CH 7

Romance Series 14451

USAI makan tengah hari itu, Dato' Ahmad Zafreel mengajak Wan Hazreel bersembang di ruang tamu dan dia meminta Wan Hazreel menceritakan tentang dirinya. Dia benar-benar ingin tahu latar belakang Wan Hazreel. "Wan, kalau Wan tak keberatan, boleh Wan cerita serba sedikit tentang diri Wan?"

Wan Hazreel menundukkan kepalanya mengerling permaidani bercorak kulit harimau di lantai ruang tamu itu. "Uncle, Wan ni anak tunggal. Ayah Wan seorang pesara tentera udara. Ibu pulak dah meninggal dunia lima bulan yang lepas..."

Dato' Ahmad Zafreel mengerling Wan Hazreel lama. Hmm... mata budak ni sebijik macam mata Hakimi dan kening dia tebal membuatkan aku teringat dengan arwah Ariana. Entah-entah budak ni... ah! Tak... tak mungkin! Zarul kan dan meninggal dunia semasa bayi lagi. Nama dia pun sama. Wan Hazreel... Zarul Hazreel. Kalau Zarul masih hidup pasti dia sekarang sama besar dengan adik kembarnya Hakimi, dan jugak sama besar dengan budak Wan ni. Dato' Ahmad Zafreel khusyuk mengerling wajah Wan Hazreel.

"Tarikh lahir Wan sama dengan tarikh lahir Kimi, lapan hari bulan Ogos. Lahir di Kuala Lumpur, tapi Wan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Semasa umur Wan lima belas tahun, ayah Wan bersara dari tentera udara dan kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Wan kenal Kimi semenjak Wan berpindah ke sekolah menengah yang sama dengan Kimi. Kami belajar sama-sama satu kelas," sambung Wan Hazreel lagi. Kali ini dia mengerling ke arah Dato' Ahmad Zafreel yang sedang khusyuk merenung dirinya.

"Uncle? Kenapa pandang Wan macam tu?" Soal Wan Hazreel setelah mendapati mata Dato' Ahmad Zafreel asyik merenung dirinya dan dengan tiba-tiba mengalirkan air mata. "Uncle okey tak ni?" Apakah yang dia sedang fikirkan, agaknya?

"Ah! Tak... tak ada apa-apa. Uncle okey aje ni..." balas Dato' Ahmad Zafreel sambil mengesat air matanya yang mengalir di pipi. "Err... Wan, Wan sekarang bekerja sebagai apa?"

"Uncle, Wan kerja sendiri aje... Wan membantu ayah berniaga di Pasar Basah. Wan nak tolong ayah Wan. Tak sampai hati nak biarkan dia sorang-sorang. Wan wajib balas jasa dia setelah membesar dan mendidik Wan," balas Wan Hazreel.

Jeda seketika.

"Assalammualaikum papa." Hakimi yang baru sahaja tiba di muka pintu memberi salam seraya menghampiri papanya yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Waalaikumsalam Kimi... Kimi, siapa kawan yang Kimi hantar tadi tu? Pelik benar papa tengok gelagat dia." Dato' Ahmad Zafreel bertanya.

Hakimi tidak menjawab pertanyaan papanya. Matanya kini sedang mengerling Wan Hazreel yang duduk di sebelah papanya dengan renungan yang tajam.

Wan Hazreel perasan dengan renungan Hakimi seraya menundukkan kepalanya.

Hakimi bangun dan terus menarik lengan Wan Hazreel. Wan Hazreel terkejut setelah lengannya di tarik dengan kuat oleh Hakimi. Hakimi memaksa Wan Hazreel supaya mengiringinya ke laman luar.

"Kimi... apa ni main tarik-tarik lengan abang. Lepaskanah. Nanti papa Kimi syak ada apa-apa, macam mana nak menjawab?" tegas Wan Hazreel dengan suara yang perlahan.

"Apa kau dah cakapkan pada papa aku? Kenapa dia tiba-tiba bertanya pasal Reyza?! Baik kau jawab!"

"Kimi, apa ni? Abang tak cakap apa-apa pun pada Dato'. Kalau tak percaya, Kimi pergilah tanya dia sendiri. Kimi betul-betul dah berubah sekarang. Kenapa Kimi? Kenapa Kimi pilih hidup melanggar fitrah macam tu? Abang betul-betul kecewa dengan Kimi. Kimi baliklah ke pangkal jalan, Kimi. Dato' tak tahu lagi tentang hal ini Kimi... Kalau dia tahu nanti pasti dia berasa kecewa. Kimi... takkan disebabkan cinta Kimi ditolak oleh Ereen, Kimi..." Wan Hazreel tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Cukup! Kalau kau nak aku masih anggap kau abang aku, dan aku ni adik kau, aku nak kau rahsiakan perkara ni dari papa. Kalau tak, aku akan pastikan hidup kau merana!" tegas Hakimi dengan suara yang agak meninggi.

Wan Hazreel terkedu dan terpaku.

Hakimi terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Wan Hazreel yang masih berdiri kaku di laman rumah banglo itu.

"Kimi... mana janji-janji yang pernah Kimi lafazkan pada abang dua tahun lepas?" Wan Hazreel berkata sambil melangkahkan kakinya untuk masuk semula ke dalam rumah itu.

"UNCLE... Wan nak minta diri dulu ye, risau pulak dengan ayah Wan, tadi Wan janji sekejap aje, tapi dah nak masuk empat jam dah Wan tinggalkan dia," kata Wan Hazreel sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Dato' Ahmad Zafreel.

"Oh! Baiklah."

Salam disambut dengan erat. Agak lama pergelangan tangan Wan Hazreel digenggamnya. Kenapa hati aku berasa berat untuk melepaskan Wan pergi? gerutu hati Dato' Ahmad Zafreel.

"Uncle? Wan nak..."

"Papa. Wan panggil aje papa, tak payah panggil uncle lagi," pintas Dato' Ahmad Zafreel.

Kata-kata itu menyebabkan Wan Hazreel terpaku manakala Hakimi yang sedang duduk di sebelah papanya terlopong memandang papanya dan beralih ke arah Wan Hazreel silih berganti.

"Papa? Kenapa tiba-tiba papa nak dia panggil papa jugak?" Hakimi bertanya kepada papanya seraya bingkas berdiri dan berpeluk tubuh.

"Kimi, Wan ni kan abang angkat Kimi... jadi, lebih baik papa buat dia jadi anak angkat papa jugak. Kimi tak suka ke Wan jadi anak angkat papa?" balas Dato' Ahmad Zafreel.

Hakimi tidak menjawab sebaliknya dia menjauhkan dirinya dan segera memanjat tangga untuk ke bilik tidurnya di tingkat dua.

Wan Hazreel terdiam, lidahnya kelu.

"Kenapa dengan Hakimi tu? Dari tadi perangai dia pelik sungguh," gumam Dato' Ahmad Zafreel di hadapan Wan Hazreel.

"Uncle, mungkin Kimi tak suka kalau Wan rapat dengan..."

"Papa... kan dah cakap tadi, tak perlu panggil uncle lagi." Sekali lagi kata-kata Wan Hazreel dipintas oleh Dato' Ahmad Zafreel. "Baiklah, pagi esok papa nak Wan datang office Nusa Teras Holdings. Papa ada jawatan yang sesuai untuk Wan. Lagipun esok jugak pembantu peribadi papa yang baru juga memulakan tugasnya. Papa rasa Wan kenal siapa dia."

"Jawatan? Maksud uncle... tak, papa?" soal Wan Hazreel ingin tahu.

"Wan datang aje pagi esok, papa tunggu Wan kat office. Okey?"

"Baiklah."

"Hati-hati memandu ye! Jangan lupa sampaikan salam papa untuk ayah Wan!"

Daun pintu dirapatkan seraya menyandarkan tubuhnya di daun pintu itu. Aku mesti siasat latar belakang budak tu. Gumam Dato' Ahmad Zafreel dalam hati.

MAK Ton yang duduk di ruangan rehat di bahagian dapur banglo itu asyik memikirkan tentang Encik Wan Rahman yang dijumpai secara tidak sengaja di pasar basah tadi. Dia tak senang duduk. Ingatannya mengenai kejadian semasa hari kelahiran anak kembar Dato' Ahmad Zafreel dan Puan Ariana berlegar di mindanya.

"Kalaulah Dato' dapat tahu yang budak Wan Hazreel itu adalah saudara kembar Hakimi, hai... risau betul aku. Kalau arwah Puan Ariana masih hidup senanglah nak terangkan macam mana..." kata-kata Mak Ton terhenti sebaik mendapati Dato' Ahmad Zafreel yang kini sudahpun berdiri terpacak di sebelahnya.

"Jadi, budak Wan tu... Zarul? Zarul Hazreel? Anak kandung saya, kembar Hakimi?" soal Dato' Ahmad Zafreel bertalu-talu.

Mak Ton tergamam. Dia tidak tahu macam mana nak menjawab soalan yang bertlu-talu itu.

"Mak Ton, jawab soalan saya, Mak Ton... kalau Zarul Hazreel masih hidup, habis tu bayi yang meninggal dunia masa tu, anak siapa Mak Ton? Mak Ton dan arwah isteri saya mesti ada kaitan dalam hal ni."

Mak Ton sepertinya sudah tidak dapat menahan sebak. Dia tahu saat ini pasti akan tiba juga. "Dato'... ss... se... sebenarnya bayi yang meninggal dunia masa tu... bayi tu adalah anak kepada Encik Wan Rahman dan Puan Ashikin. Puan Ashikin disahkan oleh doktor yang dia tak boleh mengandung lagi. Jadi isteri Dato' yang kebetulan ditempatkan bersebelahan dengan Puan Ashikin tak sampai hati melihat Puan Asyikin menangis dan Encik Wan Rahman bersedih. Dengan berat hati dia menyerahkan Zarul pada Puan Ashikin dan suaminya. Pada masa itu, doktor dan jururawat tiada di situ semasa bayi puan Asyikin tidak sedarkan diri. Dan disebabkan mayat bayi itu juga ada memiliki tanda lahir di tangan kanannya, Puan Ariana menyerahkan Zarul kepada mereka berdua. Encik Wan Rahman berjanji akan menjaga dan membesarkan Zarul dengan kasih dan sayang, dia juga berjanji akan mengekalkan nama belakangnya, Hazreel."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience