalah pada Zarul dan Mak Ton dah agak yang satu hari nanti Zarul akan mengetahui akan perkara ini jugak," bicara Mak Ton setelah mendiamkan dirinya.

Zarul Hazreel masih memeluk papanya dengan erat, kepalanya disembamkan ke dada bidang papanya itu, air matanya juga masih deras berlinangan membasahi pipi dan kelopak matanya juga sudah pun membengkak.

"Zarul, Dato'... Mak Ton rasa sudah tiba masanya untuk Mak Ton ceritakan kepada Dato' dan Zarul perkara yang sebenarnya, apa yang berlaku sebenarnya," ujar Mak Ton.

~~~~~

"Puan, sekejap lagi Encik Zafreel sampai, puan tak nak pesan  apa-apa ke?" soal Mak Ton kepada Puan Ariana.

"Tak, saya tak nak apa-apa, Mak Ton... saya hanya perlukan suami saya aje masa ni. Saya nak Abang Zafreel ada bersama saya semasa melahirkan anak saya," ujar Puan Ariana sambil mengusap perutnya yang memboyot besar itu. "Mak Ton, yang sebenarnya... doktor ada cakap anak yang saya kandung ni sebenarnya kembar." 

"Ye ke puan? Wah, Encik Zafreel tahu tak pasal ni?" soal Mak Ton pula.

"Belum lagi Mak Ton, saya belum bagitahu lagi, saya nak bagi kejutan buat dia," ujar Puan Ariana.

Puan Ariana sengaja tidak memberitahu kepada suaminya, Encik Ahmad Zafreel mengenai kandungannya. Encik Ahmad Zafeel baru saja balik dari London dua minggu yang lepas. Sepanjang tempoh Puan Ariana mengandung, Encik Ahmad Zafreel hanya berhubung dengan isterinya melalui panggilan telefon sahaja. Dia bercadang untuk membawa  isterinya berpindah ke Kota London sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Tetapi Puan Ariana yang juga merupakan anak tunggal kepada Syed Ridhwan Al-Muttaqim, saudagar permaidani dari Arab Saudi  itu berkeras tidak mahu mengikut suaminya ke kota London.

Beberapa saat selepas itu, Mak Ton mendapati Puan Ariana seperti menahan sakit, Mak Ton yakin masa untuk Puan Ariana melahirkan bayi kembarnya sudah tiba.

"Mak Ton, sakit..." adu Puan Ariana.

Mak Ton perasan di bahagian selakangan Puan Ariana sudah dibasahi dengan air ketubannya.

"Tolong Mak Ton, sakit..." kata Puan Ariana sekali lagi sambil menangis.

"Puan, puan dah nk bersalin dah ni, saya pergi panggilkan doktor sekejap ye" ujar Mak Ton seraya berlari pergi mendapatkan doktor.

Encik Ahmad Zafreel yang kebetulan baru sahaja datang ke wad itu terus berlari mendapatkan isterinya sebaik mendapati Mak Ton berlari pergi mendapatkan doktor. "Sayang, dah nak bersalin?" 

"Ye abang, sakit..." jawab Puan Ariana.

"Sayang bertahan, abang pergi panggilkan doktor," sahut Encik Ahmad Zafreel pula.

Puan Ariana tidak melepaskan genggamannya pada pergelangan tangan suaminya itu. "Abang, jangan tinggalkan Ana, Ana nak abang ada di sisi Ana saat kelahiran anak-anak kita!" 

Encik Ahmad Zafreel terkejut. "Anak-anak?"

"Abang, anak kita kembar..." jawab Puan Ariana sambil mengerutkan dahinya menahan kesakitan.

"Apa? Betul ni?" Encik Ahmad Zafreel bertanya.

"Encik, maafkan saya, kami nak bawa Puan Ariana masuk le bilik bersalin, encik juga boleh ikut sekali," ujar Doktor Nora mencelah.

.......

Dua jam berikutnya..

SELEPAS dua jam, Mak Ton masih menunggu di hadapan pintu bilik bersalin. "Ya Allah... kau permudahkanlah segala urusan dan sejahterakanlah keselamatan Puan Ariana dan anak-anaknya. 

Beberapa saat selepas itu, pintu bilik itu dikuak dari dalam dan Encik Ahmad Zafreel menapak keluar dari bilik itu bersama dengan senyuman lebar terukir di bibir.

"Encik Zafreel, macam mana?" Mak Ton bertanya.

"Alhamdulillah Mak Ton, Ana dah selamat bersalin, bayi kembar lelaki," jawab Encik Ahmad Zafreel sambil tersenyum kegembiraan, dia bersyukur ketiga-tiganya, isteri bersama dua bayi kembar  lelakinya berada dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah..." balas Mak Ton, syukur.

Setelah selesai  kedua-dua bayi lelaki comel itu diazankan berserta iqamat, Encik Ahmad Zafreel menghampiri isterinya semula seraya mengucup dahi isterinya lembut.

"Terima kasih sayang, sekarang keluarga kita sudah pun lengkap," bisik Encik Ahmad Zafreel tepat di telinga Puan Ariana.

Beberapa saat selepas itu Encik Ahmad Zafreel menyatakan hasratnya untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, untuk mendaftarkan nama bayi kembar mereka.

"Sayang, abang nak pergi daftarkan kelahiran bayi kembar kita, sayang nak abang bagi nama apa untuk anak-anak kita?" ujar Encik Ahmad Zafreel seraya bertanya.

"Zarul, Ana nak namakan Zarul Hazreel. Abang bagilah nama untuk baby bongsu pulak," jawab Puan Ariana  dengan tenang.

"Abang nak namakan dia Hakimi, Zafrul Hakimi... okey tak nama tu?" soal Encik Ahmad Zafreel pula.

"Okey..." sahut Puan Ariana perlahan sambil mengerling suaminya, Encik Ahmad Zafreel yang sedang khusyuk membelai lengan kanan salah seorang dari anak kembarnya itu.

"Tanda lahir... sayang, yang sulung ni ada tanda lahir," ujar Encik Ahmad Zafreel.

"Ye abang, Zarul ada tanda lahir. Adiknya pulak tak ada," sahut Puan Ariana.

Pada masa yang sama juga di katil sebelah Puan Ariana ada sepasang suami isteri, Wan Rahman dan Puan Asyikin memerhati gelagat Encik Ahmad Zafreel dan Puan Ariana.

Mak Ton sempat  berbual-bual dengan pasangan itu. Dia juga perasan di lengan kanan bayi mereka juga ada tanda lahir.

Encik Wan Rahman dan Puan Asyikin sudah berkahwin selama empat belas tahun namun tidak mempunyai anak, ini adalah kelahiran anak pertama mereka.

Setelah tiga puluh minit berikutnya, sedang Puan Ariana menyusukan Zarul, manakala Mak Ton pula sedang mengendong Hakimi. Puan Asyikin tiba-tiba menangis sambil memanggil bayinya. Pada masa itu juga suaminya Encik Wan Rahman juga tidak kelihatan.

"Tolong! Anak saya tak bergerak!" teriak Puan Asyikin.

"Akak, kenapa dengan bayi akak?" soal Puan Ariana terkejut.

"Tak tahu, akak tengah menyusukan anak akak, tiba-tiba aje dia kaku," jawab Puan Asyikin berserta esakannya.

Mak Ton segera membaringkan semula Hakimi di sebelah Puan Ariana seraya bergegas menghampiri Puan Asyikin. Dengan pantas Mak Ton meraih tubuh bayi lelaki yang sudah kaku dari pelukan Puan Ariana.

"Ya tuhan, sejuk!" Itulah reaksi pertama Mak Ton sebaik sahaja menyentuh tubuh bayi lelaki itu.

Puan Asyikin sudah pun menangis semahu-mahunya. Mak Ton segera menyerahkan bayi itu kepada Puan Asyikin seraya berlari untuk mendapatkan doktor. Mak Ton terserempak dengan Encik Wan Rahman .

"Encik, an... anak encik..." kata Mak Ton sebelum dipintas oleh Encik Wan Rahman.

"Kenapa dengan anak saya?!"

"Anak encik, badan dia sejuk dan kaku!"

Encik Wan Rahman segera berlari mendapatkan isteri dan bayinya. Mak Ton pula pergi memanggil doktor.

Setelah hampir  sepuluh minit Mak Ton kembali bersama dengan seorang doktor. Namun apa yang mengejutkan Mak Ton pada masa itu, dia mendapati bayi lelaki Puan Asyikin masih bernyawa, manakala Zarul pula sudah kaku di dalam pelukan Puan Ariana.

Pelik, takkanlah bayi tu boleh hidup semula, dan Zarul pula yang kaku?  Tapi baju! Baju Zarul berwarna biru, baju bayi Puan Asyikin tadi warna kuning. Jangan-jangan... Monolog Mak Ton dalam hati. Segera dia menoleh ke arah bayi yang di dalam pelukan Puan Ariana itu.

"Zarul? Ken... kenapa..." soal Mak Ton sebelum kata-katanya dipintas oleh Puan Ariana.

"Mak Ton, tolong rahsiakan perkara ni dari Abang Zafreel," pinta Puan Ariana sambil mengesat air matanya yang sudah pun berjuraian di pipi.

"Tapi kenapa puan buat begini?" soal Mak Ton inginkan kepastian.

"Mak Ton, saya kesian dengan Akak Ekin, empat belas tahun mereka berkahwin, baru sekarang mereka dikurniakan anak tapi sekarang anak mereka sudah tiada, saya tak sanggup Mak Ton, saya faham perasaan Akak Ekin," balas Puan Ariana panjang lebar.

"Encik Wan, Akak Ekin... tolong jaga Zarul macam anak kandung sendiri. Saya mohon jangan ubah nama belakang dia..." sambung Puan Ariana lagi.

Encik Wan Rahman hanya menganggukkan kepalanya.

"Baiklah Anna, akak janji akan beri kasih sayang sepenuhnya pada Hazreel. Akak janji," balas Puan Asyikin sambil mengusap air matanya.

~~~~~~

"ITULAH yang sebenarnya berlaku, Zarul, Dato'. Maafkan Mak Ton kerana merahsiakan hal ini dari pengetahuan Dato'," ujar Mak Ton kesal.

Dato' Ahmad Zafreel mengusap lembut rambut Zarul Hazreel yang masih lagi berada di dalam pelukannya.

"Takpe Mak Ton, perkara itu semuanya dah lama berlalu, yang penting sekarang Zarul sudah kembali ke pangkuan saya. Saya sangat rindukan anak saya yang seorang ni Mak Ton. Dulu saya cuma dapat bersua dan bermanja dengan Zarul hanya tiga jam. Saya tak nak berpisah dengan anak-anak saya lagi." Dato' Ahmad Zafreel berkata dengan panjang lebar.

Zarul Hazreel mula melepaskan pelukan papanya.

"Kimi, papa... Kimi... Zarul nak jumpa  Kimi, dia wajib tahu perkara ini pa..." ujar Zarul Hazreel seraya bingkas bangun dan segera mengatur langkah berjalan menuju ke tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

Kimi... adik... Kimi adik kandung aku, saudara kembar aku, aku wajib jaga dan bimbing dia, aku janji aku akan kembalikan Kimi, Zafrul Hakimi yang dulu, aku jugak sudah terjebak dengan dunia songsang kerana Kimi, aku janji, aku akan bawa adik aku keluar dari dunia songsang ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience