JARINYA bermain-main di meja itu serta diketuk-ketuknya perlahan. Nafasnya ditarik sedalamnya. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk. Hakimi menoleh ke arah pintu pejabatnya itu. "Masuk."
Dua saat selepas itu figura gadis yang mengenakan baju kurung berwarna biru, Ereen Natasya selaku pembantu peribadi Hakimi menapak masuk.
"Hah! Kau, nak apa?" soal Hakimi seraya menyibukkan dirinya membelek-belek fail yang terdapat di atas mejanya itu.
"Err... Kimi...." kata-kata Ereen Natasya terhenti.
"Apa Kimi-Kimi?! Panggil aku Tuan Hakimi!" pintas Hakimi dengan suara yang agak meninggi.
Ereen terkejut sehingga menyebabkan kedua belah bahunya terangkat.
"Ma... maaf Tuan Hakimi, err..."
"Hah! Ada apa? Cakap pun dah tergagap-gagap! Kalau tak ada apa-apa, baik kau keluar! Sakit mata aku tengok muka kau kat dalam ni!"
"Tuan Hakimi, maafkan saya... Dato' nak jumpa Tuan Hakimi sekarang," ujar Ereen Natasya sambil menundukkan kepalanya. Kimi, kenapa kau layan aku macam ni sekali? Buruk sangat ke aku di pandangan mata kau, Kimi?
Hakimi bingkas bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke arah pintu bilik pejabatnya dan membiarkan Ereen Natasya yang berdiri di sebelah meja kerjanya seraya berhenti dan menoleh semula ke belakang.
"Hah, kau buat apa lagi berdiri tercegat dekat situ, macam batu tunggul aje aku tengok? Keluarlah dari bilik aku! Menyemak aje."
"Ah! Maaf!" Ereen Natasya tersentap dan segera menapak keluar dari bilik itu. Hakimi hanya merenung Ereen Natasya dengan renungan yang tajam.
"Terhegeh-hegeh!"
"Maaf tuan."
PUNGGUNGNYA dilabuhkan di atas sofa fabrik berwarna biru yang bercorak islamik yang terletak di dalam bilik pejabat papanya itu.
"Kimi okey ke tak ni? Papa tengok muka monyok aje?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.
"Kimi geram... geram dengan papa. Kenapa papa suruh betina tu jadi PA Kimi?" soal Hakimi tidak puas hati.
"Kenapa? Kimi kan dah lama kenal dan berkawan dengan Ereen... Jadi, papa rasa Kimi dan Ereen sangat sesuai dan serasi bersama."
"What?!" Berkerut dahi dan membuntang mata Hakimi sebaik sahaja papanya, Dato' Ahmad Zafreel berkata.
"Kenapa?" soal Dato' Ahmad Zafreel sambil mejongketkan kening sebelah kirinya.
"Ah! Tak ada apa-apalah!" jawab Hakimi seraya menghempaskan semula punggungnya di atas sofa dan menyibukkan dirinya dengan membuka aplikasi WhatsApp.
Suasana sepi buat seketika. Dato' Ahmad Zafreel mengerling anak kesayangannya itu agak lama.
Hakimi perasan papanya merenung dirinya sambil berpeluk tubuh. "Papa tahu tak, Kimi dah ada calon yang sesuai untuk jadi PA Kimi..."
Dato' Ahmad Zafreel tersenyum sinis mendengar apa yang diperkatakan oleh anak bujangnya itu.
"Tak perlu," balas Dato' Ahmad Zafreel ringkas.
Hakimi kembali mengerling tepat ke arah papanya yang jelas kelihatan tersenyum sinis kepadanya.
"Kimi... Walau apa pun yang terjadi, masa depan Kimi pasti akan cerah jika Kimi bersama dengan Ereen," kata Dato' Ahmad Zafreel dengan selamba.
"Papa..." kata-kata Hakimi terhenti sebaik sahaja pintu bilik pejabat itu diketuk dan figura Wan Hazreel menapak masuk.
"Wan, dari mana kamu?" soal Dato' Ahmad Zafreel.
"Maaf papa, Wan pergi melawat ayah Wan, dia dimasukkan ke dalam wad malam semalam."
"Lah... kenapa Wan tak cakap dekat papa? Takpe, selepas lunch tengah hari ni, kita pergi melawat dia ye," ujar Dato' Ahmad Zafreel seraya menarik nafas panjang.
Zarul Hazreel dan Zafrul Hakimi, aku tak sangka kedua-dua anak kembar aku kini berada di depan mataku. Zarul Hazreel ni seorang yang betul-betul baik hati dan sangat ambil berat tentang kesihatan orang tuanya sedangkan Wan Rahman tu cuma ayah angkat dia aje. Berlainan pulak dengan adik kembarnya Hakimi, Kimi ni manja, cengeng, degil, keras kepala. Zarul, Hakimi, papa harap korang berdua janganlah terpisah lagi. Zarul, maafkan papa sebab merahsiakan yang Zarul dan Hakimi adik beradik. Dato' Ahmad Zafreel bermonolog dalam hati sambil merenung kedua anak kembarnya itu.
"Papa, Abang Wan, jomlah keluar lunch... Kimi lapar dah ni." Hakimi berkata seraya bingkas bangun dan terus mengatur langkah menuju ke arah pintu.
"Okey, jom..." balas Wan Hazreel ringkas seraya menarik tangan papanya yang tersenyum melihat kerenah Hakimi yang terus berjalan membelakangi mereka berdua.
"WAN... papa bercadang nak bawa Wan duduk sama dengan kami." Dato' Ahmad Zafreel berkata sembil mengerling kedua anak kembarnya itu yang sedang berselera menjamah makanan tengah hari itu.
"Uhukk!!" Wan Hazreel tersedak nasi. Hakimi pula segera menghulurkan air suam kepada Wan Hazreel.
"Terima kasih Kimi," ucap Wan Hazreel sambil memberikan senyuman buat adiknya, Hakimi.
Abang Wan akan duduk serumah? Wow! Ini peluang keemasan untuk aku... aku takkan lepaskan peluang ni! Terima kasih papa.
"Err... maksud papa?" soal Wan Hazreel kepada Dato' Ahmad Zafreel yang sedang khusyuk menikmati minuman jus termbikai susu itu.
Hakimi juga kini memandang tepat ke arah papanya itu. Dalam hatinya cukup gembira jika Wan Hazreel tinggal bersama satu bumbung dengan mereka.
Sedang Hakimi sibuk memikirkan rancangan nakalnya untuk menggoda Wan Hazreel, tiba-tiba telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu berdering dan terpapar nama 'Ereen si GEDIX' di skrin telefon bimbitnya.
"Huh! Betina ni nak apa call waktu macam ni! Kacau betullah!" gumam Hakimi sambil mencebikkan bibirnya.
"Kimi jawablah mana tahu ada urusan penting ke apa..." Wan Hazreel berkata.
"Betul apa kata abang kamu tu Kimi... jawablah." Dato' Ahmad Zafreel pula berkata.
"Yelah..."
Telefon bimbit itu disambar. Malas-malas Hakimi menjawab panggilan itu.
"Ha! Ada apa kau call aku waktu ni? Dah tak ada masa lain lagi ke untuk kau nak ganggu aku?!"
"Helo... Assalamualaikum Kimi... eh, bukan! Tuan Hakimi. Err... ni ada..." ucap Ereen Natasya di hujung talian dan kata-katanya terhenti dipintas Hakimi.
"Ada... ada! Ada apa?!"
"Ada seseorang nak jumpa tuan..."
"Siapa orang tu?"
"Dia..." kata-kata Ereen Natasya terputus sekali lagi.
"Helo sayang... You miss me? Lama I tak jumpa You... I miss you so much, tau!"
Dengan tiba-tiba satu suara yang Hakimi kenal tiba-tiba kedengaran di hujung talian.
"Reyza?!"
"Yes! Darling... I miss you so much, tau... I nak bagi surprise dekat You... tapi You pulak tak ada..."
"Hoi bapok pelacur! Baik kau balik sekarang aku haramkan kau pijak kaki kau ke pejabat aku!" Hakimi berkata dengan suara yang agak meninggi dan terus mematikan talian.
Bapok? Bukan kau sendiri tu bapok jugak ke? Wan Hazreel mengerling ke arah Hakimi yang kembali menghempaskan punggungnya di atas kerusi itu.
"Kimi... siapa tu?" soal Dato' Ahmad Zafreel.
"Tak... tak ada siapa-siapa," jawab Hakimi ringkas.
Tak guna punya PLU! Apa aku nak buat ni? Kalau papa dapat tahu, habislah aku...
Share this novel