CH 3

Romance Series 14451

"EREEN, awak dah siapkan ke belum assignment awak? Hari ni kena hantar..." Hakimi bertanya sebaik sahaja gadis itu melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Wan Hazreel.

Ereen tidak menjawab pertanyaan Hakimi. Dia hanya menggaru kepalanya yang tak gatal seraya mengerling ke arah Wan Hazreel yang sedang menelaah nota yang dipinjamkan oleh Hakimi kepadanya.

"Awak... awak dah siap ke belum assignment awak tu?" soal Ereen Natasya pada Wan Hazreel. Bahu Wan Hazreel ditolaknya lembut.

Wan Hazreel buat-buat tidak dengar apa yang disoal oleh Ereen Natasya. Hai assignment awak,  buatlah sendiri!  Ni mesti nak minta aku atau Kimi siapkan! Jangan mimpilah!

"Awak, saya tanya ni, Awak dengar tak?!"

"Dah siap minggu lepas," jawab Wan Hazreel ringkas.

"What?! Bila masa awak siapkan? Setahu saya, awak belum buat satu pun assignment awak tu. Awak tipu ye?" soal Ereen Natasya terkejut.

Wan Hazreel tidak menjawab soalan Ereen Natasya. Hakimi perasan, dua tiga hari ni Wan Hazreel asyik mengelak bila diajak bersembang pasal gadis itu. Wan dan Ereen ni ada masalah ke apa?

Ereen Natasya mendengus seraya mengalihkan pandangannya ke arah Hakimi yang duduk berhadapan dengan Wan Hazreel. Dia bingkas bangun berdiri dan memeluk tubuhnya. "Oh! Patutlah... baru saya teringat. Sekarang kan awak duduk sama satu bilik dengan si gemuk debab bodoh ni... mesti awak suruh si debab gajah gemuk ni yang buatkan, betul tak?!"

Hakimi tertunduk mendengar ejekan Ereen Natasya itu. Dia tak sangka gadis pujaan hatinya sanggup mengejeknya hanya kerana dia berbadan besar dan gemuk. Si debab gajah gemuk dia gelar aku? Ereen... Sampainya hati kau! Ada genang di tubir mata Hakimi ketika ini.

Wan Hazreel terkejut dengan soalan Ereen Natasya itu segera bingkas bangun. Matanya mencerlung ke arah gadis yang berdiri di sebelahnya. Dia mengerling pula ke arah Hakimi yang sedang menundukkan kepalanya.

Pang!!

Satu tamparan kuat dari Wan Hazreel hinggap di pipi putih mulus Ereen Natasya. Hakimi tergamam. Begitu juga dengan Alia yang duduk di sebelah Hakimi turut tergamam.

"Ereen! Apa kau merepek ni hah?! Assignment tu aku sendiri yang buatkan dan Kimi juga bantu aku siapkan! Kimi tolong aku siapkan dan pada masa yang sama dia tolong aku part mana yang aku kurang faham! Sekarang ni apa masalah kau? Dan lagi satu, kau jangan ejek Kimi, kau ingat dia nak ke jadi macam tu?! Lain kali jaga sikit mulut tu! Kalau sekali lagi aku dengar kau gelar dia macam tu lagi, nahas kau aku kerjakan!" tegur Wan Hazreel panjang lebar sambil matanya mengerling tajam Ereen Natasya yang berdiri disebelahnya itu.

Hakimi terpempan, dia terkejut Wan Hazreel tiba-tiba menyebelahi dirinya. Dan juga tiada lagi panggilan awak saya seperti biasa mereka berdua gunakan.

Hakimi menarik nafas panjang seraya berkata. "Wan, takpe... aku tak kecil hati pun... aku okey." Walaupun yang sebenarnya dalam hatinya kini umpama tsunami yang membadai seluruh jiwanya. Dia kecewa dengan sikap Ereen Natasya. "Ereen, kau masih belum siapkan? Takpe, aku boleh tolong siapkan untuk kau, lagipun masih ada masa setengah jam lagi, kan?" sambung Hakimi lagi, kali ini dia memberanikan dirinya merenung ke arah wajah gadis yang menjadi idaman hatinya selama ini.

Ereen Natasya mengerling Hakimi dengan perasaan meluat seraya menghempas fail assignment miliknya yang belum siap itu di atas meja. "Nah! Kau kena siapkan sebelum pukul sebelas!"

"Baiklah Ereen," jawab Hakimi perlahan.

"OKEY... kita berhenti sampai disini saja dulu. Assignment minggu lepas sila hantar ke depan. Siapa yang masih belum siapkan, saya bagi masa sehingga pukul tiga setengah petang ni." Panjang lebar Prof. Raizil bersuara menamatkan kelasnya buat hari ini.

"Baiklah Prof!" sahut sebahagian dari pelajar

"Zafrul Hakimi, Ereen Natasya. Saya nak kamu ikut saya, sekarang."

"Baik Prof..." jawab Hakimi redha.

Ereen Natasya di sebelahnya hanya mengangguk seperti burung belatuk.

"Kimi, jom makan. Aku lapar," ajak Wan Hazreel.

"Tak... kau tak dengar ke tadi Prof. Raizil nak jumpa aku dan Ereen?" jawab Hakimi seraya bertanya sambil menyandang begnya dan bersedia untuk keluar.

"Ya tak ya jugak," jawab Wan Hazreel sambil menampar dahinya. "Oh ye! Kau nak aku tapaukan makanan untuk kau tak?"

"Okey... boleh aje... aku pergi jumpa Prof. Raizil dulu! Jumpa dekat hostel nanti!" balas Hakimi seraya berjalan mengejar Prof. Raizil.

"Debab, aku nak kau siapkan dengan segera assignment aku, aku tak nak gagal hanya disebabkan kau tak buat." Ereen Natasya berkata sambil melangkah laju ke hadapan meninggalkan Hakimi yang tercungap-cungap mengejarnya dari belakang.

"Ereen, tunggulah... rehat dulu, saya tak laratlah awak!" Hakimi berhenti di hadapan sebuah kafeteria sambil membongkokkan tubuhnya akibat kepenatan. Ereen, aku tak tahu antara kau dan Wan, apa masalah korang berdua. Aku rasa aku dah cukup lama memendam perasaan cinta aku pada kau, aku tak peduli. Aku harus luahkan pada kau sekarang jugak!  Dia kembali berdiri tegak. Baiklah Hakimi, kau boleh buat!

"Ereen Natasya Binti Abdul Wahab, Saya cintakan awak!"

Ereen Natasya yang sedang berjalan di hadapannya terhenti langkah sebaik kata-kata keramat dari Hakimi menampar telinganya. Dia terlopong seraya menoleh ke belakang. Dengan pantas kakinya melangkah menghampiri Hakimi. Hakimi direnungnya tajam seperti renungan helang.

Pang!

Hakimi terkedu sebaik sahaja tapak tangan Ereen Natasya, gadis idamannya menjamah pipinya dengan kuat. Ada genang di tubir matanya ketika ini. Dengan pantas tangan kanannya mengusap-usap pipi dan telinganya yang berdesing dek tamparan kuat dari Ereen Natasya.

Semua manusia yang berada di kafeteria itu juga turut terkejut sebaik sahaja terlihat Ereen Natasya menampar pipi Hakimi dengan kuat. Terteleng ke kiri kepala Hakimi ketika ini.

Wan Hazreel dan juga Alia yang turut berada di dalam kafeteria itu juga cepat-cepat keluar berlari menghampiri Hakimi dan Ereen Natasya.

"Hey! Kau... kau cintakan aku? Hahaha! Just look at you! Makhluk hodoh, dah la gemuk, comot, bodoh, ada hati dengan gadis hot macam aku?! Pergi mampuslah kau!" laung Ereen Natasya sekuat hatinya. Dia tidak peduli dengan orang ramai yang keluar dari kafeteria kini sedang berkerumun ke arah mereka berdua.

"Korang semua tengok sini, encik gajah mammoth yang debab gemuk macam tangki air ni... katanya dia cintakan aku! Hahaha! So funny!" kata Ereen Natasya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Hakimi yang kini hanya mampu berdiri dan menundukkan kepalanya merenung lantai simen di hadapan matanya.

Papa... Mak Ton... tolong Kimi! Kini air matanya sudahpun menitis keluar. Dia berasa sangat malu diperkatakan sebegitu oleh gadis yang dicintainya sembilan tahun yang lalu semenjak dia tingkatan satu.

Wan Hazreel bengang dengan perbuatan Ereen. Dia sudahpun menggenggam buku limanya dan mengatur langkah untuk menghampiri Ereen tetapi Alia segera menarik lengan Wan Hazreel menyebabkan langkahnya terhenti.

Ereen Natasya kini berdiri tepat d hadapan Hakimi. Dagu Hakimi yang sedang menunduk itu dicapai dan muka Hakimi didongak ke atas. Kini terpapar dengan jelas Hakimi sedang menangis. Pipinya basah lencun dengan linangan air mata.

"Hey, bodoh! Kau ada tak cermin diri kau? Kau sedar tak rupa diri kau ni macam mana? Kau ni sebijik macam gorilla aku tengok, tahu tak G.O.R.I.L.L.A! Perempuan gila aje yang tergila-gilakan gorilla macam kau ni, tahu tak?!" jerit Ereen Natasya. Dia semakin menjadi-jadi memalukan Hakimi di khalayak ramai.

"Tapi, saya cintakan awak, Ereen. Awak cinta pertama saya. Awak janganlah buat saya macam ni! Please... dari tingkatan satu saya sukakan awak, Ereen!" Hakimi tetap cuba untuk bersuara walaupun bergetar suaranya ketika ini.

"Cinta? Hahaha! Maaf, aku tak boleh terima cinta kau, sebenarnya... aku rapat dengan kau ni pun, sebab aku sengaja nak kenakan kau... Wan Hazreel pun sama. Aku hanya cintakan Wan Hazreel. Kau lupakanlah aku dan pergi jauh-jauh dari aku! Kita tak layak untuk bersama!" balas Ereen Natasya sambil kedua belah tangannya menolak bahu Hakimi supaya menjauh dari dirinya.

Hakimi tergamam, dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja Ereen Natasya katakan.

Hakimi mengerling ke arah Wan Hazreel. "Wan... Tak tak mungkin Wan sanggup..."

Wan Hazreel menggelengkan kepalanya. "Bohong! Kimi jangan percaya cakap perempuan tu Kimi, aku ikhlas berkawan dengan kau, Kimi."

Hakimi menggelengkan kepalanya. Fail assignment milik Ereen Natasya yang dibawanya di lempar dengan kuat ke arah gadis itu. Habis bertaburan isi kandungan fail itu.

Kejadian itu juga telah disaksikan oleh Prof. Raizil yang kebetulan berjalan menuju ke kafeteria.

Hakimi segera melarikan dirinya. Dia  tidak mempedulikan siapa sahaja yang berada di hadapannya. Fail assignment milik Ereen Natasya yang dilemparya sebentar tadi kini dipijak dan menjadi laluan untuk dia melarikan diri.

Wan Hazreel segera mengejar Hakimi tetapi lengannya ditarik oleh Ereen Natasya. Wan Hazreel menoleh dan mengerling Ereen Natasya dengan renungan yang tajam.

Pang!

Satu tamparan kuat dilepaskan tepat di pipi kiri Ereen Natasya dan menyebabkan gadis itu jatuh terjelepuk ke lantai simen. "Ereen! Kau dah melampau! Mulai dari saat ni, antara kau dan aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi, kita putus!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience