CH 12

Romance Series 14451

"MANA perginya jantan gila tu?!" soal Hakimi kepada Ereen Natasya sebaik sahaja dia menapak di lobi.

Ereen Natasya yang kebetulan turut berada di lobi itu sedang berbual dengan Aryan Syah sebaik sahaja balik dari keluar lunch terkejut kerana bahunya di sentuh oleh Hakimi dengan tiba-tiba. "Err... maksud tuan?"  Dia sengaja hendak menduga Hakimi.

"Alah... jantan poyo yang tadi tu..." jawab Hakimi bengang.

"Oh! Maksud tuan, Akmal Reyza? Dia dah balik tapi sebelum dia balik, dia berkeras untuk masuk ke dalam bilik pejabat tuan," ujar Ereen Natasya sambil mengerling Hakimi. Kimi, kenapa kau berubah sampai ke tahap mencintai sesama jenis? Bukan ke dulu kau cintakan... Ereen, apa kau dah buat? Kalau kau tak kecewakan Kimi dulu pasti dia takkan jadi macam ni. 

Hakimi terlopong. "Hah?! Habis tu kau bagi dia masuk?!"

"Saya tak bagi dia masuk pun. Tapi dia berkeras dan terus masuk. Ma... maafkan say..." kata-kata Ereen Natasya terhenti.

"Dah! Tolong jangan mention pasal ini lagi. And by the way, aku nak kau batalkan semua temujanji aku petang ni, dan kalau ada sesiapa yang nak jumpa aku, kau cakap aku sibuk dan tak nak diganggu, faham!" pintas Hakimi seraya mengatur langkah pergi meninggalkan Ereen Natasya dan Aryan Syah di belakangnya.

Ereen Natasya hanya memerhati jejaka yang kini menjadi kegilaan ramai gadis malah bukan hanya setakat gadis sahaja, golongan songsang juga turut berlumba-lumba untuk merebut Hakimi.

"Dahlah tu Ereen, Aryan...  jom masuk office." Wan Hazreel yang berdiri di belakang mereka berdua itu berkata. "Kimi ada masalah dengan bekas kawan dia yang datang tadi tu..."

Ereen Natasya mengerling Wan Hazreel dengan seribu pertanyaan yang terpapar di wajahnya. Wan Hazreel perasan dan faham dengan renungan Ereen Natasya itu seraya tersenyum. "Aku faham adik angkat aku tu... aku jugak dah lama tahu dia macam tu. Cuma aku risau dengan Dato', kalau dia tahu anak kesayangan dia berorientasi sebegitu, macam mana agaknya perasaan dia?"

"Tapi Wan... kau tak rasa pelik ke? Kau dan Kimi sebaya, kalau tak silap aku tarikh lahir korang berdua jugak sama, kan? Dengan rupa paras juga tak jauh beza..."  Aryan Syah memulakan sesi pertanyaannya.

Sedang Wan Hazreel dan Aryan Syah bersembang pasal Hakimi, Ereen Natasya pula hanya mendiamkan dirinya. Masih terbayang di ingatannya apa yang telah diperkatakan oleh Akmal Reyza, lelaki poyo yang datang untuk berjumpa dengan Hakimi tengah hari tadi.

~~~~~~~~~

EREEN Natasya melabuhkan duduk di kerusi, mug yang berisi milo panas itu diletakkan di sudut tepi meja kerjanya. Jarinya kini ligat menekan keyboard.

"Ehemm!"

Tiba-tiba seseorang berdehem kepadanya. Ereen Natasya segera mendongak dan memerhatikan figura jejaka jambu yang berdiri di hadapannya sambil merenung dirinya dengan renungan yang tajam.

"Ya encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ereen Natasya bertanya.

"I nak jumpa Zafrul Hakimi, my love and my only one," balas jejaka itu.

Ereen Natasya terkedu sebaik sahaja mendengar ayat-ayat yang baru sahaja diungkap oleh jejaka jambu itu.

"Err... maafkan saya, boleh saya tahu encik ni siapa?" 

Takkanlah dia dan Kimi... Ya Allah Kimi... Kimi gay ke? gumam hati Ereen Natasya.

"I Akmal Reyza or you just call me Reyza. I'm his boyfriend." Akmal Reza membalas dengan bangga.

Ereen terlopong.

"Hey! You ingat you tu cantik buat muka macam tu? I jijik tau!"

Dah kenapa dengan dia ni? Muka jambu tapi suka sama jenis! 

"Maaf, Tuan Zafrul Hakimi tiada. Dia keluar lunch bersama Dato'. Kalau encik nak jumpa dia, encik kena tunggu dia balik office nanti."

"No! I nak jumpa dia sekarang!" tengking Akmal Reyza.

Ereen Natasya terkejut sebaik sahaja Akmal Reyza meninggikan suaranya. Malah bukan dia seorang sahaja yang terkejut, hampir semua yang berada di pejabat itu terkejut dengan laungan suara jejaka jambu itu seraya menumbuk meja kerja Ereen Natasya dengan kuat.

Aryan Syah yang kebetulan berdiri tidak jauh dari situ segera menghampiri Akmal Reyza. "Maaf encik, ada apa-apa masalah ke?" 

"I nak jumpa boyfriend I! Hakimi, mana dia?" balas Akmal Reyza bengang.

"Hah?!" Aryan Syah terlopong.

Ereen Natasya segera mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya seraya mendail nombor Hakimi. Sedang dia bercakap dengan Hakimi di dalam talian, Akmal Reyza merampas telefon bimbit itu.

"Ereen, siapa mamat poyo ni?" soal Aryan Syah inginkan kepastian.

"Entah, tiba-tiba aje dia datang dan cakap nak jumpa boyfriend dia. Euw geli aku!" bisik Ereen Natasya.

"Jadi Ereen tak tahulah yang bos Ereen tu gay?"  soal Aryan Syah lagi.

"Tak... aku tak percayalah dia gay, sebab dulu dia pernah luahkan persaan cinta dia pada aku, jadi, tak mungkinlah dia tu gay!"

"Oh... Tapi Ereen tolak cinta dia, kan?"

"Ye. Aku tolak cinta dia... aku bodoh sangat. Masa tu aku..."

"Disebabkan itulah dia jadi macam ni sekarang ni. Dia tutup pintu hati dia untuk menerima perempuan. Mungkin sebab dia kecewa."

"Argghh! Tak guna kau Hakimi! Berani kau putuskan talian masa aku bercakap!" tengking Akmal Reyza sebaik sahaja talian dimatikan seraya menghempas telefon bimbit milik Ereen Natasya di atas lantai itu.

"Hoi! Kau ni dah kenapa terjerit terlolong macam orang gila ni?" Aryan Syah bertanya.

"Encik! Apa masalah encik ni? Sampai hancur berkecai handphone saya encik buat! Terimalah hakikat yang encik tu lelaki! Bos saya tu jugak lelaki, memang patut pun dia tolak cinta encik poyo ni!" Ereen Natasya tidak mampu untuk bersabar.

"You diam! Now I nak masuk bilik dia!"

"Tidak! Saya tak benarkan orang macam encik ni masuk ke dalam bilik bos saya!" Ereen Natasya cuba untuk menghalang Akmal Reyza dari masuk ke dalam bilik Hakimi namun tangannya ditepis dengan kuat oleh Akmal Reyza. Aryan Syah segera mendapatkan Ereen Natasya.

"Takpe Ereen. Kita biarkan aje mamat poyo tu masuk. Biar padan dengan muka si Kimi tu nanti. Nak sangat bercinta dengan jantan, nah... ini yang dia dapat," ujar Aryan Syah bengang. "Dah jom kita pergi lunch, biarkan mamat tu dekat dalam. Kalau dia bosan nanti pandai-pandailah dia balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience