CH 6

Romance Series 14451

Dua tahun berikutnya...

"ASSALAMMUALAIKUM... Ini Mak Ton pembantu rumah Dato' Ahmad Zafreel, kan?" Wan Hazreel menyapa wanita pertengahan usia dalam lingkungan lima puluh tahun itu.

"Waalaikumsalam... Ye saya, encik..."

"Wan. Saya Wan Hazreel... Mak Ton dah lupa ke? Saudara angkat Hakimi," pintas Wan Hazreel sebaik sahaja mendapati wanita itu seperti meragui siapa dirinya.

"Oh! Wan... baru Mak Ton teringat. Apa khabar?" Mak Ton bertanya.

Wan Hazreel segera bersalaman dan mencium pergelangan tangan Mak Ton.

"Alhamdulillah... sihat aje ni... Mak Ton beli apa aje tu? Meh, Wan tolong bawakan." 

"Ni ha Mak Ton belikan barang basah... hari ni Dato' balik dari UK. Dah satu minggu dia outstation," ujar Mak Ton. "Wan buat apa dekat sini?" 

"Ayah Wan berniaga di sini. Oh ya! Kimi apa khabar dia? Wan lama tak dengar khabar dia," jawab Wan Hazreel seraya bertanya mengenai adik angkatnya, Hakimi.

Mak Ton diam membungkam.

"Mak Ton, kenapa diam aje? Kimi apa khabar?"

"Wan... Eloklah Mak Ton jumpa Wan ni. Hakimi betul-betul dah berubah sekarang. Dah satu minggu ni dia bawak kawan dia tidur satu bilik dia... Mak Ton tak selesa dengan kawan dia tu..." luah Mak Ton sambil mengesat matanya.

"Hah?!" Wan Hazreel terkejut. "Siapa kawan dia tu Mak Ton?" 

Mak Ton tidak menjawab sebaliknya dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghibungi seseorang.

Wan Hazreel mengerling ke arah ayahnya, Encik Wan Rahman yang sedang sibuk melayan pelanggan. Dia kembali mengerling semula ke arah Mak Ton di hadapannya yang sedang menarik nafas panjang.

"Mak Ton bercakap dengan siapa tadi?"

"Pak Sham. Dia terpaksa bergegas ke Airport, Dato' akan sampai dalam masa setengah jam lagi," balas Mak Ton.

"Jadi... Mak Ton nak balik naik apa lepas ni?" duga Wan Hazreel.

"Terpaksalah Mak Ton naik Teksi," balas Mak Ton perlahan.

"Eh! Takpe Mak Ton, Wan boleh hantar Mak Ton, teringin jugak nak jumpa adik angkat Wan tu, dan Wan nak tengok siapa kawan Kimi tu? Perempuan ke?"

"Boleh jugak tu Wan." Mak Ton tidak menjawab pertanyaan Wan Hazreel, dia risau jika Wan Hazreel mengetahui aktiviti Hakimi. Sudah pasti Wan Hazreel akan membenci Hakimi. Pagi tadi semasa dia hendak mengejutkan Hakimi untuk bersarapan pagi, semasa hendak mengetuk pintu bilik Hakimi, gegendang telinganya diketuk oleh suara desahan Hakimi dan disertai dengan jeritan dan erangan rakannya. Mak Ton mengucap panjang selepas mendengar  suara berahi dari dalam bilik Hakimi dan segera beredar turun ke tingkat bawah semula. Dia risau jika perbuatan Hakimi sampai ke pengetahuan Dato' Ahmad Zafreel.

Wan Hazreel menghampiri ayahnya Wan Rahman untuk meminta izin menghantar Mak Ton. "Ayah, Wan pergi hantar Mak Ton sekejap ye, dan Wan teringin nak melawat adik angkat Wan."

"Oh... boleh, tapi jangan lama sangat. Tapi... Wan, siapa Mak Ton ni? Wan kenal ke?" soal Encik Wan Rahman sambil mengerling Mak Ton. Reaksinya ketika ini seperti terkejut melihat wanita separuh abad berdiri di sebelah anaknya itu.

"Ye ayah, Wan kenal Mak Ton ni, dia pembantu rumah Dato' Ahmad Zafreel, ayah kepada adik angkat Wan.kan Mak Ton?" balas Wan Hazreel seraya menoleh ke arah Mak Ton yang sedang melopong mengerling Encik Wan Rahman.

Wan Hazreel berasa pelik dengan reaksi ayahnya dan juga Mak Ton, sepertinya mereka berdua sudah mengenali antara satu sama lain. Mereka berdua ni salong kenal ke?  Dia penasaran. "Mak Ton? Mak Ton kenal dengan ayah Wan ke?" 

"Eh! Tak. Mak Ton tak kenal pun. Jomlah... Mak Ton nak kena masak untuk tengah hari ni, sekejap lagi Dato' sampai rumah, makan tengah hari pun belum siap lagi..." ujar Mak Ton seraya berlalu menjauhkan dirinya dari ayah Wan Hazreel.

Mak Ton, ayah, kenapa mereka berdua seolah-olah dah lama kenal? Jangan-jangan ada rahsia yang mereka sorokkan dari aku? Langkah kakinya dipercepatkan menuju ke arah keretanya yang diparkir berhadapan dengan pasar basah itu.

PINTU bilik mandi dikuak dari dalam. Hakimi menapak keluar dari bilik mandi itu dengan hanya berkain tuala yang dililit di pinggangnya. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan segera. Susuk tubuh Hakimi kini tidak seperti dahulu. Kini Hakimi memiliki tubuh yang sasa, sexy, dan menggoda. Dengan raut wajahnya yang kacak persis seorang model. Sudah cukup sempurna.

Sedang Hakimi menyarungkan baju T-shirt fit berbelang biru dan putih, tiba-tiba tubuhnya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Hakimi terkejut seraya menoleh. "Reyza?"

"Kenapa? Macam tak suka aje I masih ada di sini?" Akmal Reyza atau lebih dikenali dengan nama Reyza, seorang pelayan bar yang berkenalan dengan Hakimi dua minggu yang lalu. Reyza berjaya menakluk hati Hakimi. Pada mulanya Hakimi menolak dan mengelak untuk berjumpa dengan Reyza, namun Reyza seorang yang licik dan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan.

"You buat apa lagi dekat sini? Sekejap lagi papa I balik. I tak nak dia syak apa-apa tentang hubungan kita." Hakimi berkata seraya melepaskan pelukan Reyza.

"Alah... biarlah orang tua tu tahu yang I milik you sekarang ni," jawab Reyza dengan manja sambil jarinya mengusap pipi Hakimi seraya mendaratkan satu ciuman lembut di bibir Hakimi.

Tanpa disedari, Wan Hazreel yang sudah berdiri terpacak di hadapan pintu bilik Hakimi yang di biarkan terbuka oleh Reyza sebentar tadi. Wan Hazreel mendengar dan melihat dengan jelas aksi yang menjijikkan di hadapan matanya. "Kimi..."

Kenapa adik aku macam ni? Wan Hazreel merasakan dia wajib menegur perbuatan Hakimi yang juga merupakan adik angkatnya itu. Dia ada hak untuk menegur Hakimi, walaupun tiada pertalian darah.

Hakimi segera menolak dada Reyza dengan lengan kekarnya. Serta-merta juga kucupan rakus dari Reyza terlepas dan dia turut jatuh terlentang di atas katil.

Hakimi menoleh ke belakang. Dia tergamam sebaik sahaja melihat Wan Hazreel yang sudah berdiri sambil menyandar di tepi pintu biliknya sambil berpeluk tubuh merenungnya dengan renungan yang tajam.

"Ab... Abang Wan?" Kakinya melangkah perlahan menghampiri Wan Hazreel. Dia rindukan Wan Hazreel, satu tahun dia tidak berhubung dengan Wan Hazreel.

Wan Hazreel tidak menjawab, tetapi matanya sesekali merenung ke arah lelaki yang terbaring di atas katil itu. "Kimi, kenapa Kimi boleh jadi macam ni?" Wan Hazreel bertanya sambil tangannya menggenggam pergelangan tangan Hakimi dan menarik tubuh Hakimi ke dalam pelukanya. "Dan kau Reyza, kau buat apa pada adik aku sehingga dia terjebak dalam kegiatan songsang ni?! Tak serik-serik lagi kau nak musnahkan hidup orang?!" 

Wan Hazreel melepaskan amarahnya kepada Akmal Reyza, lelaki yang menyebabkan dia putus tunang satu tahun yang lalu. "Aku nak kau keluar dan jangan ganggu adik aku lagi!" 

Wan Hazreel menghampiri Reyza yang masih terbaring sambil tersenyum di atas katil bersaiz king itu.

"Wan Hazreel Bin Wan Rahman!"

Langkah Wan Hazreel terhenti sebaik sahaja Hakimi memanggil nama penuhnya. Dia mengerling ke arah Hakimi yang berdiri di belakangnya.

"Mulai hari ini, kau dan aku dah tiada apa-apa hubungan lagi! Sekarang aku arahkan kau keluar dari rumah ini. Aku haramkan kau sentuh boyfriend aku! Dan aku haramkan kau menjejakkan kaki kau ke rumah ni!" Hakimi berkata dengan serius dan dan menghadiahkan cerlungan maut untuk Wan Hazreel. 

"Kimi? Ap... apa maksud Kimi? Kimi dah lupa janji-janji Kimi dua tahun yang lalu? Kimi pernah janji dengan abang yang Kimi akan dengar dan ikut apa sahaja yang abang cakap."

"Itu janji Hakimi yang dahulu, Hakimi yang bodoh dan lurus bendul. Tolong jangan bahasakan diri kau abang pada aku!" Lengan Wan Hazreel dicapai seraya tubuh kekar Wan Hazreel ditolak dengan kuat. Wan Hazreel tidak melawan menyebabkan dia tersungkur di sisi katil.

"Jom sayang, I hantar you balik," tegas Hakimi seraya meraih pergelangan tangan Reyza dan satu kucupan lembut diberikan. Selepas itu Hakimi dan Reyza keluar dari bilik itu.

Wan Hazreel berasa jijik melihat pemandangan di hadapan matanya. Kimi... kenapa Kimi boleh berubah sampai ke tahap ni? Takkan disebabkan cinta Kimi di tolak oleh Ereen, Kimi sanggup melawan fitrah sampai macam ni. Wan Hazreel bermonolog dalam hati seraya bingkas bangun untuk mengejar Hakimi.

Langkahnya dipercepatkan menuruni tangga semata-mata untuk mengejar Hakimi. Walaupun kini Hakimi sudah tidak menganggap dirinya abang lagi, tetapi nalurinya kuat memberontak untuk menafikan kata-kata Hakimi sebentar tadi. Kekadang  dia merasakan seperti ada tarikan magnet di antara mereka berdua, lebih-lebih lagi semenjak imej Hakimi berubah, Wan Hazreel berasa pelik, kenapa hidung mereka berdua serupa? Kedua-duanya agak mancung dan mata mereka berdua juga serupa. Ada juga terlintas di fikirannya kemungkinan dirinya dan Hakimi ada pertalian darah, tetapi cepat-cepat dia menidakkannya.

Tak! Tak mungkinlah! Arwah mama Kimi kan asalnya dari Mesir, jadi tak mungkin aku dan Kimi ni adik beradik, getus hati Wan Hazreel.

Baru sahaja selangkah kakinya melangkah keluar dari pintu utama rumah banglo itu.

"Wan... Nak pergi mana tu? Jom la makan tengah hari sekali. Uncle baru aje sampai ni..." Dato' Ahmad Zafreel yang sedang duduk di sofa ruang tamu menegur Wan Hazreel.

Langkah Wan Hazreel terhenti. Sepantas kilat dia menoleh ke arah datangnya suara garau yang menegurnya.

"Uncle? Ma... maaf, Wan tak perasan yang uncle  duduk di situ. Wan nak kejar Kimi, dia..." balas Wan Hazreel sambil menapak mendekatkan dirinya dengan Dato' Ahmad Zafreel dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Semasa bersalaman, pandangan mata Dato' Ahmad Zafreel tertumpu pada lengan Wan Hazreel. Ada satu tanda lahir di lengan kanannya. Dia terpaku. Pandangan matanya masih merenung tanda lahir di lengan kanan Wan Hazreel.

"Uncle? Uncle tak apa-apa ke?" soal Wan Hazreel kerana Dato' Ahmad Zafreel tidak melepaskan genggaman tangannya dan matanya mengerling ke arah tanda lahir itu. "Emmm... uncle, itu tanda lahir saya..." 

Genggaman tangan dilepaskan.

"Oh! Ye ke? Maaf, uncle teringat pada seseorang selepas ternampak tanda lahir pada lengan kanan Wan ni," balas Dato' Ahmad Zafreel.

Tak... tak mungkin. Takkan Zarul, abang kembar Hakimi boleh hidup semula? Tak... tak mungkin! 

"Uncle... Kimi pergi mana? Tadi dia..." kata-kata Wan Hazreel terhenti dipintas oleh Dato' Ahmad Zafreel.

"Kimi pergi hantar kawan dia balik. Diorang Baru aje jalan. Kenapa Wan kejar Kimi?"

"Ye ke? Tak... tak ada apa-apa," balas Wan Hazreel ringkas sambil menundukkan kepalanya.

"YOU! Kenapa tak nak kenalkan I dengan papa you? I pun nak berkenalan dengan bakal papa mertua I!" Akmal Reyza berkata sambil mulutnya sibuk mengunyah nasi.

Hakimi terpaksa membawa Akmal Reyza makan di restoran yang tidak jauh dari rumah Akmal Reyza.

"Dah! You jangan nak berangan lebih-lebih. You kena ingat, antara I dengan you tak ada apa-apa hubungan pun. You cuma pemuas nafsu I aje... okey!" balas Hakimi dengan perasaan meluat.

"What?! You ingat, I ni pelacur? Okey baguslah kalau you dah fikir I macam tu, jangan pulak nanti you terkejut, papa you pun akan I goda!" jawab Akmal Reyza dengan angkuh.

Hakimi bengang, dia bingkas bangun dan dengan spontan tangannya menghentak meja makan itu seraya menolak meja itu sehingga menyebabkan santapan Akmal Reyza tertumpah kesemuanya. Akmal Reyza tergamam dan terpinga-pinga apabila dirinya menjadi tumpuan semua pelanggan restoran itu.

Hakimi segera beredar keluar dari restoran itu dengan perasaan marah.

Bukk!!

"Auch!!"

Hakimi tidak perasan akan seseorang yang sedang berjalan di hadapannya. Dia terlanggar bahu pelajar tahun akhir Universiti yang tidak jauh dari tempat itu.

"Ma... maaf! Saya tak sengaja!"

Hakimi segera menghulurkan tangannya untuk membantu pelajar lelaki yang jatuh terduduk di lantai simen akibat dilanggarnya sebentar tadi.

"Takpe... ssa... saya pun nak minta maaf jugak sebab tak berhati-hati semasa berjalan..." jawab pelajar lelaki itu.

"Eh! Tak... saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Oh by the way... saya Zafrul Hakimi."

"Err... saya Shahrul Nizam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience