CH 8

Romance Series 14451

HAKIMI melabuhkan duduknya di atas sofa fabrik di dalam bilik pejabat papanya Dato' Ahmad Zafreel yang juga merupakan CEO Nusa Teras Holdings. Telefon bimbitnya yang diselit di dalam poket seluar dikeluarkan.

Dato' Ahmad Zafreel yang baru sahaja hendak memulakan tugasnya kini mengalih pandangannya memerhatikan gelagat anak manjanya yang khusyuk merenung skrin telefon bimbit sambil tersenyum seorang diri.

"Papa, tengah hari nanti Kimi tak dapat lunch bersama dengan papa, Kimi dah janji dengan kawan Kimi." Tiba-tiba sahaja Hakimi berkata sambil matanya leka mengerling skrin telefon bimbit di tangannya.

"Tak boleh!" jawab Dato' Ahmad Zafreel ringkas.

"Kenapa pulak tak boleh? Kimi dah janji la dengan kawan Kimi..." soal Hakimi seraya mengerling ke arah papanya yang sedang duduk di kerusi di hadapan meja kerjanya.

Dato' Ahmad Zafreel mengerling jam tangannya sambil mengeluh kecil. Dah pukul lapan empat puluh lima minit, mana Wan ni tak datang-datang? Dia sengaja tidak menjawab pertanyaan Hakimi. Dia juga tidak berapa suka dengan perubahan sikap Hakimi akhir-akhir ini.

"Papa... Kimi tanya papa ni."

"Papa cakap tak boleh... tak bolehlah. Hari ni Wan, abang angkat Kimi datang office untuk memulakan tugas dia sebagai Executive Manager yang baru di dalam syarikat ni," jawab Dato' Ahmad Zafreel sambil memberikan senyuman untuk Hakimi.

Dato' Ahmad Zafreel rasa bersyukur kerana anak yang selama ini dianggap sudah kembali kepada sang pencipta rupa-rupanya ada bersama dengan adik kembarnya. Dia sengaja tak nak ceritakan pada Hakimi tentang saudara kembar anaknya itu.

"Hah? Papa, apa yang papa cakapkan ni? Kenapa tak bincang dengan Kimi dulu? Kenapa papa tiba-tiba bagi dia jawatan tu? Wan tu cuma anak angkat papa aje kan? Ni dah lebih dah ni." Telefon bimbitnya diselit semula ke dalam poket seluar. Terasa sakit di cuping telinganya ditampar dengan ayat-ayat yang diungkapkan oleh papanya sebentar tadi.

Beberapa saat selepas itu pintu bilik pejabat itu diketuk oleh seseorang.

"Ye masuk..." sahut Dato' Ahmad Zafreel seraya membetulkan baju coat hitam yang disarungnya itu.

Daun pintu dikuak dari luar, Aryan Syah yang merupakan pembantu peribadi Dato' Ahmad Zafreel yang baru segera masuk sambil diiringi oleh Wan Hazreel di belakangnya.

"Ha... datang pun."

"Maaf papa, Wan lambat sebab Wan hantar ayah pergi Hospital, dia ada appointment dengan doktor pagi ni," terang Wan Hazreel.

Wan Hazreel nampak segak mengenakan baju kemeja berwarna cream dan seluar slack hitam serta tali leher hitam berbelang putih dengan wajah yang mirip jejaka arab yang begitu hampir sama dengan Hakimi.

Dato' Ahmad Zafreel berasa senang hati dan sangat yakin Wan Hazreel adalah Zarul Hazreel, anak kandungnya yang juga merupakan abang kembar Hakimi. Cuma yang membezakan mereka berdua hanyalah kening sahaja. Kening Wan Hazreel lebih tebal berbanding Hakimi.

Hakimi yang tadinya sedang duduk di sofa itu kini bingkas bangun dan menghampiri Wan Hazreel. Wan Hazreel direnungnya dari bawah ke atas.

"Kimi... kenapa Kimi pandang abang macam tu?" soal Wan Hazreel. Dia berasa janggal dengan renungan Hakimi yang berbeza dari semalam. Jika semalam Hakimi merenung Wan Hazreel dengan renungan yang tajam tetapi berbeza dengan renungannya untuk hari ini.

"Handsome, not bad!" ujar Hakimi sambil mengenyitkan mata pada Wan Hazreel.

Berkerut dahi Wan Hazreel melihat tingkah Hakimi seperti ingin menggoda dirinya itu. Kimi, tolong jangan buat abang macam ni, Kimi... abang tak selesa! Kalau boleh nak aje Wan Hazreel bagi ceramah pada adik angkatnya itu, tetapi dia tak nak Dato' Ahmad Zafreel yang berada di hadapannya itu mengetahui masalah Hakimi.

Aryan Syah yang turut berada di dalam bilik pejabat itu juga sedang terlopong, dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi. Papa? Bila masa pulak si Wan Hazreel ni jadi anak Dato' Ahmad Zafreel? Takkanlah Wan dan Hakimi ni... tapi kan... Kalau diperhatikan betul-betul, Wan dan Kimi ni... muka hampir sama, kedua-dua macam jejaka arab. Yang aku tahu arwah isteri Dato' ni dulu... yelah! Arwah isteri Dato' Ahmad Zafreel ni berbangsa arab! Tapi takkanlah  boleh sama usia? Entah-entah... ah! Biarlah malas aku nak serabutkan otak fikir pasal mereka berdua... Yang aku tahu, Wan dan Kimi ni, dulu macam anjing dengan kucing. Wan jadi anjing, Kimi pulak jadi kucing. Dia asyik memerhatikan Hakimi yang masih berdiri merenung Wan Hazreel.

"Aryan." Dato' Ahmad Zafreel memanggil.

"Ye Dato'?"

"Awak tunjukkan bilik pejabat untuk Wan, dan kenalkan dia kepada staff-staff Nusa Teras Holdings ni, dan saya nak awak batalkan appointment saya untuk petang ni."

"Baiklah Dato'," balas Aryan Syah ringkas.

"Eh! Papa, Kimi boleh tunjukkan bilik pejabat abang Wan." Hakimi mencelah setelah leka mengerling Wan Hazreel.

"Kalau macam tu... Aryan, awak kenalkan Wan ni dengan staff-staff, lepas tu Hakimi tunjukkan bilik pejabat Wan," balas Dato' Ahmad Zafreel dengan senang hati.

"Baiklah Dato', jom Wan... ikut aku," sahut Aryan Syah seraya mengajak Wan Hazreel mengekorinya.

"Err... papa, Wan minta diri dulu ye?"

"Baiklah. Tengah hari ni kita keluar lunch bersama-sama," balas Dato' Ahmad Zafreel seraya menarik nafas lega.

Hakimi juga turut sama keluar dari bilik pejabat itu.

SELESAI berkenalan dengan semua staff Nusa Teras Holdings, Hakimi mengajak Wan Hazreel ke bilik pejabat Executive Manager yang kini merupakan milik Wan Hazreel.

"Macam mana? Okey tak bilik pejabat ni?" Hakimi bertanya seraya merapatkan tubuhnya dengan Wan Hazreel.

"Ini dah cukup sempurna. Terima kasih Kimi seb..."

Kata-kata Wan Hazreel terhenti di saat bibir Hakimi tiba-tiba mendarat tepat di bibirnya. Wan Hazreel terpempan dengan tingkah berani Hakimi mengulum bibirnya dengan rakus.

Hakimi menolak tubuh Wan Hazreel sehingga ke dinding pejabat itu. Kedua belah tangan Wan Hazreel digenggam dengan kuat oleh Hakimi.

Setelah hampir satu minit, Hakimi melepaskan bibirnya seraya melepaskan genggaman tangannya setelah mendapati Wan Hazreel meronta untuk dilepaskan. Dengan pantas lengan kekar Wan Hazreel menolak Hakimi dengan kuat sehingga menyebabkan Hakimi jatuh terduduk di atas lantai.

"Kimi! Kimi buat apa ni?! Tahu tak apa yang Kimi buat tadi tu salah?!" marah Wan Hazreel. Agak tinggi suaranya ketika ini.

Hakimi bingkas bangun dan sepantas kilat memeluk tubuh kekar Wan Hazreel dengan kuat. 

Wan Hazreel tidak melawan sebaliknya dia merelakan tubuhnya dipeluk oleh Hakimi. Hakimi ni seorang yang manja, mungkin dia rindukan aku, yelah... aku dah dua tahun tak jumpa dia. Abang angkat jenis apa la aku ni... Kalau aku selalu jumpa dia dalam tempoh dua tahun ni, mungkin Kimi tak jadi macam ni. Takpelah, biarlah dia peluk aku. Setakat peluk aje untuk melepas rindu, apa salahnya? "Kimi, kenapa Kimi jadi macam ni? Kimi tahu kan, berdosa besar kita melanggar fitrah macam ni, Kimi. Abang kecewa Kimi... abang kecewa dengan perubahan Kimi... mana Zafrul Hakimi yang abang kenal  sebelum ni?"

Hakimi tidak menjawab pertanyaan Wan Hazreel sebaliknya tali leher Wan Hazreel dibuka dan tiga butang baju kemeja Wan Hazreel turut dibuka.

"Kimi... tolong jangan buat macam ni..." Wan Hazreel cuba menghalang Hakimi dari meneruskan perbuatannya itu.

"Abang Wan... maafkan Kimi, Kimi tak dapat tahan melihat abang. Abang nampak menggoda sangat. Maafkan Kimi."  Hakimi berkata dengan perlahan.

"Kimi... kenapa..." Sekali lagi kata-kata Wan Hazreel terhenti. Sekali lagi Hakimi melumat bibir Wan Hazreel dengan rakus.

Beberapa saat selepas itu pintu bilik pejabat Wan Hazreel diketuk oleh seseorang menyebabkan Hakimi terpaksa memberhentikan perbuatannya.

Pintu dikuak dari luar dan figura pembantu peribadi Dato' Ahmad Zafreel,  Aryan Syah berdiri terpacak dan terlopong melihat pemandangan di hadapannya. Wan Hazreel sedang mengatur semula butang bajunya manakala Hakimi pula sedang mengurut dada sasa Wan Hazreel. Selepas itu Wan Hazreel segera mengatur langkah keluar dari bilik itu.

"Maaf, aku nak pergi toilet!" kata Wan Hazreel sambil meneruskan langkahnya untuk keluar dari bilik itu.

"Eh! Wan, tunggu! Dato' suruh aku bagitahu yang dia nak ajak kau dan Hakimi keluar lunch bersama-sama," launh Aryan Syah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

Wan Hazreel tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan langkahnya menjauhkan dirinya dari Hakimi.

"Takpe Aryan, dia akan turut sertai aku dan papa lunch kejap lagi," Sampuk Hakimi sambil mengelap bibirnya menggunakan lengan bajunya.

"Eh, korang berdua buat apa tadi?" soal Aryan Syah ingin kepastian.

"Tak ada apalah. Kau jangan pulak cakap pasal benda ni dekat papa aku, kalau tak, siap kau," tegas Hakimi sambil memegang bahu kiri Aryan Syah.

"Errr... okey Jawab Aryan Syah perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience