CH 13

Romance Series 14451

PUNGGUNGNYA dihempas di atas kerusi pejabatnya. Jarinya ligat mengetuk meja seraya menekan butang interkom.

"Ereen, masuk bilik aku now," arah Hakimi. Lembut suaranya.

"Baiklah Tuan Hakimi," jawab Ereen Natasya di hujung talian interkom itu.

Satu detik.

Dua detik.

Tiga detik.

Pintu diketuk.

"Masuk." Hakimi berkata.

Daun pintu bilik pejabat itu dikuak dari luar dan satu figura gadis ayu berbaju kurung biru berbunga halus serta mengenakan shawl berwarna biru muda.

Hakimi mengerling pembantu peribadinya yang baru menapak masuk itu dari atas hingga ke bawah. Ereen, kau tetap ayu dan menawan, tapi malangnya hati dan nafsu aku langsung tiada lagi untuk kau. 

"Tuan, ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Ereen Natasya bertanya.

Hakimi tidak menjawab pertanyaan pembantu peribadinya itu, pandangan matanya masih melekat pada gadis itu dengan renungan yang sayu.

"Tuan?" 

"Oh, maaf. Err... Ereen, mulai dari saat ni, awak panggil aje saya Kimi, tak perlu panggil tuan lagi," ujar Hakimi selamba.

Ereen Natasya terkejut seraya terlopong. Eh? Aku bermimpi ke apa ni? Tetiba aje berawak saya pulak ni... 

"Dah... tak payah awak nak melopong macam tu... menyampah pulak saya nak tengok," tegur Hakimi sambil jarinya sibuk menekan papan kekunci komputer di atas meja kerjanya. Baru sahaja dia menekan punat enter di papan kekunci itu, pandangan matanya melekat pada paparan ayat-ayat yang mengejutkannya.

Hai Darling... I really miss you!
Sorrylah I tinggalkan you tiga tahun ni...
I janji, I akan luangkan lebih masa I untuk bersama dengan you...

By the way...
Kalau I dapat tahu you abaikan I selepas ni,
I akan goda papa you,
You kena ingat satu perkara...
Papa you tu dah lama berpuasa, so... tak mustahil jika I dapat bagi dia rasa service I macam mana, tak mustahil dia akan sangkut dengan I, and after that... I boleh buat apa sahaja yang I nak!

You kena ingat tu!

Mendidih serta menyirap darah Hakimi sebaik saja dia membaca mesej yang ditinggalkan oleh Akmal Reyza di dalam fail dokumen kerja miliknya. Malah yang lebih menyakitkan hatinya, dokumen-dokumen yang akan dia bentangkan untuk mesyuarat pukul dua setengah petang ini juga telah dibuang oleh Akmal Reyza.

Buku limanya digenggam kuat. Seandainya Akmal Reyza berada di depan matanya sekarang, sudah tentu habis lunyai mamat kunyit itu dia belasah cukup-cukup.

Hakimi mendengus geram.

"Err... tuan, kalau tak ada apa-apa, saya nak minta diri dulu," ujar Ereen Natasya. Dia perasan dengan tingkah dan riak wajah Hakimi itu, oleh itu dia segera meminta diri untuk keluar dari bilik pejabat itu.

"No, wait... Aku nak tanya, kenapa kau benarkan sotong gila tu masuk ke dalam bilik aku?!" soal Hakimi dengan nada suara yang agak meninggi.

Ereen Natasya yang terkejut dengan perubahan mendadak Hakimi itu terhenjot kedua belah bahunya.

"Mma... maaf tuan, sa... saya dah cuba halang dia tadi. Tapi dia berdegil nak masuk jugak. Malah handphone saya juga dia hempas ke lantai," cerita Ereen Natasya kesal seraya mengeluarkan telefon bimbit miliknya yang sudah pun hancur berkecai skrinnya kepada Hakimi.

Hakimi bingkas bangun dari kerusi seraya menyambar telefon bimbit berjenama samsung milik pembantu peribadinya itu.

Ya! Benar, skrin handphone ni hancur! Tak guna punya jantan sotong! Aku takkan biarkan sotong ni mengganggu orang-orang yang rapat dengan aku! Eh?! Apa aku fikir ni? Ereen ni bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan aku, ah, takpelah, Ereen ni PA aku... so automatically dia juga rapat dengan aku. Hakimi bermonolog dalam hati. Dia mengerling ke arah Ereen Natasya pula. "Biar betul ni? Sampai hancur skrin handphone awak dia kerjakan. Jadi handphone ni sekarang masih boleh guna lagi tak?" 

Ereen Natasya menggelengkan kepalanya. "Tak tuan, dah tak boleh switch on, kalau dapat pun, skrin dia akan gelap setengah." 

"Err... awak, kan saya dah cakap tadi. Mulai dari saat ini, awak tak payah panggil saya Tuan Hakimi lagi... panggil aje saya Kimi, macam dulu-dulu," kata Hakimi seraya mengembalikan semula telefon bimbit itu kepada Ereen Natasya.

"Bb... baiklah... Kimi," balas Ereen Natasya perlahan. Yang dia tadi tiba-tiba berkau aku balik tu... hai sabar ajelah aku! 

"Good..." sahut Hakimi seraya melabuhkan semula duduknya di atas kerusi dan kembali merenung skrin komputer.

"Err... Ereen, tengok sini sekejap, saya rasa saya tak perlu rahsiakan hal ini pada awak, awak tengoklah sekarang si jantan mangkuk sotong tu musnahkan proposal yang dah saya sediakan untuk mesyuarat petang ini. Malah awak baca ajelah mesej dajal yang dia tulis dalam ni." Hakimi berkata sambil menunjukkan mesej yang ditinggalkan oleh Akmal Reza.

Ereen Natasya bungkam. "Ya Allah, teruknya!" bisiknya di sebelah Hakimi.

"Itulah... saya sedar ini semua salah saya. Saya menyesal berkawan dengan dia..." Hakimi berkata dengan nada kesal.

"Petang ni, masaklah saya kena dengan papa dan abang Wan, proposal yang si sotong tu buang sangat penting untuk mesyuarat petang ni... Mana saya ada masa nak siapkan semula? Sekarang ini pun dah pukul dua suku," sambung Hakimi lagi.

Jeda.

"Kimi... saya ada sesuatu nak cakap." Ereen Natasya membuka kata setelah masing-masing mendiamkan diri.

"Awak nak cakap apa?" soal Hakimi, bingung.

"Pasal proposal tu, awak dah lupa ke? Bukan ke hari tu awak suruh saya buat salinan proposal untuk mesyuarat hari ini? Kan Kimi ada cakap, kita kena bersedia dari sebarang kemungkinan," ujar Ereen Natasya sambil memberikan senyuman manis untuk Hakimi.

Hakimi terpaku sebaik sahaja Ereen Natasya memberikan senyuman untuk dirinya. Cantiknya. "Oh, okey... saya terlupa pasal itu. Jadi, awak ada buat tak salinan tu?" 

"Ada, sekejap... saya pergi ambilkan," kata Ereen Natasya seraya mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Hakimi.

Hakimi bingkas bangun dari kerusi itu dan berjalan mengiringi Ereen Natasya keluar dari bilik pejabatnya.

Sedang Ereen Natasya membelek-belek beg tangannya untuk mengambil pen drive yang mengandungi salinan proposal untuk mesyuarat hari ini, dia tidak perasan Hakimi sudah pun berdiri tegak di belakangnya. Sebaik sahaja pen drive diambil, dia kembali berdiri tegak seraya berpaling ke belakang. Oleh itu, secara tidak sengaja dahi Ereen Natasya bertembung dengan bibir Hakimi.

Chup!!

Kini bibir Hakimi betul-betul melekat di bahagian tengah dahi Ereen Natasya.

Setelah beberapa saat, Hakimi berundur selangkah ke belakang seraya mengelap bibirnya.

"Mm... maaf Kimi... sa.. saya tak sengaja, tak perasan pulak awak berdiri di belakang saya." Ereen Natasya berkata sambil menundukkan kepalanya.

"Takpe, silap saya jugak... saya..." kata-kata Hakimi terhenti.

"Nah, semua proposal yang Kimi nak tu ada dalam pen drive ni," pintas Ereen Natasya sambil menghulurkan pen drive berbentuk hati, dan dilekatkan gambar Hakimi dan ada tulisan tangan pada pen drive itu.

Hakimi terpaku dan lidahnya kelu untuk berkata. Dia terkejut, Ereen Natasya dalam diam cintakan dia sebaik sahaja terbaca tulisan di bahagian bawah pen drive itu.

I love You Zafrul Hakimi
I'm sorry for what have I done .

Hakimi kembali mengerling Ereen Natasya yang berdiri di hadapannya dan masih menundukkan kepala merenung lantai.

Ereen, maaf aku tak dapat terima cinta dari kau... hati aku ni masih sakit, Ereen. Kalaulah dulu kau terima cinta aku pada kau, mungkin aku tak jadi macam ni. Maafkan aku. Jam tangan dikerling. "Okey, dah pukul 2.30 petang, jom masuk meeting room."

Ereen Natasya mengangguk dan segera mengambil fail dokumen untuk dibawa.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

SELESAI sahaja mesyuarat yang mengambil masa hampir tiga jam pada petang ini, Hakimi membawa Ereen Natasya keluar bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang.

"Awak, ini saya hadiahkan untuk awak," ujar Hakimi kepada Ereen Natasya sambil tangannya menghulur beg kertas yang mengandungi iPhone yang baru sahaja dibelinya sebentar tadi.

"Eh, awak... apa ni? Tak payahlah susah-susah belikan untuk saya..." Ereen Natasya menolak.

"Takpe, saya ikhlas bagi dekat awak, awak sekarang ni tak ada handphone... nanti susah saya nak hubungi awak. Awak kena ingat, awak tu pembantu peribadi saya, pe... ri... ba... di..." Sengaja Hakimi menekan perkataan peribadi kepada Ereen Natasya.

"Err... kalau macam itu, baiklah saya terima." Ereen Natasya terpaksa terima pemberian pertama dari Hakimi. Terima kasih Kimi, saya amat menghargai pemberian awak.

Sedang Hakimi dan Ereen Natasya berjalan berdua-duaan bersiar-siar, dengan tiba-tiba bahu Hakimi disentuh oleh seseorang.

"Hai awak..."

Hakimi menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Eh, Nizam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience