CH 9

Romance Series 14451

Dua tahun berikutnya...

PINTU diketuk seraya ditolak dari luar. Hakimi panggung kepala.

"Anything?" soalnya kepada Aryan Syah di pintu.

"Ada someone nak jumpa kau. Dia cakap dia kenalan kau. Aryan Syah memyampaikan pesanan.

"Lelaki atau..."

"Lelaki."

Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah meluru keluar dari bilik pejabatnya.

"Cakap aje lelaki, pantas aje dia... semangat! Kimi... Kimi... kenapalah kau boleh jadi macam tu?" Aryan Syah berkata sambil menggelengkan kepalanya seraya berlalu dari pintu bilik pejabat Hakimi.

Aryan Syah melabuhkan duduknya di kerusi kerja seraya memeriksa jadual Dato' Ahmad Zafreel untuk hari ini dan selepas itu dia juga akan memeriksa jadual untuk Hakimi. Oleh kerana pembantu peribadi Hakimi meletak jawatan dua minggu yang lalu, Aryan Syah terpaksa menggantikan tempat itu buat sementara waktu. Sedang dia sibuk mengerling skrin komputer di atas meja itu, dia tidak perasan Wan Hazreel sudah berdiri terpacak di hadapannya.

"Amboi khusyuknya dia buat kerja... bagus. Hehehe." Wan Hazreel berkata sambil tergelak kecil.

"Eh? Wan. Maaf tak perasan pulak. Sibuk sikit," balasĀ  Aryan Syah.

"Jom... ikut aku masuk bilik Dato' sekali." Wan Hazreel mengarah.

"Eh, aku pun kena turut sekali ke?" Aryan Syah bertanya.

"Yelah... memandangkan kau sekarang jugak merupakan pembantu peribadi sementara untuk adik angkat aku si Kimi tu, dan memandangkan dia keluar dating dengan boyfriend dia tu, terpaksalah kau gantikan dia," balas Wan Hazreel panjang lebar.

"Eh... Wan, kau tak kisah ke adik angkat kau tu gay?" soalĀ Aryan Syah lagi.

Wan Hazreel memberikan isyarat senyap buatĀ  Aryan Syah.

"Kau ni... janganlah cakap kuat sangat... kaum bawang ramai dalam office ni. Kalau nak ikutkan hati, nak aje aku rantai kaki si Kimi tu, tak nak bagi dia keluar jumpa mana-mana jantan. Tapi... kau sendiri dah tahu, kan? Hakimi yang sekarang jauh berbeza dari Hakimi yang kita kenali dahulu. Dah, jom masuk..." balas Wan Hazreel lagi.

"Okey..."

Pintu bilik pejabat Dato' Ahmad Zafreel diketuk seraya tombol pintu itu dipulas dan daun pintu ditolak perlahan.

Dato' Ahmad Zafreel kelihatannya sedang berdiri di tepi dinding kaca sambil merenung ke luar.

"Papa, ada apa papa nak Wan jumpa papa?" Wan Hazreel bertanya.

Dato' Ahmad Zafreel mengeluh kecil seraya mengatur langkah menghampiri Wan Hazreel dan Aryan Syah yang berdiri di hadapan meja kerjanya. "Duduklah."

"Oh ya. Papa, Kimi... dia keluar, jadi Wan bawa Aryan ni sekali," sambung Wan Hazreel lagi sambil melabuhkan duduk di kerusi.

"Oh. Takpe... ni papa nak bincangkan pasal personal Assistant untuk Assistant Manager yang meletak jawatan dua minggu lepas. Wan tahu tak apa punca dia tiba-tiba meletak jawatan? Setahu papa, Hareez tu tak pernah buat masalah kepada Kimi, Kimi pun okey aje dengan dia papa tengok. Tapi tiba-tiba dia meletak jawatan, notis dua puluh empat jam pulak tu?!"

"Pasal yang itu, Wan pun tak tahu kenapa, Aryan pasti tak tahu jugak rasanya," balas Wan Hazreel sambil mengerling ke arah Aryan Syah yang duduk di sebelahnya.

Aryan Syah mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Wan Hazreel.

"Okey, takpe, nanti papa tanya Kimi sendiri. Sekarang papa nak tanya, Wan rasa perlu tak kalau kita carikan pengganti untuk jawatan tu?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.

Sebenarnya Dato' Ahmad Zafreel sudahpun mempunyai calon yang paling sesuai untuk menjadi pembantu peribadi anaknya, Hakimi. Dia sengaja menduga Wan Hazreel dengan mengajukan soalan tersebut.

"Wan rasa perlu sangat, Aryan pun banyak kerja yang dia kena uruskan sebagai pembantu peribadi papa... Kesian jugak Wan tengok dia terpaksa uruskan jadual untuk papa, lepas tu jadual untuk Kimi pulak..." Wan Hazreel berkata panjang lebar.

Dato' Ahmad Zafreel tersenyum mendengar jawapan dari Wan Hazreel. "Papa rasa papa dah ada seseorang yang sangat sesuai untuk pegang jawatan itu."Ā 

"Siapa?" Soal Wan Hazreel dan Aryan Syah serentak.

"Ereen..."

"Maksud papa, Ereen... Ereen Natasya binti Abdul Wahab?" pintas Wan Hazreel inginkan kepastian.

Dato' Ahmad Zafreel mengangguk.

"Jadi... maknanya, tak perlu buat sesi temuduga untuk jawatan tu?"Ā  Aryan Syah pula bertanya.

"Ya. Tak perlu. Lagipun Ereen dan Kimi dah lama kenal, dari kecil lagi mereka sudah berkawan," balas Dato' Ahmad Zafreel. Dia yakin Hakimi dan Ereen Natasya dapat berkerjasama.

"Sepatutnya Ereen dah mulakan tugas dia hari ni. Tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul lagi," gumam Dato' Ahmad Zafreel.

Biar betul... Ereen jadi PA Kimi? Kimi boleh terima ke tak? Harap-harap Ereen boleh kembalikan Kimi ke jalan yang sepatutnya.Ā  Wan Hazreel mengerling Dato' Ahmad Zafreel lama.

Beberapa saat selepas itu telefon bimbitĀ  Aryan Syah berdering. Dengan pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan tertera nombor yang tidak dikenali di skrin.

"Err... nombor siapa ni eh?" Aryan Syah bertanya.

"Kau jawab ajelah... mana tahu awek kau ke siapa-siapa aje," jawab Wan Hazreel sambil tergelak kecil.

"Betul cakap Wan tu." Dato' Ahmad Zafreel pula berkata.

"Okey..."

"Assalammualaikum... Saya Aryan Shah di sini, boleh kenalkan diri siapakah gerangan tuan hamba di sana?"

"Waalaikumsalam Aryan. Saya ni, Ereen. Ereen Natasya... alah... PA Encik Zafrul Hakimi yang baru. Boleh saya bercakap dengan Dato' sekejap?" sahut si pemanggil di hujung talian.

"Lah... Ereen rupanya... okey, sekejap ye!"

"Dato', Ereen... dia nak bercakap dengan Dato'." Aryan Syah berkata seraya menyerahkan telefon bimbitnya kepada Dato' Ahmad Zafreel.

Semasa Dato' Ahmad Zafreel bercakap dengan Ereen Natasya di dalam talian. Wan Hazreel dan Aryan Syah mengerling sesama sendiri.

"Assalammualaikum Ereen, Ereen dekat mana tu?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.

"Waalaikumsalam uncle, Ereen dekat tepi jalan ni, tayar kereta Ereen ni bocor... maaf uncle, Ereen lambat masuk... Kimi mana uncle?" jawab Ereen Natasya seraya bertanya di hujung talian.

"Kimi... dia keluar sekejap. Okey... Ereen tunggu aje di situ. Uncle akan hubungi Kimi."

"Baiklah uncle."

"TERIMA kasih sayang," ucap Hakimi pada Shahrul Nizam atau Nizam yang berada di dalam pelukannya.

"Terima kasih untuk?" soal Nizam sambil tersenyum."

"Sebab awak setia dengan saya selama dua tahun ni," jawab Hakimi seraya mendaratkan bibirnya ke bibir Nizam. Nizam membalas kucupan Hakimi. Kini mereka berdua kembali berpagutan.

Kain selimut ditarik semula maka bermula sesi mendayung buat kali yang kedua.

Telefon bimbitnya bergetar banyak kali diabaikan.

Setelah hampir tiga puluh minit, Hakimi merebahkan tubuhnya terbaring di sebelah Nizam.

Nizam bangun dari katil itu untuk ke bilik air. Dia perasan telefon bimbit Hakimi bergetar banyak kali.

Mungkin panggilan dari pejabat kot? Salah aku jugak nak sangat jumpa dia hari ni. Hai rindu katakan... Shahrul Nizam bermonolog dalam hati seraya menghampiri meja kecil di mana terletaknya telefon bimbit Hakimi.

Tertera nama 'Papa' di skrin telefon bimbit itu. Sharul Nizam menekup mulutnya seraya mengejutkan Hakimi yang terlena kerana kapenatan itu.

"Awak... papa awak..."

Hakimi segera banngun sebaik sahaja Shahrul Nizam menyebut nama papanya. Telefon bimbit itu segera disambar dan dia segera menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum papa, maaf tak jawab panggilan papa tadi."

"Kimi dekat mana ni? Papa hubungi banyak kali, hampir satu jam papa call Kimi tak jawab!'

"Kimi.... err... Kimi dekat rumah kawan."

"Kimi buat apa?! Kenapa Kimi boleh jadi macam ni? Masa berkerja pun boleh pulak pergi jumpa kawan! Dah! Cepat balik office sekarang! Oh ya! Kimi pergi jemput Ereen sekali, dia PA Kimi yang baru. Tayar kereta dia bocor tu. Kimi pergi jemput dia cepat! Kesian dia menunggu lama-lama!!"

"Hah?! Ereen?!" Hakimi bungkam.

"Yelah, siapa lagi? Dah... jangan banyak soal. Papa tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Baik Kimi balik office cepat. Kita ada meeting dalam masa satu jam dari sekarang!"

"Tapi pap..." Belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, Dato' Ahmad Zafreel sudahpun menamatkan talian.

"Alahai... papa ni... nak buat apa suruh aku jemput perempuan tu... Abang Wan kan ada. Kenapa tak suruh dia aje yang pergi jemputkan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience