CH 27

Romance Series 14451

"KIMI... kenapa cakap macam tu dekat Ereen? Dia ni kan isteri Kimi..."

"Isteri? Apa guna isteri kalau hati dan perasaan Kimi tak ada untuk dia?"

"Kimi..." Zarul Hazreel hilang kata-kata. Dia kelu lidah. Jauh di sudut hatinya, dia juga berat hati untuk melepaskan adik kembarnya itu. Dia mengerling pula ke arah Ereen Natasya yang berdiri di sebelahnya.

Ereen Natasya turut sama mengerling ke arah Zarul Hazreel. Kini mereka berdua saling berpandangan.

"Zarul..."

"Ereen, apa yang berlaku sebenarnya?"

Belum sempat Ereen Natasya menghabiskan kata-katanya, Zarul Hazreel terus memintas.

Ereen Natasya geleng kepala. Dia juga tidak tahu. Bukan salah dia Hakimi tiba-tiba melarikan diri.

"Kimi, apa sebenarnya yang berlaku? Boleh tak jangan berahsia dengan abang..." Zarul Hazreel bertanya. "Ereen, maaf... boleh tinggalkan kami berdua sebentar?"

Ereen Natasya panggung kepala. "Ken... kenapa?"

"Please..."

"Ba... baiklah." Dengan berat hati Ereen Natasya mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja daun pintu ditutup rapat, Zarul Hazreel segera bingkas bangun seraya menghampiri almari pakaian. Dia menarik nafas panjang sebaik sahaja daun pintu almari dikuak. Cepat-cepat tangannya mencapai senaskah buku berwarna biru yang diletakkan di dalam almari itu.

Hakimi hanya memerhati tingkah Zarul Hazreel itu. Dia perasan buku berwarna biru itu merupakan diari milik arwah papanya, Dato' Ahmad Zafreel. "It... itu diari arwah pa..."

"Ya Kimi, ini diari milik papa. Abang terjumpa diari ni masa abang masuk dalam bilik arwah papa sebulan selepas dia pergi," pintas Zarul Hazreel.

Hakimi kelu lidah, dia panggung kepala mengerling Zarul Hazreel yang sedang melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Macam mana diari papa boleh berada di dalam almari pakaian Kimi?"

"Abang yang letakkan di dalam almari pakaian Kimi. Abang rasa Kimi yang lebih sesuai pegang dan simpan diari ni," jawab Zarul Hazreel. Diari biru diserahkan kepada Hakimi. "Kimi buka muka surat yang abang dah tandakan dengan pen."

Tanpa membuang masa, Hakimi terus membelek-belek diari itu. Membulat besar matanya sebaik sahaja membaca ayat-ayat yang tertulis di dalam diari itu.

~~~~~~~

Sungguh tak aku duga satu-satunya waris aku, Hakimi anak kesayangan aku melanggar fitrah! Seandainya benar apa yang didakwa oleh budak lelaki kawan Hakimi tu... aku berharap sangat agar dia berubah dan kembali ke fitrah lelaki yang sebenar!

~~~~~~~~

Sebaik sahaja membaca ayat-ayat itu, Hakimi segera panggung kepala mengerling Zarul Hazreel yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya. "Abang... ini... maknanya papa memang dah tahu Kimi macam ni selama ni ke?"

"Entah..." Ringkas sahaja jawapan Zarul Hazreel. Dia membuang pandang ke arah pintu bilik sekilas seraya berpaling semula ke arah Hakimi yang masih duduk di sisi katil. "So, apa perancangan Kimi lepas ni? Jangan lukakan hati Ereen, dik..."

"Huh?! Jangan lukakan hati dia? Habis tu... dia sebelum ni hancurkan hati Kimi, tak apa ke?!" Sepantas kilat Hakimi memintas kata-kata Zarul Hazreel itu.

"Dulu tu lain, Kimi... dulu antara Kimi dengan Ereen tak ada apa-apa hubungan, sekarang dia dah jadi isteri Kimi yang sah..."

"Macam mana dengan maruah Kimi yang dicincang lumat di khalayak ramai dahulu? Abang ingat Kimi tak ada maruah ke?" marah Hakimi lagi. "Sah ke... tak sah ke... Kimi tetap takkan terima perempuan tu dalam hidup Kimi!"

Zarul Hazreel terus merenung tajam ke arah Hakimi. Dia perasan kelopak mata adik kembarnya itu kini ditakungi kolam mutiara yang sedang menunggu masa untuk melimpah keluar. Cepat-cepat dia menyambar bahu Hakimi seraya dipeluk erat. "Kimi, maafkan abang!"

Hakimi tidak membalas pelukan Zarul Hazreel itu. "Maaf untuk apa? Abang tak ada buat salah pun."

"Maafkan abang sebab tak..."

"Tak... abang tak buat apa-apa kesalahan pun, nak minta maaf buat apa?"

??????

"EREEN... kenapa dengan Kimi?" Mak Ton yang baru sahaja menapak di tingkat dua banglo mewah itu bertanya kepada Ereen Natasya yang sedang duduk termenung di ruangan keluarga.

"Mak Ton..." Ereen Natasya bingkas bangun, dia segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mak Ton. Pergelangan tangan tua Mak Ton dikucup,

Mak Ton perasan ada ada genang di tubir mata Ereen Natasya. Segera diusapnya lembut. "Hmm... Mak Ton harap, Ereen kuat dan banyak bersabar dengan perangai Hakimi."

"Ap... apa salah saya, Mak Ton? Kenapa Kimi bencikan saya? Saya dah banyak kali mohon maaf dengan dia tapi... sampai sekarang dia bencikan saya!"

Mak Ton kelu lidah untuk menjawab pertanyaan Ereen Natasya. Diusapnya lembut kepala Ereen Natasya yang secara tiba-tiba memeluk tubuhnya.

Beberapa saat selepas itu, daun pintu bilik dikuak dari dalam, figura Hakimi dan Zarul Hazreel menapak keluar.

Zarul Hazreel mengerling Ereen Natasya yang berdiri di sebelah Mak Ton. "Ereen..." Kemudian dia menoleh pula ke arah Hakimi yang berdiri di sebelahnya. "Kimi..."

Hakimi hanya mendiamkan diri.

Ereen Natasya pula perlahan mengatur langkah menghampiri Hakimi. "Aw... awak, maafkan saya jika ada..."

Belum sempat Ereen Natasya menghabiskan kata-katanya, Hakimi pantas memeluk tubuhnya erat.

"Maaf... mafkan saya, Ereen!"

Zarul Hazreel tersenyum sebaik sahaja Hakimi memeluk erat isterinya. Kemudian dia mengerling ke arah Mak Ton yang sedang menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Cepat-cepat dia menghampiri seraya memeluk bahu Mak Ton. "Mak Ton, nampaknya mereka berdua dah okey... dah, jom kita turun tengok drama apa tadi yang Mak Ton cakap tu?"

"Love You Mister apa entah, Mak Ton pun dah lupa!"

Kedua figura itu semakin hilang dari pandangan mata Hakimi. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di hadapan pintu bilik itu.

Hakimi perasan mata isterinya itu sedikit sembam. Dia ni nangis lagi ke?

"Ereen..." Perlahan Hakimi memanggil. Disekanya air jernih yang mengalir di pipi mulus Ereen Natasya.

Ereen Natasya panggung kepala, direnungnya wajah Hakimi yang begitu hampir dengannya. Lidahnya kelu untuk berkata.

"Jom, kita masuk bilik..." Lembut sahaja suara Hakimi mempelawa. Sesungguhnya di tidak kuat dan tidak sanggup melihat wanita menangis. Ini kelemahannya sedari dahulu lagi.

Walaupun nafsu dan cintaku bukan untuk kau, akan kucuba untuk tidak mengecewakan kau, Ereen. Cintaku hanyalah untuk dia... Hakimi sempat bermonolog dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience